Mengaku silap dan mengaku masih sayangkan isteri, masih ingin hidup bersama. Pu Abu sanggup bersumpah, lafaz cerai tidak sah.

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar hari ini mensabitkan talak yang dilafazkan oleh bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.

Keputusan itu dibuat selepas Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia tidak berniat untuk bercer4i ketika menghantar mesej tersebut. Terdahulu, Ain ‘Afini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Klang bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos 2018, berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019, sebelum kembali rujuk sebulan selepas itu.

Namun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai dari Abu dari mesej di WhatsApp yang tingg4lkannya di rumah selama seminggu. Selain itu, Ain ‘Afini juga menerima permintaan dari Abu yang meminta dia memudahkan semua urusan perceraian.

Bagaimanapun hari ini Abu memaklumkan dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan bertindak demikian kerana faktor keadaan yang memaksanya. Hakim : Kamu ada taip WhatsApp tersebut?, Abu Sufyan: Iya, Hakim: Kamu ada taip mesej dan baca dalam hati?, Abu Sufyan: Iya, Hakim: Kamu sedar pada masa itu?

Abu Sufyan: Sedar, Hakim: Adakah kamu dipaksa?, Abu Sufyan: Keadaan yang memaksa, Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?, Abu Sufyan: Tiada, Hakim: Kamu ada niat untuk menceraikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?

Abu Sufyan: Tidak. Saya tidak berniat untuk mencer4ikannya, Hakim: Ada kamu lafaz yang lain?, Abu Sufyan: Tidak ada. Hakim: Kamu sanggup bersumpah, Abu Sufyan: Iya. “Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Hakim Nurulazhar sebelum itu menolak permohonan Abu yang meminta media dan orang awam berada di dalam mahkamah agar tidak mendengar kes perbicaraannya kerana isu sensitif dan mengaibkan. Sementara itu, Ain ‘Afini yang dijangka bersalin pada 10 Julai depan menangis teresak-esak selepas mahkamah membuat keputusan itu, sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh kedua ibu bapa dan keluarganya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian via thereporter

Status terbaru Pu Abu lepas Rm10,000 jadi tular di media sosial.

Status terbaru Pu Abu Yang Ringkas Bila Berita Tentang Sepuluh Ribu Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah Jadi Tular..

Saya Dah Beri Hampir Sepuluh Ribu Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah, Kata PU Abu.. Selepas diselar netizen kononnya dia mengabaikan bekas isteri iaitu Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Pencetus Ummah (PU) Abu pada Sabtu menepis dakwaan tersebut.

Menerusi muat naik terbaharu di Instastory, PU Abu memberitahu dia memperuntukkan sejumlah wang kepada bekas isteri sebagai nafkah dan urusan menyediakan kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi. ”Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum,” tulisnya.

Terdahulu PU Abu dengan gembira berkongsi jadual kerjanya hari ini dengan pengikut Instagram. ”Program hari ini… penggambaran dengan Hlive, tengok rumah dan kemudian beli barang baby. Yeay!,” kata PU Abu. Kesian bekas isteri terpaksa beli kelengkapan bayi sorang2, kata netizen

Perkongsian mengenai isu kelengkapan bayi itu dilihat sebagai reaksi balas PU Abu terhadap netizen yang mengecamnya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai bekas suami dan bapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

Orang ramai sebelum ini meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri. ”Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami. Sayu hati.

” Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja,” komen netizen pada foto tersebut. Ini reaksi balas PU Abu. Pada salah satu komen ‘pedas’ yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas ‘okay’ berserta emoji ciuman yang diertikan sebagai faham dengan mesej yang ingin disampaikan netizen.

Isu rumah tangga PU Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga. Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Selain itu, Ain juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin. Menerusi pertemuan wartawan mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah itu memberitahu dia dinasihatkan bapanya untuk tidak memberi sebarang kenyataan susulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar via rimbabara

sumber foto: instagram pu abu via : menuju kebenaran