Kakak bengang bau ikan satu rumah ingatkan masak laksa, tak sangka adiknya yang kurang upaya tolong gorengkan keropok guna microwave.

Kehidupan

Insan Kelainan Upaya  sememangnya amat istimewa dimata kita. Mereka ini adalah penyeri dalam keluarga kerana kerap diberi perhatian dalam setiap tindak-tanduknya. Walau bagaimanapun, kita sebagai insan normal tidak akan menjangkakan sesuatu yang bijak terlahir dari bakat serta pemikiran mereka.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter di kenali sebagai Lisa, dia telah memuat naik posting mengenai adik perempuannya yang merupakan golongan istimewa. Melalui posting tersebut, adik kepada Lisa telah memasak keropok ikan menggunakan microwave dan hasilnya keropok itu masak dengan lebih sedap berbanding jika digoreng.

“Adik aku ni istimewa and dia pi masak keropok dalam microwave. Aku cakaplah kena masak ngan minyak and dia cakap dia takut tak pndai and aku try sumpah sedap!! Lagi sedap dari masak ngn minyak!! I swear!! Lepas ni memang aku masak guna microwave la “

Menurut Lisa, percubaan adiknya itu disebabkan dia takut untuk menggoreng keropok menggunakan minyak dan kuali. Jadi, dia mengambil langkah menggunakan sahaja microwave itu dan hasilnya lebih sedap. “Just msukkan je keropok dlm microwave tkyah minyak apa smua tkyah. Rasa ikan dia mmg kuat and sdap. Try “

” Maaf tk dpt balas smua. Masak dlm microwave set masa 2 minutes then siap. Btw ni keropok kering. Keropok losong tu mmglah bole masak ngan microwave tpi ni keropok kering. saya doakan apa yg u doakan untuk I akan melantun pada u juga. InshaAllah smua masuk syurga Amin “

Tambah gadis tersebut, walaupun adik perempuannya itu merupakan golongan istimewa, namun dia sangat rajin melakukan kerja rumah seperti menggosok pakaian adik-beradiknya yang lain. Menjengah keruangan komen di posting tersebut, rata-rata warganet turut berasa teruja dengan idea baru mengoreng keropok dengan rasa lebih sedap dan tidak begitu berminyak.

Juu J  🦄‏ @Juu_Jamal : Wuaaa thank you to your adik, lepas ni tak rasa berdosa sgt dgn badan sbb makan keropok goreng dgn minyak. Huhu. 28 thn hidup, baru hari ni lah tau. Hazh‏ @Zaff48895308 : Haha. . Nmpk sngt kakak dia malas.. nti awak luangkan masa dengan dia. Ajar dia masak. Mesti nanti bila dia pandai. Dia mampu buat sendiri. Lagipun diorang ni lebih suka berdikari dari minta tolong.

aerone emier‏ @amirularif579 : Masak telur dalam tuu pun boleh haha, cuma kurg sedap ckit laa nak compare ngan goreng. Bul  @lisaa_aa98 : Telur selalu buat. Nk sdap campur black pepper campur kicap campur madu masak mentah skit memang sedap

embak peri‏ @shdsoeid : Buat brownies dlm cawan pakai microwave pun sedap sis hahahahahahaha . Kucing mengada bnyak kadang tuan dia pun tak makan. Dia makan sehari berkali kali hahahahahaha. 3 tablespoons all purpose flour 3 tablespoons brown sugar 3 tablespoons Cocoa Powder 3 tablespoons flavorless oil (canola oil/coconut oil/sunflower oil) 3 tablespoons water pinch of salt 1/2 teaspoon vanilla extract 2 teaspoons chocolate chips Coklat chip tu terpulang la

ايكا شاهيره ikashahirah‏ @IekaSaera : Masa kat tempat kerja kami xde kuali . Kami just ada microwave . Saja buat buat experimen . Last last menjafi jgk letak keropok tu dlm microwave. sitinur’aisyah‏ @aisyahdsuki : She’ll be a good daughter and a good sister, pls take good care of her, she’s a precious child… pls send my regard to her… Good luck sis!

Sumber : Lisa_aa98