Gantikan lah sesuatu yang lebih baik. Heliza kongsi doa untuk Bella, Sufian Suhaimi mencelah.

Kontroversi yang melanda tidak akan reda jika semua pihak cuba menegakkan kebenaran. Mengadu dan kembali kepada Sang Pencipta, Heliza Helmi juga ada menitipkan doa buat Bella Astillah dalam menghadapi dugaan yang maha berat dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut ditinggalkan Heliza menerusi ruangan komen di posting terkini Bella di Instagram.HasbunaAllah Wa Ni’mal Wakeel. Cukuplah Allah bagi kami. Banyakkan baca doa : Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun, Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli khairan minha. Ya Allah berikanllah aku pahala di atas musibah ini datang gantikanlah aku sesuatu yang lebih baik. Aamiin. NI DOA UMMU SALAMAH. Very Powerful DOA. In sha Allah,” tulis Heliza.

Pada masa sama, ramai juga rakan selebriti memberi komen di entri berkenaan. Bagaimanapun, komen yang diberikan penyanyi Sufian Suhaimi yang turut memberi sokongan moral menjadi lain apabila ada nerizen membayangkan seolah-olah penyanyi itu cuba untuk masuk ‘line’. Tinggalkan komen “hang in there. We all love you”, netizen mula membuat spekulasi.

Apapun, buat Bella, Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuan. Ujian adalah hadiah daripadaNya kepada hamba terpilih, dalam ujian, Allah sertakan pertolongan seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah: 214.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Foto : Instagram Bella Astillah kredit : mediahiburan

Aliff pujuk untuk cepat cepat kahwin. Batal niat sambung belajar, Bella kongsi detik awal bina masjid dengan Aliff Aziz.

Tular di laman sosial kontroversi pelakon Aliff Aziz curang buat sekian kalinya lantas menjadi trending No. 1 di laman Twitter dengan bermacam reaksi netizen. Nama isterinya, Bella Astilah menjadi perhatian ramai sekali lagi gara-gara kontroversi melanda Aliff Aziz apabila gambarnya bersama seorang perempuan tersebar di laman sosial. Terdahulu, sebelum membina mahligai perkahwinan bersama Aliff Aziz, Bella mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian di London atas sebab ingin berkahwin dengan Aliff.

Majlis Pernikahan Bella Astillah dan Aliff Aziz pada tahun 2016. Foto Kredit : Beautiful nara

Dia tidaklah menyesali ketentuan Ilahi kerana dia percaya perancangan Allah itu lebih baik. Memetik laporan dari Media Hiburan, Bella mendapat tawaran untuk sambung pengajian di London tetapi disebabkan dikir mahu berkahwin, jadi dia menolak tawaran tersebut.

Tambahnya lagi pada ketika itu, Aliff juga memujuk Bella agar segera berkahwin dan dia pun bersetuju dengan pujukan lelaki itu. “Saya tak mengungkit, kadang apa yang terjadi ada hikmah dan sudah diaturkan. Tiada penyesalan,”katanya.

Rentetan dari kontroversi suaminya yang berlaku curang beberapa kali, Bella sering diajukan soalan yang kurang enak dan terpaksa berhadapan dengan situasi tegang itu. “Memang ramai yang bertanya, Bella dah bercerai ke? Amboi soalan. Ia bukan benda yang mudah kerana ia beri kesan kepada semua orang. Kami perlukan masa dan ruang untuk fikirkan. Lain orang lain cara.

“Mungkin pada pendapat orang, saya tak matang. Tapi saya kena bersuara kerana nak beri semangat kepada yang senasib dengan saya. Kadang kalau saya faham, ada yang sudah ada lima orang anak dan tak boleh buat apa-apa.

“Satu masalah saya, saya terlalu percayakan orang. Saya suka fikir yang positif, saya takut bila fikir negatif, ia akan terjadi. Tak boleh jangka. Orang selalu cakap saya salahkan perempuan lain. Kenapa tak marah suami sendiri. Tapi saya tak boleh lawan. Mereka tak tahu sudah berapa kali saya bergaduh dengan Aliff. Takkan saya nak buatt Insta Stories, “jelasnya.

Bella didesak ramai agar meminta cerai apabila kes curang Aliff terbongkar pada sebelum ini, namun Bella masih mempertahankan rumah tangganya. Ketika temu bual ini, Bella masih lagi berstatus isteri kepada Aliff Aziz,

Kemudian apabila muncul kontroversi terbaru kes cvrang suaminya bau-baru ini, Bellah telah putuskan untuk tinggal berasingan agar kedua-dua dapat muhasabah diri dan mencari jalan terbaik untuk meneruskan hubungan demi anak.

Ayden Adrean, cahaya mata mereka berdua.

“Apa pun yang saya rancang, itu semua kuasa Allah. Kami ambil masa untuk fikir apa yang terbailk. Apa pun yang terjadi, sama ada masih bersama atau berpisah, saya tidak mahu bermusuh dengan dia. Dia masih ayah kepada anak akmi.

“Kalau dia nak berubah, dia kena bantu diri sendiri. Saya tak boleh bantu. Apa yang boleh saya katakan, untuk mencari keluarga mertua yang baik memang sangat susah. Dan keluarga Aliff sangat baik dengan saya. Itu menjadi kekuatan untuk saya,” jelas Bella. Sumber : Media Hiburan

Namun dengan kontroversi terbaru berkaitan suaminya dan perempuan berumur 17 tahun , telah membuat Bella ambil keputusan untuk ‘Move on” bersama anak nya tanpa Aliff Aziz.