Akak polis ini kongsi rahsia kulit wajahnya cantik. Hanya guna ubat gigi.

Kecantikkan Tips

MINAT dalam bidang nyanyian sejak awal remaja lagi, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff atau Soffwany, 29, ketika itu begitu mengagumi populariti Datuk Siti Nurhaliza sehingga memasang impian untuk turut menjadi seorang penyanyi suatu hari kelak. Namun, dia yang baru mengenal dunia terpaksa memendam hasrat tersebut dan menjalani kehidupan biasa seperti remaja lain.

Ketika hadir ke studio Utusan Malaysia baru-baru ini, dia kelihatan anggun dengan tutur bicara yang begitu lembut dan menyenangkan halwa telinga. Soffwany Yusoff tidak la begitu familiar dalam kalangan masyarakat, namun jika bercakap tentang akak polis yang viral sebab suara best tu mesti korang kenal kan?

Buat pengetahuan korang, Wany merupakan seorang polis dalam cawangan pancaragam muzik. Mempunyai lebih kurang 138k pengikut di instagram, Wany diakui diminati ramai. Baru-baru ini Soffwany diminta oleh pengikut instagramnya untuk berkongsi tips membersihkan kulit muka menggunakan ubat gigi.

KAPSYEN IG :“UNTUK FOLLOWERS KAKAK..MANJA BETUL DIORG MINTAK KAKAK BUAT TUTORIAL YE.. PESANAN UTK YG BARU NK MENCUBA.

JGN AMALKAN BYK KALI…CUKUP SEHARI SEKALI JE. BYK2 KALI BOLEH NIPISKAN KULIT MUKA. SO JGN SALAH GUNA YE…PASTU JGN PAKAI BYK SGT.. TAKUT MELECUR KULIT.. KALAU YG XBIASA PAKAI SIKIT JE DULU. KALAU TAK TAHAN CPT2 BILAS.. KAKAK AMALKAN DAH BERBELAS TAHUN.SO JGN NANTI KORANG BARU PAKAI SEHARI DUA DAH TAK SABAR NK TGK KESAN.. MMG TAK LAA.. HEHE… SBB NI PETUA JE.. BUKAN SUPPLEMENT ATAU INJECTION… TAKKAN ADA KESAN YG CEPAT.

P/S : GUNA SIKIT SEHARI SEKALI SBLM TDO CPT2 BILAS KALAU TAK TAHAN SEJUK JGN BUKAK MATA MASA CUCIKAKAK SHARE SEBAB KORANG SLALU TANYA PAKAI SKINCARE APA.SO NI LA YG KAKAK AMALKAN BERBELAS TAHUN.. TAK BERANI CUBA JGN CUBA.. OKAY?”

VIDEO :

Sumber: blogmazeer.com

Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan..

Masalah Jeragat di muka sering merunsingkan kaum wanita. Jeragat terbentuk dari pengumpulan minyak, sel kulit kering dan bakteria di liang pori menyebabkan berlakunya lekukan kecil pada kulit wajah. Jeragat kebiasaannya kelihatan di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

Ada beberapa jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai petua untuk merawat masalah muka berjeragat. Selain itu anda juga boleh ke farmasi untuk mendapatkan krim yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit wajah berjeragat.

Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan

1) Campurkan satu sudu susu tepung dengan sedikit perahan jus limau nipis. Jadikan ia seperti masker dan sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan di muka sehingga kering. Akhir sekali cuci dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

2) Cara kedua ini sangat mudah dan boleh diamalkan setiap hari. Anda hanya perlu mengambil sehelai daun sirih muda setiap pagi dan gosok di bahagian kulit muka yang berjeragat.

3) Perah jus lemon kemudian ambil bebola kapas dan celupkan dalam jus lemon. Lekapkan bebola kapas itu ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan seketika. Akhir sekali cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala yang bersih. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya.

4) Ambil satu sudu teh baking soda dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Tetapi jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, tips menggunakan baking soda ini mungkin tidak sesuai untuk kulit anda.

5) Gosokkan hampas kelapa ke seluruh muka anda. Biarkan untuk kira-kira 20 minit sebelum di cuci bersih. Penggunaan hampas kelapa bukan sahaja dapat membantu menghilangkan jeragat tetapi akan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih halus dan gebu.

6) Cara seterusnya adalah dengan menggunakan campuran tepung jagung dan cuka epal cider. Sapukan ke bahagian muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit sebelum dicuci dengan air yang bersih.

Semoga Tips Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit muka yang lebih bersih dan berseri. Harus diingatkan sekiranya anda mengalami alergi ketika mencuba mana-mana tips yang dikongsikan ini, sila berhenti mengamalkan tips tersebut. Ini mungkin disebabkan kulit anda alah kepada bahan yang anda gunakan itu. Pilih untuk menggunakan bahan yang betul serasi dengan kulit muka anda.

Sumber: semasapost.com