Ibu bayi cenonet viral, kongsi 7 tip gemukkan anak dalam masa 6 bulan.

Bayi cenonet, Armel Mikayla Muhammad Akram ini lahir dengan berat cuma 1.83 kg. Bayangkan ringannya tu macam 2 pek gula pasir, besar patung barbie saja. Mana-mana ibu yang lepas melahirkan tentu-tentu emosinya akan sedikit tercalar. Susah hati tengok keadaan bayi yang tak sama macam bayi-bayi normal yang lain. Samalah kesnya dengan Mikayla ini.

Dia dilahirkan pada 26 Disember 2016 secara normal. Waktu itu usia kandungannya baru 36 minggu 3 hari. Selepas 4 hari keluar dari perut ibunya, berat badan Mikayla semakin menyusut. Bacaan beratnya menjadi 1.7kg ditambah lagi dengan demam kuning tinggi yang menyerang. Dua hari lamanya, Mikayla ditahan dalam wad. Ketika itu, bacaan kuningnya melebihi 300. Doc mula pasang lampu tinggi atas-bawah.

Kata ibunya, Nur Aisyah Syadiyah Sajuddin, 23 sepanjang mengandungkan Mikayla, anaknya itu tak membesar dalam perut. “Saya punyalah sedih sebab orang tengok baby saya macam alien. Dahlah kecil, kulit kedut-kedut, gelap pula tu. Tak la macam baby lain putih gebu. Saya sabo je dengan makcik-makcik bawang yang datang melawat baby time tu.”

“Tapi saya tak give up. Saya jaga waktu susu dia, bagi dia tidur secukupnya dan paling penting saya elakkan dia menangis lama-lama. Sebab baby yang kerap menangis boleh kurangkan berat badan dia juga. Alhamdulillah, sekarang anak saya nak masuk 11 bulan. Dia banyak berubah. Berat badan makin berisi. Kalau dukung boleh terseliuh juga lah bahu kalau lupa bawa stroller atau baby carrier.”

Mengenang getir cabaran membesarkan Mikayla yang kurang berat itulah membuatkan ibu muda ini prihatin dengan kepayahan ibu senasib dengannya. “Pada ibu-ibu atau bakal ibu yang lahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat badan, jangan putus asa. Jangan stress, usah layan apa orang nak kata. Kita fokus saja besarkan anak kita dan pastikan anak sihat sokmo.”

Tapi ibu kena mention dulu. Jangan main sumbat je. Rosak emosi budak tu. 7 Tip Gemukkan Bayi Kurang Berat Badan Atau Pramatang. (Tip Ini Terpakai Untuk Bayi Newborn Sampai Usia 6 Bulan. Selepas 6 bulan lebih fokuskan soal pemakanan bayi) Bukan senang nak jaga bayi pramatang. Ini beberapa tip mudah untuk ibu-ibu lain. Moga dapat membantu menambah berat anak dengan baik dan cepat.

1. Pastikan Anak Cukup Susu – Bermakna ibu kenalah rajin dan kerap menyusukan anaknya. Untuk bayi yang baru lahir, dia perlu kerap menyusu. Setiap 2 jam berilah susu. Biar kuantitinya sedikit tak mengapa, janji kekerapan itu ada.

2. Anak Kenalah Cukup Tidur – Waktu tidur amat penting untuk anak kurang berat atau pramatang. Ibu pastikan anak tidur siang sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bayi yang baru lahir sampai umur 3 bulan, perlukan tidur yang banyak. Semakin banyak waktu tidurnya semakin baik.

Bila perut anak kenyang, dia takkan ada masalah untuk tidur. Macam itu juga dengan waktu malam. Buat sampai perut anak betul-betul kenyang. Jadi, dia takkan kejutkan anda bangun malam untuk bancuh susu. Pengalaman saya, Mikayla memang tak pernah bangun malam untuk minum susu. Dia akan straight tidur sampai ke pagi.

3. Elakkan Anak Stress – Ini penting. Jangan paksa anak kalau dia reject susu atau makanan yang ibu beri. Pujuk atau slowtalk dengan anak. Contoh ayat : “Okay, dah tak nak susu tak apa. Nanti lepas setengah jam habiskan ya.” InsyaAllah anak akan ikut. Pengalaman saya, Mikayla akan follow apa saya tetapkan.

4. Asingkan Tempat Tidur Anak Dan Ibu – Lepas habis pantang selalunya anak pandai kenal tempat tidur dia. Sama ada suasana bilik, bantal, tilam atau selimut dia. Sebab itu, pastikan anak tidur menggunakan kelengkapannya sejak dari lahir.

Ia membantu proses menidurkan anak dengan lebih lena. kalau ibu-ibu dapat follow tip jaga kekerapan menyusu, waktu tidur, ibu takkan ada masalah untuk asingkan tempat tidur anak.Pengalaman saya, Mikayla tidur di katil sendiri selepas habis pantang. Dia memang tak menangis. Tapi penat juga la. Sebab kita akan ulang alik untuk pastikan anak ok.

Tapi berbaloi, bila masuk usia 3 ke 4 bulan anak takkan meragam bila kena tinggal dalam baby cot. Saya dan suami, Muhammad Akram Abdullah, 29 akan dapat tidur yang menyenyak sampai ke pagi. ramai ibu complain anak ngempeng. Mungkin perlu praktis dari awal ya.


5. Sokongan Suami. Bila Isteri Happy, Anak Akan Happy – Apa pun, menjadi ibu untuk pertama kali bukan mudah. Banyak cabarannya. Apa yang penting, suami harus memberi sepenuh sokongan untuk membantu isteri. Bila isteri happy, anak akan happy. Punca utama anak stress, menangis, sebab ibu tak dapat kawal stress. Jadi ibu kena banyak-banyak bersabar. Berbalik pada yang 1, mohon sungguh-sungguh pada Dia supaya Allah bantu kita dalam segala hal.

6. Sabar Kunci Utama – Ibu yang baru bersalin emosi memang tak stabil. Badan belum sepenuhnya sihat, penat, tidur tak cukup. Itu semua normal. Tapi 1 ja, ingat balik. Ini anak kita. Kita nak bagi dia yang terbaik. Kita nak dia lekas sihat. Lekas gemuk atau bertambah berat badan.

Dari situ , insyaAllah ibu-ibu dapat tangani semua stress yang datang. Penat memamg tak boleh cerita. Percaya dan yakinlah dengan diri sendiri. Tentu ibu-ibu boleh lalui semua ni. Sabar kunci utama.

7. Suami Luangkan Masa Paling Tidak 10 Minit Sehari – Dari segi galakan suami, ia sangat penting. Pastikan isteri cukup rehat, cukup makan minum. Bantu ringankan isteri dengan bersihkan rumah. Paling tidak luangkan 10 minit sehari untuk dengar luahan hati isteri. Itu terapi paling baik dan membantu mengurangkan stress ibu.

Ibu Bayi Cenonet Viral, Kongsi 7 Tip ‘Gemukkan’ Anak Dalam Masa 6 Bulan
Jawapan Pada Komen Netizen Berikutan Status Viralnya. Semalam ada juga yang kata. Pasal metabolisme. Ya, lain anak lain badannya. Tapi kita boleh cuba tip kat atas untuk kekalkan atau tambahkan berat badan anak.

Semuanya terpulang pada ibu bapa. Kenal anak masing-masing dulu. Baru kita boleh selesaikan masalah yang datagn. Ubah mindset, jauhkan pemikiran negatif. Baru ibu anak dan semua famili akan bahagia. Buat masa ini, ibu muda ini banyak berkongsi tp penjagaan bayinya dalam personal instagram miliknya @syadiyah sajuddin

Sumber/Foto : Facebook Syadiyah Sajuddin