Dengan hanya 3 kali usapan dari bidan wanita ini kehilangan ank kembar. Berubat di hospital tak jalan. Akhirnya ini jawapan ustaz yg buatkan dia sekeluarga terkejut.

Kehidupan Keluarga Misteri

Gambar sekadar hiasan. Assalamulaikum. 4/2011 tahun yang amat bermakna untuk diri aku. ye la rezeki bertimpa timpa. dapat kerje tetap dan disahkan “twin pregnancy”. Aku bukan jenis upload UPT kat FB. canang baby bumb, share gambar scan 3D bagai. Bila ada yang tanya status secara depan depan baru ceq habaq. Jadinya time raya aku still tak heboh yang aku bakal melahirkan kembar seiras kelak.

Cerita aku bermula pada 27.11.2011. tengah siap siap nak pegi kenduri aqiqah kawan mak tetiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nak datang rumah. tanpa rasa sangsi ayah terus on. So bila dorang sampai aku yang sambut maklum la dah 36 minggu. Tak larat dah buat pape kat rumah mak. Bila dorang sampai makcik aku sorang ni dia teruja lain macam.

Sampai sampai je salam sambil pegang perut aku. Pastu aku declare la yang pregnancy ni adalah twin seiras dan due 1.1.2012. dia boleh tak caya. siap meragui pulak kerje doktor kata salah cek. hahaha. Abis warm up sembang. aku pergi la dapur nak tolong mak angkat angkat cawan nak bagi dorang minum. tetiba makcik aku ni datang dapur nak tolong.

“eh..biar uteh tolong sian mak buyung buat kerje” (sambil pegang perut aku) kita pun seronok la sebab badan tak larat. ada pulak yang datang bantu. Memang kena time la bantuan dia. by the way, mak cik aku ni ada 2 anak dara tau. Tapi anak dara dia suma pemalas. hehehe.. Dah ready makan minum, so dorang pun makan la kat meja yang disediakan.

Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa. Dia perhati je ape yang aku buat. Time tu tengah suapkan anak makan. So piring tu stand atas perut buat macam meja. hehehe. Dia tegur “tengok tu perut dah besar sampai boleh letak piring”. settle cite pasal anak lelaki dia yang nak bertunang bulan 2/2012, dorang pun start nak gerak balik. ehhh.. lagi skali pegang perut aku.

3 kali dah dia pegang.. Esok malamnya lepas lepas isyak, tetiba perut aku berombak. Pergerakkan twin sangat sangat agresif. Ke kiri ke kanan dorang. Sampai mak dengan husband tengok perut aku yang tengah berombak tu. Senak beb. 2 orang dalam perut macam tengah wrestling. Aku pun dah tak tentu arah time tu. Lusa pergerakan twin sayup sayup je.

So aku imagine tempat dah sempit so twin pun behave dalam perut bonda dia. 30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah. Tak mungkin la terkencing. Rupanya air ketuban dah pecah. Tapi kaler dia macam kopi o cair. Terus panggil mak, semua kelam kabut bangun siap siap pegi MHKL. Sampai kat hospital, prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm. Dorang cek time tu still 1cm.

So dorang pun wat lek wat pis sebab belum time. Dorang cari heartbeat twin belah kiri. Senyap. Belah kanan senyap. Belah bawah pun senyap. So nurse panggil doktor, doktor pelatih pun scan. Tetiba doktor hilang. Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1. Pun senyap. Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar. Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE.

Aku tanya la sejak bila? dalam tempoh lebih 24 jam. Bila di flash back maybe masa perut tengah berombak ritu. so dorang bawak aku pergi bilik kaunseling. Cerita pulak dengan mak, mak yang nangis.. aku? konfius dengan perasaan time tu. Air mata pun tak mampu nak keluar. Jiwa kosong. Perasaan berkecamuk, so decide admited.

Jam 2 am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm. Terus dorang tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm. Teran bagai nak rak. Sebab 100% tenaga kita kerah. Doktor tak suggest untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”. Sumpah penat ! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni.

sunyi LR. Aku peluk Qaisara. Mengalir cairan merah kat hidung anak bonda. Aku nampak muka Qaisara dah biru. Ya Allah bidadari syurga yang aku tengah lihat ni. Aku cium. Nurse balut Qaisara dan letak tepi. Subhanallah orang lain teran. Baby keluar riuh LR. Tapi aku hanya jasad je yang ada. Dalaman twin dah sampai di syurga. Tepat jam 6.50am lahirlah bidadari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara.

Dua dua comel. Dua dua pengiring bonda. Saham untuk bonda diakhirat kelak. Urusan bidadari bonda berjalan lancar. Terima kasih Allah permudahkan urusan hambaMu ini. 4 hari lepas besalin baru discharge sebab cairan merah banyak hilang waktu besalin. Siap kena refill 1 beg cairam merah. Sampai kat rumah, rutin berpantang pun bermula.

1st day berurut lepas settle tetiba cairan merah beku keluar besar tapak tangan tebal seinci. Sakitnyala nak kuar bila jahitan tak elok lagi. Lepas je cairan merah beku tu kuar, aku tumpah cairan merah tak henti. Dari jam 12 malam smpai subuh aku dah tukar 12 keping pad… Punyalah banyak cairan merah keluar. Esok pagi mak ajak pegi balik hospital.

Sampai PAC MHKL perghhhh kena seluk pulak, menjerit aku dalam bilik. Dah la sakit jahit belum baik. Doktor boleh seluk pulak. Bukan sekali, 2 kali kena seluk. Rasa macam nak tendang doktor tu. Dorang scan tengok ada cairan merah beku dalam rahim. Esok kna cuci, bila dah “cuci” yang kuar hanya 2 cc je kot.. lepas “cuci”.. kena la refill balik HB (cairan merah) 1 beg.

Settle masukkan dalam kol 5 petang, makan makan sembang sembang sebelum family dengan anak balik skali tetiba nak dekat maghrib sejuk yang amat amat. Sampai tangan merekot rekot kejang. Nurse kelam kabut tengok aku. Sumpah tak tipu time tu rasa nak pch urat urat nak cari bp pun tak dapat. Nak detect temperature pun tak boleh.

Masa tu macam macam ayat baca. Aku fikir malaikat nak trk nyawa dah ke. Aku kuatkan semangat. Aku niat “Ya Allah Ya Tuhan ku, aku ada anak. Kuatkanlah semangat aku demi dia yang masih kecil”.. lepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow slow terus badan panas dan demam. Lepas dah ok, lusa dah boleh discharge.

Balik rumah pantang lagi macam biasa. Lepas 2 hari discharge.. tetiba aku tumpah cairan merah lagi.. kali ni 3 hari lepak rumah sebab fobia kena seluk dalam bilik PAC masih menghantui.. 3 hari tumpah cairan merah tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak.. telinga dah berdesing. Bibir dengan lidag dah pucat.

Muka pun dah jadi kuning. Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring.. nak basuh jauh la skali.. kumpul je dalm plastik sekali cairan merah beku yang keluar berketul ketul besar tapak tangan tebal seinci tu.. sumpah sakit..! Fikirkan anak.. aku pegi jugak la hospital.. betul la Allah cakap.. selagi belum boleh pergi.. teruk mana pun dugaan kau.. tetap belum sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko.

sampai hosp.. cairan merah yang non stop 3 hari tu. terus takde.. tapi still kena seluk gak la sebab doktor nak tengok cairam nerah beku. dalam PAC dorang amik cairan merah dapat result tengok HB tinggl 6 je. Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12. Separuh beb hilang cairan merah sebab tumpah cairan merah 3 hari non stop.. admited lagi 3 hari..

masuk 2 beg cairam merah.. kali ni ok je time ada kat wad. so lusa discharge.. Bila 2x dah tumpah cairam nerah. mak pun mintak bantuan seorang ustaz. Nak pulihkan semangat aku. Takut aku tak kuat. Twin pergi buat selamanya. Tumpah cairan merah pulak. Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan tumpah cairan merah biasa, tapi sebenarnya ada gangguan.

Orang yang terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang. Tapi sebenarnya niat dia lain. Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yang mak makcik aku tu bidan. Ustaz yang explain 1 by 1 cite “mak lampir” ni. aku terkilan sangat. Kenapa saudara sendiri buat aku macam tu.

Anak tu tak pe la maybe dah janji twin dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je. Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” sekali. sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni.. risau aku berkasar dengan dia.. hehehe.. Kat sini aku nak nasihat sikit. apa yang jadi kat kita ni adalah dugaan. Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tau kita tak mampu..

lagi 1 anak suamu mak ayah ni pinjaman. amanah untuk kita.. redhalah walaupun perit.. sebab setiap yang hidup pasti akan pergi buat selamanya yang fana ni. Nota kaki : terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak.. aku tak paksa dan aku tak mintak simpati.. tapi aku mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni.. banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada disekeliling kita.. tq admin.

Penulis: Pae Alysha (FB) , via edisi media