Lebih 20k perkongsian, wanita kongsi tips rambut lebat guna 3 bahan ini, sungguh mudah.

Selain dari penjagaan raut wajah dan badan, rambut juga harus diambil kira. Bak kata pepatah, rambut merupakan mahkota buat seorang wanita. Lebih 20 perkongsian di Facebook, wanita kongsi tips untuk rambut sihat dan lebat. Paling penting, hanya menggunakan bahan murah yang mudah didapati. Jom cuba!

Today i wanna share about rambut . Ramai kan yang mintak she share tentang penjgaan rambut selain dari bdan dan muka. she nak share pada my followers how nak dapatkan rambut yang lebat ,dan kurangkan rambut gugur. Korang boleh tngok gmbar ye. Area mana yang nampak. She share gambar yang ikat rambut sebab when i ikat rambut sanggul, its obvious gila nampak botak.

She amalkan tak kerap pon, rasa rajin buat, Tpi alhmdulillah berkesan now rambut cantik. She suka ikot petua orang dulu. Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb. Rambut she jenis lebat dan jenis rambut halus ,panjang and natural curl belah bawah ,.so thats why she ikat rambut sebab when she bukak dia akan jadi berat bila curl bwah tu mkin lama mkin curl so jdi cam semak sangat so tu lah motif she ikat rmbut.

Pada yang ada msalah tu dan nak rambut panjang , lebat , bebas kelumumur ,inshallah boleh try ni . Memang berkesan sangat dan bahan bahan pon beli kat kedai je laki perempuan boleh . Bahan bahan : 1)santan 2)alovera gel *boleh pakai any aloevera gel Cara buat ,boleh tengok pada gambar . Oh ye sebelum terlupa. Minyak zam zam tu sangatlah bagus sumpah even bau dia errrrr. Tapi kalau nak senang pindahkan mnyak tu masok dalam btol spray*botol beli kt daiso bersepah. So boleh spray kt rambut ,tk perlu lah tangan uolsss berminyak sangat cara cara baca kat bawah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Bahan bahan. Semua beli kat mydin je ?aloevera tu beli kat guardian .murah dan bagus. Some tips she untuk korang : lepas mandi tu lepas dh keringkan rambut, amik sikit aloevera gel tu ratakan kt rmbut, urut2 skit, uat stiap hari terutama malam. This for daily routine. Alovera gel ni ponn best gila if time nak shampu rambut ,picit sikit campur dengan shampu. lembut sangat dan shining .

Untuk mnyak zam2 tu pakai stiap hari ? this is some tips. Pakai time malam nak tdur, esok basuh, senang kan? Bau tkde lah teruk tapi if korang perasan indian girl rambut lebat gila kan? Haa ni lah rahsia dorang. P/s .she beli santan kotak sebab santan fresh tempat she susah nak dapat. Nak pakai fresh lgi bgus, lagi recommend.

Cara cara. Campurkan alovera+santan, mix dedua ni. Sukatan ikot suka hati korang. Then pakai lepas dh basuh rmbut atau sebelum bsuh, pakai di kulit kepala dan lmurkan stu rmbut ye skali kulit kepala. Jadikan macam mask rambut .tutup rambut pakai tuala*tak wajib pon*.Biarkan selama 15-20 minit, Then cuci. Dah mix dedua ni terus pakai ,jangan simpan ye

Sumber : Shehnaz Begum

SAYA KONGSI 5 TIP UNTUK RAMBUT KEKAL SIHAT, LEBAT & BERSINAR SEPANJANG MASA..

Rambut adalah mahkota wanita. Definisi rambut yang cantik adalah apabila kamu memiliki rambut yang tidak kering, sihat, lebat dan bersinar. Dan setiap kali, apabila saya membayangkan rambut sihat ini, pastinya saya akan teringatkan kepada selebriti Fouziah Gous. Cemburu sekali kerana rambutnya dijaga dengan begitu baik dan tidak langsung pernah diwarnakan apatah lagi melalui proses meluntur!

Namun, kamu semua sebenarnya taklah perlu khuatir. Siapa kata rambut yang sudah diwarnakan tidak mampu tampil cantik? Semua itu tidak benar. Jika kamu tahu bagaimana cara menjaga rambut dengan betul, pastinya rambut kamu juga bakal secantik Fouziah. Saya mengambil peluang untuk kongsikan bersama kamu semua 5 tip untuk rambut kekal sihat, lebat dan bersinar sepanjang masa.

Sebelum itu, ingin juga saya kongsikan beberapa fakta menarik tentang rambut yang perlu kamu tahu. Jom baca untuk tambah ilmu pengetahuan kamu!

Purata bilangan kasar helaian rambut yang dimiliki oleh seorang manusia adalah 100,000 hingga 150,000 urat. Rambut akan tumbuh sepanjang 0.3 hingga 0.5mm sehari. Namun, ukuran rambut yang tumbuh semakin lama akan menjadi semakin pendek seiring dengan peningkatan umur. Jika kamu hendak tahu, setiap satu urat rambut mampu menampung berat sebanyak 6.5 paun. Manakala, untuk keseluruhan rambut pada kepala pula mampu menampung berat sehingga 2 tan!

Bagaimana rambut boleh bertukar warna lalu menjadi uban? Ini kerana sel pigmen di dalam folikel rambut tidak lagi bekerja dengan betul. Jadi, ia akan memperlahankan proses pembentukan melanin dan mengakibatkan faktor penuaan terjadi pada rambut.Setiap folikel rambut pada kulit kepala akan muncul dengan helaian-helain rambut baru hanya 20 kali dalam seumur hidup kita.

Kalau boleh elakkanlah penggunaan air panas ketika mandi. Sudah tentu-tentu tidak elok untuk rambut kamu. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut kamu menjadi lebih kering dan kusut.

Jangan terlebih syampu rambut. Seeloknya cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Begitu juga buat rambut yang berwarna. Ini kerana minyak semula jadi yang dihasilkan rambut akan lenyap dek bahan kimia daripada syampu yang kamu gunakan hari-hari. Dan dengan itu, akan terhasillah pula minyak yang tidak diperlukan oleh kulit kepala dan membuatkan rambut kamu lebih berminyak dan leper.

Bukan sekadar wajah, rambut juga harus dilindung daripada sinar UV matahari yang berlebihan. Seeloknya sapu atau sembur produk pelindung haba, serum dan juga sarungkan topi jika kamu berada di kawasan yang cukup terik.

Kesihatan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Setiap pengambilan makanan kamu menyumbang kepada faktor kesihatan rambut kamu. Terutama buat kamu yang gemar berdiet. Kalau amalan diet yang salah, mampu memberi kesan kepada pertumbuhan rambut. Ingat, protein dan zat besi penting untuk rambut kamu.

Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan sikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Sikat rambut bermula daripada bawah dan ke atas. Ini kerana, jika kamu sikat daripada akar, ia boleh menyebabkan kerosakan. Paling penting, sikat kamu itu haruslah sentiasa bersih. Satu lagi, comb wet hair, do not brush it!