Hari ke 4 di rumah mertua isteri call suami menangis nangis. Tak sangka adik beradik sanggup lakukan ini pada isterinya bila dia tiada.

Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Setiap orang mengimpikan penerimaan isteri atau suami di sambut baik dalam keluarga sendiri. Namun tidak semua yang bernasib baik. Tular di laman sosial, Melalui laman Fb KRT ,seorang suami berkongsi kisah isterinya yang mendapat layanan yang tidak sepatutnya dirumah keluarganya sendiri. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum. Kisah bermula bila ayah dengan mak aku asyik call cakap rindukan cucu2. Aku ada dua orang anak. Masih kecil sorang 3 tahun sorang 1 tahun 4 bulan. Disebabkan isteri dah suri rumah maka, dia setuju untuk balik kampung paling lama dua minggu. Seminggu rumah family dia, seminggu rumah family aku. Aku dapat teman kat kampung hanya 3 hari.

Bila dia dengan anak2 bermalam di rumah family aku. Dekat sinilah yang berlaku macam2. Rumah aku ada adik bongsu perempuan, lepas abang aku dengan bini dia, lepas mak ayah aku. 2 orang kakak aku dah kahwin, duduk asing2 tapi hari hari datang lepak kat rumah mak ayah. Isteri aku cakap hari pertama semua okay, masuk hari ke dua dah nampak terang2.

Kakak2 aku datang rumah jam 1 tengah hari dan2 isteri aku dah siap masak tengah hari. Sebab dorang tahu rutin isteri jam12 dah start masak sebab anak2 aku memang makan tengah hrai antara jam 12 lebih ke 1 tengah hari. Datang2 terus masuk dapur bawak anak2 dorang pergi makan. Belum kira lagi adik aku yang tidur tak bangun bangun.

Maklum lah nak cuti sekolah masa tu. Sekali dengan bini abang aku, keluar bilik bila semua dah siap masak. Dah makan tL kemas meja. Nak2 isteri aku ada sikap OCD lagi diambil kesempatan. Macam mana ye aku nak explain, aku rasa isteri aku dipergunakan. Mak ayah aku pom takde tegur perangai anak2 dia yang lain. Betullah isteri aku tu suri rumah tapi dia pon penat.

Memanglah dah biasa buat semua kerja tu tapi fahamlah kalau kat rumah kami, dia boleh relaks sebab ada anak2 dengan aku. Ini satu rumah ramai mulut, tapi yang buat kerja satu orang. Belum kira lagi anak2 aku tengah menangis takde orang pergi tengok. Mak ayah aku pulak kerja meniaga. Pagi3 dah keluar, tengah hari balik baru main cucu.

Isteri aku lah yang bangun sebelum subuh siapkan semua. Masok hr ke 4 isteri aku call menagis2 cakap nak balik rumah family dia atau nak balik terus kat tempat aku. Ya, aku memang terkejut sebab boleh dorang layan isteri aku macam tu. Memang sebelum ni dorang malas jugak tapi bila aku ada, aku tolong skit2 then aku tegur adik dengan kakak aku mintak tolong sekali bila isteri buat kerja.

Malam tu jugak aku balik dengan flight kat kampung. Aku sampai rumah mak ayah aku terus aku suruh isteri aku packing barang barang. Aku sewa kereta kat kampung, bawak anak2 isteri jumpa family dia dulu lepas tu terus blk kat bandar pada mlm tu jugak. (lps pulangkan kereta sewa, aku balik dengan flight jugak lah)

Apa yang berlaku masa aku sampai tu cukup menyedihkan lah. Dengan raut muka keletihan, nampak muka tak happy. Aku sampai kat rumah masa tu jam 10 malam. Masa tu akak2 aku ada lagi kat rumah tu. Aku terus cakap, sampai hati buat bini aku macam orang gaji. Ada lah beberapa ayat yang agak menyakitkan aku bila aku ingat. Aku ajak mak ayah aku ikot aku ke bandar stay rumah aku seminggu dua kalau betol nk main2 dengan cucu2 kan tapi dorang taknak sebab nak meniaga.

Akak2 aku siap cakap aku terlalu syang kan isteri, percaya cakap isteri dan macam2 lg lah. Aku memang berjauh hati. Mungkin pada yang tinggalkan komen2 kat post awal aku tu, tak tahu cerita sebenar. Tu yang bagi ayat kondem try hard, kenapa nak jadik babun orang semua. Susah nak explain bila kita tak berada kat situasi tu. Kdg2 terpikir berbaloi ke bergaduh dengan adik beradik sebab isteri??

kalau difikirkan balik, bagi aku BERBALOI. Sebab aku tahu isteri aku macam mana, susah payah dia, dia berhenti kerja sebab nak jaga anak2 dengan rumah tangga. Tapi sayang orang terdekat gunakan alasan suri rumah sebagai tiket untuk kepentingan sendiri. Bukan nak bukak aib keluarga aku sendiri tapi aku sebagai suami agak tercalar ego bila adik beradik sendiri layan isteri macam ni.

Reaksi warganet. Perkongsian suami ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka. SueAida M Razali –Tahniah bro. Kamu telah menjaga amanah kamu dengan sangat baik. Beruntung isteri kamu mendapat suami yang mengambil berat. Sudah betul tindakan kamu dengan mengambil ank isteri balik hari tu juga. Dan betul juga tindakan kamu meminta ibu ayah dtg rumah untuk bermain dengan cucu2.

Firdaus Syakirin –Kalau apa yang kita buat tu kita rasa betul, memang itu yang sepatutnya, pilihan terbaik utk isteri kita, maka ianya BERBALOI. Saudara yang sedaging pun tak layak nak mempertikaikan apa yang kita buat untuk anak isteri kita. Munira Razali –Untung isteri awak. Sebab dapat suami yang percaya apa isteri cakap. Majoriti tak de nak percaya cakap isteri. Sebab mak ayah adik beradik tu ‘maksum’.

Tak boleh disebut nama langsung. Melenting. At the end, isteri dipersalahkan. Tahniah saudara! Natasha Hamdan –Aku suka cara kau. Harap kau jaga isteri, anak2 n mak ayah kau elok2. Jangan smpai antara mereka nie ade yang tersalah paham n kecik hati. Jadi suami memang susah tapi nak jadi isteri dan menantu yang di senangi lagi payah..

Aku bersyukur ada suami dan fmly mertua yang sgt baik n penyayang.. Moga bhgia milik kau bro.. Aamiin. Azean Ismail –Satu dalam 1000, biasa banyak laki menangkan keluarga dia. lagi lagi kalau mentua yang berkata kata. Kira bini ni derhaka la kalau melawan. Tapi bini hang beruntung la, lelaki yang memahami.

Orang lain tu dah la sakit ati dengan mentua bagai, hari hari mengadap laki yang dok salahkan bini plak.. peeghhh…hebat! mesti rumahtangga anda bahagia. Sumber : Kisah Rumah Tangga. Apa pula kata anda.

Kredit artikel: edisimaya