Video alhamdullilah terkini, Pu Abu dan Ain Afini kekal suami isteri.

KLANG – Teka-teki status rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain ‘Afini Latif, 23, akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengekalkan mereka sebagai suami isteri. Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar memutuskan demikian selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, adalah tidak sah.

Mohd. Nurulazhar dalam penghakiman memberitahu, lafaz cerai itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah serta perlu bersumpah. PU Abu yang memakai baju kemeja berjalur lengan pendek, berseluar hitam dan berkopiah tanpa diwakili peguam itu melafazkan sumpah tersebut sambil didengari Ain ‘Afini yang berada di sebelahnya.

“Abu Sufyan, sebagai suami perlu jaga isteri dan jaga anak dalam kandungan. Orang mengandung ini lain perasaan mereka dan jangan lepas tangan,” jelas Mohd. Nurulazhar. Mahkamah turut memerintahkan pasangan tersebut mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz rujuk itu sah.

Kosmo! Online difahamkan hari ini merupakan hari lahir kepada Ain A’fini yang sedang mengandung tujuh bulan. Pada prosiding tersebut, Ain ‘Afini sebagai plaintif dan tidak diwakili peguam memberitahu, mereka telah bercerai pada 28 Januari tahun ini dengan kebenaran mahkamah dengan talak 1 selepas mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos tahun lalu.

Mereka kemudiannya telah melafaz rujuk dengan niat dan melafazkan berbaik semula pada pukul 11 pagi di rumah PU Abu di Selayang Baru pada 23 Februari lalu. Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu tinggalkan Ain ‘Afini.

PU Abu sebagai defendan mengesahkan kiriman pesanan itu namun menjelaskan tidak berniat untuk menceraikan Ain ‘Afini selain tidak melafazkan cerai secara lisan.“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas
anak yang dikandungnya

“Mengakui kesilapan tinggalkan isteri atas sebab tertentu yang tidak boleh dihuraikan. Saya juga memohon maaf kepada ibu bapa mertua,” katanya. Terdahulu, sebelum prosiding bermula PU Abu memohon mahkamah supaya tidak membenarkan pihak media dan orang awam yang berada di galeri tersebut mendengar perbicaraan kes mereka atas isu sensitif dan mengaibkan.

“Saya tidak mahu ada gelombang kedua viral berhubung kes rumah tangga (kami) yang sebelum ini memberikan kesan terhadap kami berdua,” katanya. Permohonan itu ditolak Mohd. Nurulazhar atas alasan tidak relevan.

Video :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : kosmo

Pu Abu gembira dah bagi rm10,000 untuk bekas isteri dan anak.

SETELAH diselar netizen kononnya dia mengabaikan bekas isteri iaitu Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Pencetus Ummah (PU) Abu pada Sabtu menepis dakwaan tersebut. Menerusi muat naik terbaharu di Instastory, PU Abu memberitahu dia memperuntukkan sejumlah wang kepada bekas isteri sebagai nafkah dan urusan menyediakan kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum,” tulisnya. Terdahulu PU Abu dengan gembira berkongsi jadual kerjanya hari ini dengan pengikut Instagram. “Program hari ini… penggambaran dengan Hlive, tengok rumah dan kemudian beli barang baby. Yeay!,” kata PU Abu.

Perkongsian terbaharu PU Abu di Instagram. Perkongsian mengenai isu kelengkapan bayi itu dilihat sebagai reaksi balas PU Abu terhadap netizen yang mengecamnya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai bekas suami dan bapa kepada anak yang bakal dilahirkan. Orang ramai sebelum ini meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri.

“Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami. Sayu hati. “Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja,” komen netizen pada foto tersebut.


Pada salah satu komen ‘pedas’ yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas ‘okay’ berserta emoji ciuman yang diertikan sebagai faham dengan mesej yang ingin disampaikan netizen. Isu rumah tangga PU Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.

Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa. Selain itu, Ain juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Menerusi pertemuan wartawan mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah itu memberitahu dia dinasihatkan bapanya untuk tidak memberi sebarang kenyataan susulan. Sumber mstar