Aliff pujuk untuk cepat cepat kahwin. Batal niat sambung belajar, Bella kongsi detik awal bina masjid dengan Aliff Aziz.

Tular di laman sosial kontroversi pelakon Aliff Aziz curang buat sekian kalinya lantas menjadi trending No. 1 di laman Twitter dengan bermacam reaksi netizen. Nama isterinya, Bella Astilah menjadi perhatian ramai sekali lagi gara-gara kontroversi melanda Aliff Aziz apabila gambarnya bersama seorang perempuan tersebar di laman sosial. Terdahulu, sebelum membina mahligai perkahwinan bersama Aliff Aziz, Bella mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian di London atas sebab ingin berkahwin dengan Aliff.

Majlis Pernikahan Bella Astillah dan Aliff Aziz pada tahun 2016. Foto Kredit : Beautiful nara

Dia tidaklah menyesali ketentuan Ilahi kerana dia percaya perancangan Allah itu lebih baik. Memetik laporan dari Media Hiburan, Bella mendapat tawaran untuk sambung pengajian di London tetapi disebabkan dikir mahu berkahwin, jadi dia menolak tawaran tersebut.

Tambahnya lagi pada ketika itu, Aliff juga memujuk Bella agar segera berkahwin dan dia pun bersetuju dengan pujukan lelaki itu. “Saya tak mengungkit, kadang apa yang terjadi ada hikmah dan sudah diaturkan. Tiada penyesalan,”katanya.

Rentetan dari kontroversi suaminya yang berlaku curang beberapa kali, Bella sering diajukan soalan yang kurang enak dan terpaksa berhadapan dengan situasi tegang itu. “Memang ramai yang bertanya, Bella dah bercerai ke? Amboi soalan. Ia bukan benda yang mudah kerana ia beri kesan kepada semua orang. Kami perlukan masa dan ruang untuk fikirkan. Lain orang lain cara.

“Mungkin pada pendapat orang, saya tak matang. Tapi saya kena bersuara kerana nak beri semangat kepada yang senasib dengan saya. Kadang kalau saya faham, ada yang sudah ada lima orang anak dan tak boleh buat apa-apa.

“Satu masalah saya, saya terlalu percayakan orang. Saya suka fikir yang positif, saya takut bila fikir negatif, ia akan terjadi. Tak boleh jangka. Orang selalu cakap saya salahkan perempuan lain. Kenapa tak marah suami sendiri. Tapi saya tak boleh lawan. Mereka tak tahu sudah berapa kali saya bergaduh dengan Aliff. Takkan saya nak buatt Insta Stories, “jelasnya.

Bella didesak ramai agar meminta cerai apabila kes curang Aliff terbongkar pada sebelum ini, namun Bella masih mempertahankan rumah tangganya. Ketika temu bual ini, Bella masih lagi berstatus isteri kepada Aliff Aziz,

Kemudian apabila muncul kontroversi terbaru kes cvrang suaminya bau-baru ini, Bellah telah putuskan untuk tinggal berasingan agar kedua-dua dapat muhasabah diri dan mencari jalan terbaik untuk meneruskan hubungan demi anak.

Ayden Adrean, cahaya mata mereka berdua.

“Apa pun yang saya rancang, itu semua kuasa Allah. Kami ambil masa untuk fikir apa yang terbailk. Apa pun yang terjadi, sama ada masih bersama atau berpisah, saya tidak mahu bermusuh dengan dia. Dia masih ayah kepada anak akmi.

“Kalau dia nak berubah, dia kena bantu diri sendiri. Saya tak boleh bantu. Apa yang boleh saya katakan, untuk mencari keluarga mertua yang baik memang sangat susah. Dan keluarga Aliff sangat baik dengan saya. Itu menjadi kekuatan untuk saya,” jelas Bella. Sumber : Media Hiburan

Namun dengan kontroversi terbaru berkaitan suaminya dan perempuan berumur 17 tahun , telah membuat Bella ambil keputusan untuk ‘Move on” bersama anak nya tanpa Aliff Aziz.

Gadis ini membongkarkan kali pertama dia berjumpa Aliff Aziz di private party.

GADIS dikenali sebagai Nismell yang menjadi sasaran netizen selepas foto dan videonya bersama seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz akhirnya tampil menjelaskan kontroversi berkenaan. Menurut Nismell, dia mengakui individu berkenaan adalah Aliff dan foto mesra yang memperlihatkan penyanyi itu tidak berbaju dirakam ketika mereka menghadiri sebuah parti tertutup. “Mereka tak tahu apa yang saya rasa sebab tu main petik saja. Muka saya tebal sebab saya memang tak salah.

“Gambar tu sebenarnya kami jumpa kat private party abang angkat saya,” kata Nismell. Gadis yang dipercayai berusia 17 tahun itu menjelaskan perkara tersebut secara langsung di Instagrammiliknya pada Selasa. Terang Nismell lagi, penyebaran foto berkenaan dibuat oleh individu yang dipercayai kenalannya sendiri kerana masalah hutang.

Gambar tu sebenarnya kami jumpa kat private party abang angkat saya.“Benda fasal hutang tapi kau nak kaitkan dengan gambar aku dengan Aliff,” tegas Nismell menjawab beberapa soalan daripada penonton siaran langsung berkenaan. Selain itu gadis berkenaan kecewa dengan tindakan individu berkenaan menularkan foto mereka hingga boleh menjejaskan rumah tangga Aliff.

“Dia dah la ada masalah dengan keluarga, lagi nak kaitkan. Kalau nak viral, ambil gambar aku seorang dah la. Tak perlu kaitkan dia,” katanya. Untuk rekod, ini merupakan berita ketiga kes curang membabitkan Aliff dilaporkan media. Pertama kali Aliff didapati curang hingga menggemparkan dunia hiburan adalah pada 2017 iaitu membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka didapati keluar berhibur di pusat karaoke.

Sumber : mStar

Terbaru, viral di media sosial Twitter, mengenai dakwaan salah seorang pengguna dengan nama @niairwan7 tentang pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah berlaku curang sekali lagi bersama seorang wanita bernama @nismelll_ (Instagram) yang dikatakan baru sahaja berumur 17 tahun.

Posting yang dimuat naik oleh pengguna tersebut menunjukkan Aliff tidak berbaju bersama wanita tersebut berpakaian ‘singlet’ hitam. “Omg sesiapa yang tahu mengenai perkara ini tolong bagitahu. Nak tahu,” tulis Nia dalam posting yang sama.

Sambungnya lagi, dia memohon maaf kerana membuka aib lelaki tersebut namun dia menyatakan bahawa Aliff tidak seharusnya melakukan kesalahan yang sama ke atas isterinya iaitu Bella Astillah. Salah satu paparan skrin video turut dikepilkan sekali di dalam posting tersebut menunjukkan mesej daripada Bella mengenai perkara tersebut.

“Awak lakukan perkara yang betul dengan memberitahu saya mengenai hal ini, dan Insya Allah, Allah SWT akan membantu awak,” kata Bella menerusi mesej suara yang dihantar melalui aplikasi Instagram itu.

Kalau betul ia fitnah, Aliff perlu tampil dan bersihkan namanya. Tapi kalau betul ia fitnah dan perkara tersebut sudah pun berlaku lama, takkan foto tersebut menunjukkan Alif pakai ‘braces’ atau pendakap gigi di mana dia baru sahaja pakai beberapa hari lepas, ye dak?

“Sekali penipu, selamanya akan jadi penipu. Orang kalau dah biasa pasang niat nak perempuan lain, memang akan curang dan lakukan perkara yang sama berulang kali,” sambung pengguna Twitter tersebut.Rata-rata netizen mengecam dan bengang terhadap tindakan Aliff yang masih lagi tidak berubah dan melakukan perkara yang sama walaupun sekarang adalah bulan Ramadhan.

Pada Februari lalu, isteri kepada penyanyi Sayang Sayang, Bella telah mendedahkan kecurangan yang dilakukan oleh Aliff apabila dia menjalinkan hubungan bersama dengan seorang pelakon Oktovia Manrose. Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber: klviral