Ketika memasak, para ibu silalah baca 11 potongan doa dari Al Quran ini agar jiwa anak dan suami lunak dan tak degil.

Ayat suci al-Quran bukan sekadar dibaca ketika selepas solat atau pada malam Jumaat, tetapi amalkan ia sebagai bacaan harian walau di mana saja. Salah satu yang mak-mak boleh praktik ketika berada di dapur untuk memasak. Mulakanlah penyediaan makanan itu dengan cara yang terbaik dengan iringan doa, zikir dan amalan yang mendorong ahli keluarga termasuk anak-anak terbentuk jiwanya.

Catatan daripada Ustaz Ahmad Farkhan Daie melalui perkongsian Group Fikirman Haramain ini mengajar mak-mak sentiasa memelihara adab setiap kali masuk dapur. Bermula dari nak pegang periuk kuali sampailah siap menyimpannya di rak. Inilah amalan yang dipraktikkan oleh tok guru pondok dalam menjaga adab makan anak-anak tahfiz mereka.

Memasak ini sangat penting sahabat-sahabat. Tok-tok guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mengotorkan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini.

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk Para Jemaah yang keluar BerDakwah di Jalan Allah.Saya nak kongsi adab-adab memasak dari Kitab Mudzakarah Masturat. Sangat-sangat hebat mereka para isteri, para jemaah Dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak-anak.

Berwuduk dan solat 2 rakaat, Baca doa masuk dapur surah al kahfi ayat 10 doa dari al quran “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”, Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96 doa dari al quran

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal. Doa cuci beras doa dari al quran “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.”, Doa letak beras dalam periuk doa dari al quran “Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar.”,

Doa letak air dalam beras doa dari al quran, Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf (Boleh praktik ketika membasuh beras dan lain-lain hidangan seumpamanya) potongan dari al quran “Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah”, Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71 doa dari al quran, Doa basuh sayur doa dari al quran. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3.

Kredit: Brainly.co.id

ARTIKEL LAIN………

Kalau Tak Mampu Buat Macam Ni Cukuplah Sekadar…

Berselawat, Baca hafazan Al Quran, Zikir, JANGAN bercakap hal-hal dunia semasa memasak apatahlagi buka lagu-lagu ketika memasak, Tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak, Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah

Sila amalkan untuk Keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah, Supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak terutamanya Ibu dan Isteri-isteri yang Solehah.

Rahsia Kekuatan Surah Ali Imran Ayat 200..

Sebagaimana yang dikongsikan dalam shafiqalbu.wordpress.com surah Ali Imran ini mengandungi banyak keutamaan, fadhilat dan khasiat sebagai doa pelindung, pembuka rezeki, pengasih, perawatan dan dia.“Surah Ali ‘Imran yang mengandungi 200 ayat ini diturunkan di Madinah. Ia dinamakan Ali Imran kerana memuatkan kisah-kisah tentang keluarga Imran yang menyebutkan sejarah kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, persamaannya dengan Nabi Adam Alaihis Salaam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebutkan juga tentang kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa Alaihis Salaam.”

Kredit: monolograsahatiku.blogspot.com

Sekiranya ada daripada keluarga antum yang tidak betah di rumah, maka ada baiknya ditulis ayat ke-200 dari surah Ali Imran pada makanan seperti roti yang hendak dimakan atau disajikan, kemudian berikan makanan tersebut kepada ahli keluarga yang suka keluar dari rumah tanpa izin. Insya’Allah ahli keluarga yang suka keluar rumah akan jadi tunduk patuh, menjadi baik dan tidak lagi keluar tanpa izin.

Sekiranya Ayat 200 surah Ali Imran dibacakan pada makanan yang hendak dimasak atau dihidangkan, Insya’Allah dapat menjinakkan isteri atau suami derhaka, anak degil dan haiwan liar. Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.

Ayat 200 surah Ali Imran ini juga diamalkan secara istiqamah selepas solat, dapat mengurangkan panas baran suami dan mengwujudkan kasih sayang berumah tangga. Jika diamalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran sebanyak 3 kali selepas solat fardhu, Insya’Allah elok untuk ketenteraman ahli keluarga dan penghuni rumah.

Baca Ayat 200 surah Ali Imran dan Ayat 19 dari surah As-Shura lalu dikucup atau ditiup pada ubun-ubun anak. Insya’Allah dapat menjadikan anak antum insan yang berbakti dan pintar. Boleh juga ditiup pada air dan masakan dengan menyebutkan nama anak satu persatu sambil diucapkan harapan pada anak, semoga dapat mudah mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.

Sumber/Foto: Ustaz Ahmad Farkhan Daie, shafiqolbu.wordpress.com via Mingguan Wanita