Ramai yang puji kecantikan gadis trivago ini semasa sedang tidur.

Pengacara terkenal Dahlia Shazwan yang popular menerusi iklan Trivago dan Life At Thinker kini telah bergelar seorang ibu setelah dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Freda. Baru-baru ini di laman Instagram, Dahlia yang turut dikenali sebagai gadis Trivago telah memuat naik gambarnya sedang tidur di bersama anaknya. Menerusi kapsyennya gambar itu diambil oleh suaminya sebagai kenangan moment-moment indahnya bergelar seorang ibu.

“These are probably not the most flattering pictures of me but they remind me of a mother’s bond like no other. Im posting this up just as a reminder for myself; for any moment that I feel too tired or feel like Ive given enough, theres still more in me to give.”

Posting tersebut mendapat pujian daripada pengikutnya di Instagram yang menganggap beliau kelihatan cantik walaupun sedang tidur. Ramai juga yang memuji suami kepada pengacara itu yang dianggap sebagai suami yang sweet.

Selepas pengacara ini memuat naik gambar tersebut, rata-ratanya pengikut Instagramnya memuji kecantikan model dan pengacara ini yang disifatkan sebagai memiliki kecantikan semulajadi. Peminat pengacara ini juga turut mendoakan semoga kehidupan Dahlia sentiasa bahagia di samping anak dan suami.

Ada yang menyifatkan gambar tersebut sebagai moment yang perlu diambil antara ibu dan anak, kerana kenangan itu hanya akan dirasai sekali sahaja seumur hidup. Hanis Zalika dan Farah Fauzana antara selebriti yang turut memberi komen di ruangan komen gambar ini. aApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber : MediaOhsem via SoyaLemon

Macam Mana Nak Cantik Secara Semulajadi

Macam Mana Nak Cantik Secara Semulajadi – Pernah tak tengok orang dulu dulu semuanya cantik ? sebab diorang pndai jaga kecantikkan diorang . tak perlu skincare yang mahal mahal nk merawat wajah supaya lebih cantik. semua itu tak bagus . kan ? kita bole tengok sekarang, banyak sangat produk sekarang yang mempunya bahan kimia yang tinggi. Dalam masa seminggu kulit dah GLOWING, FLAWLESS,PUTIH sedangkan semuanya itu sementara saja. lepas sebulan/dua bulan, kulit dipenuhi dengan jerawat . ewww! jerawat itu alahan bagi setiap wanita. So sekarang saya ingin berkongsi petua kecantikkan! tk perlu mengeluarkan kos yang tinggi 

1. Menghilangkan Parut Jerawat. Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita. 2. Menghilangkan Tahi Lalat.Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

3. Bibir Merah Semulajadi.Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari. 4. Melebatkan Bulu Kening
. Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri. Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka. Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata. Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat. 8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata. Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah.Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba. 10. Memerahkan Bibir Yang Hitam.Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir.Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

12. Memerahkan Bibir. Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

13. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening. Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

14. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak. 1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri. 2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

15. Mencantikkan Kulit Muka. Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering. 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur. SELAMAT MENCUBA.

Sumber: Zeeta