Pelik mak mertua tiba tiba beli sarapan untuk menantu. Lepas suami pergi kerja mertua kantoi dan tergamak dia lakukan ini pada ank dan menantunya.

Kehidupan Keluarga Misteri

Masalah antar menantu dengan mentua, khususnya menantu perempuan bukan cerita baru. Dari dulu lagi sudah bermula. Puncanya mungkin boleh jadi daripada perkara yang kecil saja. Namun bagi menantu yang tinggal serumah dengan mentua risiko untuk memilik masalah itu lebih besar sebab itu disarankan supaya pasangan suami isteri tinggal berasingan.

Tak akan sama, pengalaman buruk tinggal serumah dengan mentua ada macam-macam jenis. Terlalu banyak persoalan negatif berbanding yang positif. Agaknya macam mana nak melahirkan sebuah keluarga harmoni dan tenteram? Jalan terakhir, anda terpaksa memilih keluar dari rumah mentua. Anak-anak yang sudah mesra dengan nenek mahupun datuk mula terasa rindu apabila terpaksa tinggal berjauhan.

Ada wanita mahukan lebih privasi dalam rumah tangga. Mereka tak nak dikongkong dan nak bebas tidur lama dan bila-bila masa boleh ‘asapkan dapur’. Tak ada yang nak marah dan jadi ‘mata-mata’. Dan sudah tentu apabila diaju soalan sama ada mahu tinggal di rumah mertua atau tidak, pasti jawapannya TIDAK!

Foto sekadar hiasan. Mari kita baca perkongsian ini. Assalamualaikum. Bapa mertua pernah marah dan tak bagi jumpa dengan bomoh tu lagi, tapi yang mak mertua ni still degil dan dia akan jumpa secara senyap senyap. Pagi kejadian bomoh tu datang rumah, saya ada dalam bilik dan bila saya turun mereka dah keluar. Orang gaji yang ceritakan segalanya. Makanan yang mak mertua beli orang gaji ambil dan buang, dia cakap jangan makan.

Pelik jugak mak mertua memang tak akan beli breakfast untuk saya pun. Tiba tiba beli, dan banyak kali dia tanya orang gaji, saya makan tak makanan yang dia beli tu. Wallahualam tak tahu la sebab apa. Punca ni la yang merisaukan saya, mungkin mak mertua boleh baca kot dari raut wajah saya yang saya marah dengan perbuatan dia bawak balik bomoh.

Dia kata saya buat muka dekat dia. Ok. nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami saya kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tanpa pengetahuan saya. Mak mertua cakap yang saya ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat saya. Dia jugak cakap selalu nampak kelibat saya dalam rumah tu, padahal saya ada dalam bilik.

Macam macam lagi yang dia burukkan saya. Mungkin dia nak cuba pusing cerita, sebab dia dah terkantoi bawak balik bomoh dekat rumah. Suami saya pulak macam biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Suami dah lali dengan perangai mak dia sebenarnya, dah banyak kali berbincang dan asyik cakap benda yang sama.

Parents dia pesan dekat suami jangan beritahu saya. Saya tak tahu apa apa. Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah. Saya ada wassap mak mertua pagi pagi cakap nak keluar. Mak kandung saya datang jemput saya dirumah. Atas izin suami saya. Bila saya dah keluar mertua lari turun bawah terjerit jerit dekat suami yang masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi kerja.

Mak mertua cakap kenapa dia keluar rumah pagi pagi tak mintak izin aku, nak bawak cucu aku pergi mana!!! Suami ackap dia dah wassap cakap nak keluar dengan mak dia, tengok la handfon. Yang dia bawak tu anak dia, biarla.. Suami cakap yang dia dah izinkan. Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pergi kerja. Suami cakap dia dah macam kena rasuk menjerit jerit tak puas hati.

Mak mertua suruh jugak suami col saya supaya balik. Suami tanya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia (kasari aku). Suami cakap senang hati nak buat anak orang, dia isteri saya tanggungjawab saya. Suami salam dan cium dahi mak dia dan terus pergi keja. Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.

Saya yang keluar ni tak tahu cerita, sampai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dengan nada yang kasar, tak sempat tanya sebab apa terus putus. Saya col suami tanya kenapa adik dia suruh balik suami jawap jangan balik. Suami dah balik kerja baru saya balik. Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju baju, ambil yang penting dulu..

Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua. Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yang kami keluar. Bermula la episod kami dibuang keluarga. Sampai sekarang still tak berbaik. Suami saya pulak dah digelar anak derhaka. Cerita saya pulak dah macam cerita artis. Semua orang dah pndang serong dengan saya.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sangat lah tinggi.. Dan sampai sekarang jugak saya masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir. Setelah kami pindah baru saya tahu selama ni saya dah terkena sihir pemisah. Sampai skarang masih tidak baik. Wallahualam siapa yang buat saya berdoa agar dia cepat bertaubat. Cuma saya kesiankan suami, syurga dia bawah tapak kaki ibu dia..

Jadi macam ni serba salah dibuatnye. Sebabkan mak dia terlampau ganas, sebab tu suami bawak saya pindah. Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal saya berdua dengan mak dia kat rumah. Ohhh.. peranan bapak mertua saya dlam cerita ni, dia umpama dinding sahaja. Tak mampu buat apa apa keputusan. Bagi dia cakap isteri dia saja yang betol. Terima kasih sudi baca yer, maaf panjang benar.

Kredit: cite syok.