5 Selebriti Malaysia yang mempunyai rambut panjang paling cantik bak Rapunzel.

Nak jadi selebriti ni memang susah, iyalah selain perlu kebal dengan komen negatif, kenalah juga sentiasa menjaga penampilan agar tip top. 5 selebriti ni bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik, tetapi mereka cukup berdisiplin menjaga rambut yang juga menjadi trademark sepanjang bergelar anak seni.

#1 Fazura


Kredit: @fazura/Instagram

Kredit: @izaraaishahofficial/Instagram

#2 Izara Aisyah

Fazura dengan gaya rambut belah tengah, nampak bersahaja, relaks, modern classy dan nampak mahal dengan gaya sebegitu. Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik yang juga menantu kepada Datuk K ni. Pelakon berdarah kacukan Pakistan Melayu ni mula terkenal selepas menyertai Dewi Remaja bersama Neelofa, Anzalna dan Syatilla Melvin.


Kredit: dayangsayangkamu/Instagram

#3 Dayang Nurfaizah


Kredit: eirasyaziraofficial/Instagram

#4 Eira Syazira

Dayang antara artis yang gemar tampil dengan gaya rambut panjang melepasi bahu. Rambutnya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis tetapi cukup menyerlahkan penampilannya. Ramai yang cemburu dengan kecantikan rambut pelakon dan penyanyi ni sejak zaman anak dara sehingga kini. Eira membuktikan status sebagai ibu anak 3 bukanlah alasan untuk tidak menjaga penampilan.


Kredit: @hannahdelisha/Instagram

#5 Hannah Delisha

Akstres dan model jelita berdarah kacukan Inggeris-Melayu, Hannah Delisha kini menjadi tumpuan dalam industri hiburan kerana kecantikan wajahnya persis anak patung. Anda pun boleh dapatkan rambut yang cantik seperti mereka jika tahu caranya. Salah satu daripadanya dengan mengamalkan Shampoo Santan dengan konsisten. Shampoo Santan diperbuat daripada santan kelapa, minyak kelapa, pati minyak sweet orange, pati minyak rosemary dan kaya dengan vitamin E dan Pro B5.

Rambut yang cukup keperluan vitamin E lebih lebat, halus, berkilau dan sihat. Vitamin Pro B5 pula menjadikan rambut lebih lembap selain merawat rambut rosak. Santan kelapa pula dipercayai secara turun temurun dalam menyuburkan kulit kepala dan rambut, mengawal minyak berlebihan, melebatkan dan melambatkan rambut beruban.

Shampoo Santan elok diamalkan mereka yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala dan masalah kekurangan rambut, kandungan pati sweet orange dan pati rosemarry membuatkan rambut anda berbau segar sepanjang hari. Kandungan minyak kelapa pula berperanan untuk menguatkan, melembut dan merawat masalah kelemumur serta rambut bercabang.

sumber : gegar.my dan media hiburan

Adakah sudah lama anda tidak rasa kelembutan pada rambut anda?

Adakah helaian rambut anda telah menjadi kasar, suram dan tidak bermaya? Hati-hati! Ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak betul tentang rutin penjagaan rambut anda, ataupun kesihatan anda.
Untuk memastikan tidak ada sebarang masalah, lakukan ujian berikut: Asingkan sepintal rambut dan simpulkannya menggunakan jari anda. Kemudian lepaskan simpulan itu dengan serta-merta. Adakah simpulan itu terlerai dengan cepat atau kekal tersimpul

Tahniah, jika simpulan terlerai dengan cepat! Rambut anda cukup kuat untuk meleraikan simpulan itu dengan sendirinya. Satu lagi ujian untuk mengetahuinya adalah dengan melepaskan rambut anda ketika di dalam tub mandi atau kolam. Adakah ia terapung atau tenggelam? Jika ia tenggelam, anda perlu buat sesuatu. Rambut anda mungkin lebih poros daripada yang anda sangka. Tetapi anda boleh mengubahnya – dan penyelesaiannya agak mudah. Ubah saja beberapa kebiasaan harian. Ketahui apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan rambut lembut dan berkilat.

UNTUK MENDAPATKAN RAMBUT LEMBUT, MULAKAN DENGAN MEMBILAS

Percayalah, bilasan rambut sama pentingnya dengan syampu dan perapi. Ia memulihkan struktur dan alunan rambut anda sejurus selepas mandi, kerana tiada mendapan tertinggal yang memberatkan rambut anda. Satu lagi langkah penting ialah menggunakan air sejuk. Air bersuhu rendah membantu mengedapkan kutikel rambut, yang memerangkap air dan nutrien daripada produk yang digunakan pada rambut. Anda tidak suka mandi dengan air sejuk? Tiada masalah. Basuh rambut anda dengan air suam seperti biasa dan percikkan saja air sejuk setelah selesai.

JANGAN SIKAT RAMBUT ANDA SECARA KETERLALUAN

Meleraikan kekusutan rambut yang berlebihan boleh menyebabkan rambut putus, lebih teruk daripada masalah hujung rambut bercabang. Beri perhatian kepada cara biasa anda menyikat rambut; cara yang betul ialah menyikat dari hujung ke akar, bukan sebaliknya. Untuk rambut lembut dan kurang mengembang, gunakan sikat atau berus kayu.

Tidak seperti plastik atau logam, bahan ini tidak mengeluarkan caj statik yang menyebabkan rambut kembang. Selain daripada itu, elakkan daripada menyentuh rambut anda terlalu kerap! Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi anda mungkin memindahkan kotoran dari tangan anda ke rambut dan kulit kepala anda.

KRIM RAWATAN + TOPI MANDI = GANDINGAN YANG TIADA TANDINGAN

Penghidratan adalah penting untuk mendapatkan rambut lembut. Untuk meningkatkan hasil spa rambut anda di rumah, gunakan topi plastik selepas menyapu krim rawatan pada helaian rambut dan biarkannya selama tempoh masa yang tertera pada label. Haba seketika yang tidak begitu kuat di dalam topi menyebabkan kutikel rambut terbuka dengan cepat, dan ini menambahkan nutrien pada rambut dengan lebih mudah.

ELAKKAN ALAT PENGERING DAN PELURUS RAMBUT

Sebaliknya, haba berlebihan boleh merosakkan rambut yang lembut. Apabila anda menggunakan peralatan yang dipanaskan seperti alat pengering rambut, alat pelurus rambut dan pengeriting rambut, lindungi pintalan rambut anda dengan pelindung haba. Produk ini adalah seperti penghalang matahari untuk rambut. Ia sesuai untuk kegunaan harian kerana ia juga membantu melindungi rambut daripada kesan berbahaya sinaran UV.

Kredit: Sunsilk