Lepas 10 tahun berpisah. Ank gadis makin kerap bermalam dirumah bekas suami. Tak sangka ini yang terjadi hingga air mata ibu menitis.

Kehidupan Keluarga Sedih

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku Lina (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal dengan dua orang cahaya mata. Umur aku awal 40an. Biar aku ringkaskan cerita, aku dan bekas suami berpisah sudah hampir sepuluh tahun. Berpisah kerana bekas suami yang tidak bertanggungjawab kepada keluarga. Kami berpisah pun selepas aku membuat tuntutan fasakh selepas ditinggalkan tanpa nafkah selama dua tahun.

Selama berpisah, bekas suami memang tak pernah memberikan nafkah kepada anak-anak. Menjengah apatah lagi. Dalam tempoh lima tahun pertama berpisah (masa tu anak anak kecil lagi) semua perkara aku terpaksa urus dan tanggung. Makan pakai anak2, sakit pening mereka, persekolahan dan macam-macam lagilah. Aku bekerja keras siang dan malam mencari duit untuk membesarkan anak-anak.

Aku tak nak anak-anak hidup dalam kekurangan. Bagi aku, cukuplah mereka kurang kasih sayang seorang ayah asal mereka cukup yang lain-lainnya. Selepas lima tahun, adalah sekali dua bekas suami datang menjengok anak-anak tapi tak pernah hulur walau satu sen pun duit pada aku. Ya, aku marah tapi aku simpan. Dan aku kata sendiri, ok tak apa, aku masih mampu tanggung anak-anak.

Aku masih ada kuderat untuk mencari rezeki untuk mereka. Keadaan itu berterusan sehinggalah masalah mula timbul sejak tahun lepas bila aku memberi kebenaran anak2 balik ke rumah bekas suami dan bermalam di sana. (Untuk makluman kami tinggal diberlainan negeri). Keadaan semakin ketara sejak dia mengikut bekas suami bercuti pada hari raya aidiladha baru-baru ini.

Balik dari sana aku lihat anak perempuan aku sangat ceria. Ya, aku gembira dengan perubahan tersebut tetapi dalam masa yang sama aku kecil hati. Kecil hati kerana bermacam-macam kebaikan tentang keluarga barunya yang dia ceritakan. Aku nampak dengan jelas betapa gembiranya dia bercerita tentang sikap ibu tirinya yang sporting, bersikap terbuka dan memahami tidak seperti aku yang lebih serius.

Ya, mungkin disebabkan ibu tiri yang baru diawal usia 30an lebih menyenangkan berbanding aku, ibu yang sudah 40an dan mungkin dianggap kolot. Aku semakin terasa bila dia kerap memuji barang2 pemberian ibu tiri dan ayahnya biarpun hanya sehelai tudung dan sehelai baju. Malah itulah barang2 yang sering dipakai dan diguna saban waktu.

Oh! Kecilnya hati aku sebagai ibu sedangkan selama sepuluh tahun itu bermacam-macam benda yang aku belikan dan laburkan untuk mereka. Ya, mungkin bagi mereka ianya tak seberapa dan tidak bernilai dibandingkan apa yang baru mereka perolehi. Pada waktu coffession ini aku tulis, keadaan aku dengan anak perempuan aku sangat tegang.

Puncanya kerana aku menegur tentang sikapnya. Ya, dia semakin sukar untuk ditegur dan sering memberontak setiap kali aku menegur. Pernah satu ketika sampai berhari2 kami tidak berbicara. Bila keadaan jadi begitu aku lebih kerap ambil sikap berdiam kerana aku bimbang kemarahan akan memburukkan lagi keadaan. Kadang-kadang aku sendiri bingung bagaimana hendak memulihkan keadaan kami.

Perkara ini membuatkan aku terfikir untuk menyerahkan mereka pada jagaan bekas suami walaupun itu satu keputusan yang sangat melukakan. Tapi kalau itu saja jalannya yang ada dan boleh membahagiakan mereka, aku terpaksa reda. Aku tak nak anak anak berdosa bila aku sebagai ibu mula menitiskan air mata dan tidak reda.

Bukan aku tak pernah berdoa, saban waktu aku panjatkan doa kepada Allah yang esa supaya Dia lembutkan hati anak2 tapi mungkin belum masanya doa aku itu diangkat oleh-Nya. Aku tahu anak-anak inginkan keluarga yang sempurna tapi aku tidak berkahwin sekali lagi juga kerana mereka.

Aku takut andai bapa tiri tidak mampu menyayangi mereka dengan sebaiknya. Andai inilah kekurangan yang membuatkan mereka tidak gembira dan bahagia hidup dengan aku, apalah yang mampu aku katakan lagi? Aku dah curahkan segala galanya dan mungkin sudah sampai masa ayahnya pula yang memikul tanggungjawab tersebut.

Ibu tahu kamu inginkan keluarga yang sempurna tapi maaf ibu tak mampu berikan. Mungkin berada di sisi ayah kamu, kamu akan dapat miliki keluarga yang kamu inginkan. Ibu hanya inginkan yang terbaik buat anak-anak ibu dan masa depan yang sempurna buat kamu. Apalagi yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain melihat anak anak gembira?

Tak kira walau dimana kamu berada nanti, doa ibu akan sentiasa bersama kamu sehinggalah ibu menutup mata. Maaf andai coretan ini terlalu panjang. Banyak sebenarnya yang ingin diluah tapi tak mampu terluah. Apa yang mampu aku katakan, ya, aku bukan seorang ibu yang baik kerana aku gagal membina sebuah keluarga yang bahagia.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini. Yusof –Puan selitkan surat didalam lipatan baju mereka. Luahkan apa yg terbuku dihati. Biarlah mereka dijaga bapanya jika itu membuatkan mereka bahagia. Percayalah apabila mereka kesempitan dan kesedihan nanti, awak juga yang akan mereka cari.

Ika Sabiqah – Sedihnya baca confession ni. Semoga Allah membalas segala bakti Puan membesarkan anak anak dgn titik peluh, kudrat sendiri dgn segala kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat. Doakan yg baik2 utk anak-anak Puan. Semoga mereka mengerti nilai kasih sayang puan selama ni.

Kasihnya ibu membawa ke syurga. kadang ibu sanggup korbankan kebahagiaan sendiri hanya utk melihat anak anak gembira. Semoga Allah membukakan jalan utk segala kerungsingan Puan dan memberikan kebahagiaan kepada Puan dan anak2. Farhah Simard –Ini cita my friend, dorang berpisah juga, first anak dara dia duduk sama, tapi asyik memberontak aje, sikit sikit bapak.

Dia memang kasi terus anak kat bapak dia, tapi kebaikan timbul anak dia mungkin tersedar yang balik kejap kejap rumah bapak, tidak seindah bila duduk full time.. Tapi my friend memang tak mau anak dia duduk sama dah, dia terus keluar rumah dia sewa, sewa apartment satu bilik aje, so memang tak da extra bilik pun kalau anak dia nak balik semula.

Tapi lain anak dia jadi baik, nak pindah rumah mak dah tak boleh, tapi dorang memang ada hubungan baik. Hubungan cam anak you tengah alami sekarang nilah, jumpa mak tiri tak kerap so bila jumpa kejap kejap, sempat yang manis manis aje… Good luck…. – Lina (Bukan nama sebenar) via IIUMC. Apa pula kata anda.

Kredit: edisimaya