Tips jenis lelaki perlu dielak untuk dijadikan suami.

Untuk mencari teman lelaki, benarkah sifat dan budi pekerti menjadi nilai utama untuk dijadikan suami? Ikuti tips jenis lelaki perlu dielak dijadikan suami. Lelaki ini bersifat subjektif. Rupa paras menawan, budi pekerti pula tidak seperti yang diidamkan. Begitu juga sebaliknya. Pokok pangkalnya terpulang kepada anda untuk menilai daripada segi apa. Ada beberapa jenis lelaki yang perlu dielak untuk dibawa berjumpa orang tua sebagai calon suami.

Ingatlah sebaik sahaja selesai akad nikah, maka bermulalah tanggungjawab yang besar ke atas bahu kita. Dahulu sebelum bernikah, duit RM1 digunakan untuk kita seorang. Seekarang RM1 perlu dikongsi berdua dengan pasangan kita. Jika dapat anak, RM1 itu pula perlu dikongsi bertiga. Maka inilah yang disebut sebagai bermulanya perkongsiaan hidup. Pentingkan diri sendiri. Lelaki yang pentingkan diri ini tidak mustahil akan menjadi lebih mementingkan diri selepas berkahwin.

Mungkin perihal kelengkapan rumah, barangan dapur dan perbelanjaan harian perlu ditanggung oleh anda sendiri sebagai seorang isteri. Mungkin akan lebih teruk apabila sudah menimang cahaya mata nanti. Terlalu mengongkong. Jangan biarkan lelaki mengongkong hidup anda. Memang benar Syurga di bawah tapak kaki suami tapi tidaklah sampai menghalang anda untuk pulang ke kampung halaman berjumpa orang tua mahupun berjumpa rakan-takan akrab di luar.

Selalu Betul. Lelaki jenis ini lebih berbahaya. Anda tidak mungkin akan menang dalam perbalahan atau perbincangan seekalipun dek sikap dirinya yang menganggap semua perkara yang dibuat serta dikatakan olehnya seratus peratus betul.

Anda mungkin akan sengsara bukan dari segi fizikal tetapi mental. Lelaki tau apa saja. Mahukah anda bersuamikan lelaki yang terlalu obses dengan semua perkara sehingga baginya semua perkara dalam hidup dia tahu kesahihannya. Anda mungkin akan dilihat seperti tidak berguna baginya kerana dia mengetahui semua perkara di dunia ini.

Lelaki Pengg0da. Jika g0daan itu hanya untuk anda itu tidak menjadi masalah tetapi kalau ke restoran mewah tetapi dig0danya pelayan restoran tersebut ataupun memandang wanita lain dengan gaya mengg0da, katakan tidak kepada lelaki jenis ini. Selepas berkahwin mungkin akan lebih p4r4h jika anda tersilap langkah. Tetapi, bukan semua lelaki itu bersifat seperti di atas.

Mustahil untuk berjumpa lelaki yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Cukuplah jika dia melengkapi diri anda dan menyayangi anda seadanya. Dan jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah untuk mengubah tingkahlaku anda untuk menjadi suami orang jika tidak mahu dibenci atau tidak disukai keluarga mertua. Malah yang paling penting, ia akan menjejaskan hubungan rumahtangga dalam jangkamasa panjang.

Sumber dari ikahwin.

10 Jenis Lelaki Perlu Elak Kalau Nak Cari Calon Suami

Saat memilih bakal suami, wanita tentu sahaja inginkan seorang lelaki yang boleh memenuhi ciri-ciri yang diidamkan. Namun dalam banyak-banyak kriteria, ada ciri-ciri lelaki yang perlu wanita elak.Agar hubungan rumah tangga yang dibina nanti tidak terjejas, pastikan anda tidak tersalah pilih. Ini kerana ciri-ciri lelaki sebegini boleh membuatkan suasana rumah tangga tidak tenteram dan anda sering ‘makan hati’.

Selesai sahaja akad nikah, maka bermulalah tanggungjawab yang besar di bahu seorang lelaki dan wanita kerana detik ini anda berdua akan berkongsi hidup. Jika tidak mahu menyukarkan kehidupan rumah tangga, pastikan anda jauhi 10 ciri-ciri lelaki ini.

1. Lelaki Yang Tidak Beriman

Paling penting setiap wanita tentu impikan seorang lelaki yang cukup solat dalam sehari, boleh menjadi imam dalam solatnya, seorang yang beriman dan sempurna agamanya. Ciri-ciri ini penting agar lelaki tersebut boleh menjadi seorang ketua keluarga yang boleh membimbing isteri dan keluarganya ke jalan yang diredai.

2. Lelaki Yang Tidak Serius

Dalam menjalinkan hubungan pasti setiap pasangan ingin mengakhirinya dengan sebuah ikatan yang halal. Jika lelaki yang anda cintai sering mengelak pertanyaan anda untuk mengakhiri hubungan ini ke satu ikatan yang halal padahal anda berdua sudah lama bercinta dan susah bersedia, sebaiknya anda segera angkat kaki. Terang-terang dia jenis lelaki yang tidak mahu ada komitmen yang lebih serius dan hanya ingin mempermainkan cinta anda.

3. Lelaki Yang Pemalas

Elakkan diri anda daripada menjalinkan hubungan dengan jenis lelaki yang tidak tahu menguruskan dirinya, tidak bercukur, tidak menggosok pakaian ketika anda berdua bertemu janji, rambut dan badan berbau, sering ponteng kuliah ataupun kerja, kenderaaannya yang kotor dan sebagainya. Bimbang jika berkahwin nanti segala tanggungjawab diserahkan bulat-bulat kepada anda seorang dalam menguruskan rumah tangga dan dirinya kerana menganggap semua kerja tersebut merupakan tugas seorang isteri sahaja.    

4. Lelaki Kaki Pukul

Ada sebahagian wanita yang masih berhubungan dengan teman lelakinya yang kaki pukul gara-gara cinta dan sayang terhadap teman lelakinya. Ingatlah wahai wanita, jika sebelum berkahwin pun teman lelaki anda sudah bertindak memukul anda, bagaimana pula setelah berkahwin nanti. Jangan kerana sayang ataupun takut ditinggalkan lelaki sebegini, anda sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Takut apabila sudah berkahwin nanti, saban minggu anda bakal menjadi pelanggan tetap hospital kerana dipukul teruk oleh suami.    

5. Lelaki Yang Tiada Toleransi

Lelaki sebegini hanya menganggap dirinya sahaja yang betul. Baginya pandangan dan idea orang lain semuanya salah. Sebenarnya dalam menjalinkan hubungan haruslah ada toleransi antara kedua-dua pasangan agar hubungan yang dibina berjalan dengan lancar. Mana ada wanita yang tahan jika dia sering dimarahi teman lelakinya gara-gara pendapat yang dilontarkannya dianggap salah dan berlainan daripada pandangan teman lelaki anda. Silap hari bulan, setiap kali berjumpa pasti anda berdua bercakaran pendapat.   

6. Lelaki Panas Baran

Ciri lelaki yang satu ini juga harus anda elak dalam memilih calon suami. Lelaki yang panas baran tentu sahaja mudah mengamuk apabila berlaku sesuatu perkara. Ternyata ciri-ciri ini tidak sesuai untuk dijadikan bakal suami kerana bimbang apabila berkahwin nanti apa sahaja yang isterinya lakukan boleh mendatangkan kemarahannya tanpa dia siasat terlebih dahulu. Malah ciri panas baran ini jika tidak dikawal boleh membawa kepada aksi memukul.   

7. Lelaki Yang Suka Membangga Diri

Elakkan bakal calon suami jika dia seorang yang sombong dan sering membanggakan dirinya apabila bercakap dengan anda ataupun apabila bercakap dengan rakan-rakannya. Lebih parah jika dia seorang yang kaya, kacak, mempunyai karier yang bagus, gaji yang lumayan dan kereta yang mewah, lagi berlagaklah jadinya. Jika hubungan ini diteruskan takut di kemudian hari nanti rumah tangga yang anda bina tidak harmoni.

8. Lelaki Yang Kedekut

Jika saat menjalinkan hubungan pun calon suami anda itu berkira dalam membelanjakan sesuatu atau sering menyuruh anda membayarkan untuknya, sah dia seorang yang kedekut. Untuk menjadi seorang suami mana boleh ada ciri-ciri kedekut. Ini kerana apabila sudah berkahwin nanti menjadi tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga untuk menyediakan nafkah secukupnya kepada isteri dan anak-anaknya.

9. Lelaki Yang King Control

Lelaki yang king control selalunya seorang yang kuat cemburu. Apa sahaja yang anda hendak lakukan, haruslah memberitahunya dan mendapat keizinannya terlebih dahulu. Diri anda seolah-olah dikawal sepenuhnya oleh lelaki sebegini kerana menganggap anda miliknya. Malah dia akan menghubungi anda setiap masa untuk mengetahui anda berada di mana dan dengan siapa anda ketika itu. Kalau beginilah calon suami anda, larikan diri sebelum terlambat.

10. Lelaki Yang Penakut

Ciri yang ini juga jangan dipandang ringan. Lelaki yang penakut dan tidak berani untuk mempertahankan anda, buat apa ingin anda jadikan calon suami. Sebagai bakal suami, lelaki haruslah berani kerana dia bakal menjadi pelindung dan harapan kepada isteri dan anak-anaknya nanti jika berlaku sesuatu perkara.

sumber: karang kraf