Tak tahu nak nasihat macam mana lagi. Suami letih kemas rumah tak sengaja terlanggar isteri. Tapi isteri tergamak katakan ini pada suaminya.

Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin yang dikasihi. Tolong saya min share kisah saya ni. Saya perlu luahkan masalah rumah tangga saya ni min. Da tak terluah dah dalam hati ni. Tak tau saya nak story dekat mana lagi dah. Saya takut jadi tak waras je ni. Hehe. Jadi bawangrians sekalian, berilah nasihat membina pada saya yang sedang dalam dilema ni.

Sebenarnya saya pernah share kisah saya tahun lepas kalau min masih ingat pasal air kencing kucing depan pintu rumah tu. Haaaa. Saya la tu min. Sekarang saya muncul lagi. Hehe. . Saya dan isteri ni umur sama 31 tahun dan kami dah lebih 4 tahun dan menjalani alam perkahwinan. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang anak lelaki 3 tahun.

Saya berkerja di sektor swasta, construction dan isteri tidak bekerja juz buat bisnes online dari rumah. Masalah saya ni min lebih kurang jugak macam masalah sebelum ni min. Tapi sekarang lebih teruk. Masalah rumah tangga saya ni macam ni min. Entah la. Saya pun tak tahu sangat nak bercerita ni min.

Tapi saya cuba la juga. Isteri saya ni lain sikit min. Walaupun dia suri rumah, tapi dia anggap bisnes online dia tu adalah carrier dia dan perlu dilayan seperti orang bekerja. Sebab tu la anak saya tu start dari umur setahun setengah kalau tak silap dah dihantar ke Islamic international school apa benda kenama ntah yang bapak mahal yuran tu.

Hurmm. Dia cakap dia letih nak layan anak dan perlu focus pada carrier dia. Saya ni min, tak pernah langsung nak halang dia apa dia nak buat dan saya tak pernah langsung nak paksa dia bekerja ke apa sebab alhamdulillah pendapatan saya bekerja seorang agak lumayan untuk kami sekeluarga. Walaupun dia pilih untuk bisnes online walaupun dia ada MASTER, saya tak kisah pun.

Asalkan dia happy. Tapi sifat dia min lain macam sikit min. Sumpah. Saya ni bekerja sektor construction min. Jadi saya memang akan sangat letih. Kalau dulu saya bekerja dengan company korea, keluar rumah 7 pagi, balik rumah 11 malam hari hari. Ahad sahaja cuti. Alhamdulillah, sekarang da 4 bulan saya dah tukar company kerja offices hour je cuma jarak perjalanan dari rumah ke office tu sehari 220km saya kena hadap.

Jadi mula mula kerja, saya pergi kerja naik kereta min. Lepas sebulan, saya rasa sangat sangat rugi guna kereta pergi ulang alik kerja. Campur tol, minyak, maintenance kereta dekat rm1500. So, bulan kedua saya decided kena beli motor pergi kerja. Minyak ulang alik baru rm12. Saya cakap pada isteri saya niat saya tu min. Dia boleh selamber badak cakap kat saya, ‘ sebab tu la jangan makan gaji.

Makan gaji ni memang tak pernah cukup. Tengok, nak naik kereta pergi kerja pun tak mampu. Allahu. Tuhan je tau apa saya rasa waktu tu. Kalau org lain yang cakap saya tak ade hal lah. Paling kuat saya ajak btmbk je. Hahaha. Ni isteri sendiri yg cakap mcm tu min. Hurmm. Dia anggap kerja makan gaji ni hina sangat kot. Itu la yg saya cakap tadi yg isteri saya ni pelik sikit.

Pelik dari segi pemikiran dia ni la. Ada sekali tu min saya borak dgn adik ipar, adik dia la. Saya cakap InsyaAllah lepas ni saya akan naik motor je pagi kerja. Adik ipar tanya berapa jauh. Bila adik ipar saya tau jarak pg balik 220km, dia da terkejut beruk. Saya gelak je la. Saya cakap memang la teruk tapi InsyaAllah boleh kot. Waktu tu isteri saya terdengar perbualan kami dan dia mencelah dia cakap,

‘ heh, orang lain ulang alik kerja jauh naik motor tak bising pon. tak ada hal pon’. Allahurobbi. Demi Allah, saya sedih sungguh sungguh waktu tu. Saya terus terdiam. Pendam dalam hati. Adik ipar saya pon waktu tu terkedu kenapa akak dia cakap camtu. Saya ni redha sungguh sungguh min. Saya redha ada isteri tak boleh nak fikir macam orang lain fikir.

Pernah sekali, hujung bulan, saya tak berduit sangat. Lepas la untuk minyak moto, keta, makan minum kami anak beranak waktu tu. Tiba tiba isteri saya mintak pergi family mart depan rumah ni nak beli makanan dia cakap. Saya pun explained la kat isteri pasal status kewangan kami waktu tu. Dia boleh melenting min. Dia boleh tinggi suara cakap,

‘ tgok saya da cakap. Kalau makan gaji ni sampai bila bila tak ada duit. Still sama je hujung bulan tak ada duit. ’ Bila saya cakap kat dia saya ni da habis korban da sebenarnya kat family kami. Untuk pengetahuan min, saya ni memang tak akan makan di luar even waktu kerja. Pagi pagi, masa perjalanan pergi kerja saya akan beli roti gardenia ban tu dua biji air saya bawak dari rumah.

Itu la alas perut saya sampai la ke petang. Balik rumah, apa ada kat rumah saya makan. Kalau dia tak masak pun, saya akan goreng telur sendiri je. Bukan saya tak boleh makan luar tapi setiap kali saya nak makan luar, otak saya mesti teringat apa la anak bini saya kat rumah makan. Saya rasa macam tak adil untuk saya makan sorang sorang yang sedap sedap kat luar.

Bila saya cerita pasal ni kat isteri, dia boleh cakap,’ tgok la tu. Sampai kan nak beli makanan kat tempat kerja pun tak mampu’. Dia tak sedar ke yg saya buat tu bukan untuk orang lain. Tapi untuk anak dan dia jugak. Allahu. Sedih sungguh min hati ni. Untuk pengetahuan semua, tender cuci pinggan mangkuk, tender basuh baju, sidai baju, lipat baju, masuk baju dalam almari, basuh toilet, basuh kipas, buang sampah.

adalah tender saya dari awal kawen sampai sekarang. Jadi, tuan tuan puan puan boleh la bayangkan. Saya balik dari kerja, main dengan anak kejap. Masuk maghrib, mandikan anak, solat. Lepas tu, basuh pinggan mangkuk periuk yg bertimbun seharian tu. Da selesai, tekan mesin basuh. Sementara tu, potong bawang, siang segala ikan ,ayam, daging semua la. Sebab isteri ada allergic kat tangan so tak boleh pegang benda benda mcm ni.

Lepas tu, makan nasi jap kalau ada lauk. Kalau takde atau belum masak, saya keluar beli bungkus untuk kami semua. Lepas makan, ambik baju sidai. Kalau saya malas, saya bawak prgi kedai dobi untuk kering. Lepas kering lipat. Balik rumah, solat isyak, tido. Esok, ulang balik rutin yg sama. Hari hari tuan tuan puan puan. Sebenarnya saya letih sungguh min.

Tapi saya gagahkan juga demi keluarga. Sapa sapa yg suami nya kerja sektor construction ni, faham la mcm mana letihnya. Dgn travel g kerja lagi. Allahu. Tapi xpe. Saya xkisah benda tu semua. Saya anggap tu la pengorbanan saya sebagai suami dan ayah. Cuma kadang kadang, saya nak juga dilayan macam suami. Balik kerja disambut isteri dengan senyuman.

Dapat minum air isteri buat. Saya nak rasa semua tu memang tak lerrr. Haha. Pernah sekali saya balik kerja saya cakap saya letih sungguh sambil duduk atas sofa. Saya mintak dia buat air untuk saya. Dia boleh cakap , ’ abang. . Saya ni letih bang. Seharian saya latih urus anak, hantar anak ke sekolah, urus bisnes saya, vacum rumah. Jadi, malam mcm ni la saya nak relax2 bang.

So, abg jgn la suruh saya buat macam2′. Jadi tuan² puan², apa la saya boleh buat lagi kalau dah mcm tu dia nak. Lagi satu min, bab financial min. Ya, saya bekerja seorang min dan isteri suri rumah buat bisnes online. Sepanjang perkahwinan kami ni min, serius saya cakap saya tak pernah langsung rasa apa itu makna perkongsian dalam rumah tangga.

Bagi isteri saya, hak dia dan anak, tak boleh langsung dikongsi oleh saya. Sbg contoh min, kalau hujung bulan isteri tau saya tak berduit, n dia nak something, sampai bila2 pun dia takkan bantu saya walaupun dia ada duit. Saya tau dia ada duit sebab saya dah banyak kali sangat saya test dia. Saya letak dalam wallet dia rm50, dan saya tau dia perasan duit tu.

Pergi kedai saya buat buat cakap saya tak cukup duit dan mintak dari dia dulu nanti saya bayarkan. Alamatnyaz sampai kesudah la dia tak bagi. Dia sanggup suruh saya tinggal barang barang pergi atm ambik duit dari bagi saya pakai duit dia dulu. Saya tak pernah ada history hutang dia ke apa ke sebelum ni n tak bayar balik. Memang tak pernah ada.

Tp tu la perangai dia. Baru baru ni raya. Ada sekali kami nak keluar beraya rumah pakcik saya. Saya cakap bawak duit raya anak tu sekali. Belum sempat saya habis cakap, dia da tinggi tinggi suara cakap tak boleh tak payah itu duit anak kenapa saya nak pakai. Allahu. Padahal saya nak tukar duit kecil nak bagi duit raya kat budak budak kat sana nanti.

Terkilan sungguh saya dengan perangai isteri yang ni. Kalau nak cerita banyak lagi kisah sebenarnya kisah kisah lain tapi cukup la sampai sini je. Sebenarnya min, saya ni da usaha macam macam da min. Semua benda saya da buat. Nak cakap saya tak bawak isteri jalan jalan. Boleh kata setiap minggu 2 3 kali jugak g shopping mall. Cuti mana yg jalan lebih 3 hari saya tak bawak dorg balik kampung.

Setiap tahun pulak mesti saya akan bawak isteri n anak g jalan2 mana2 tepi pantai ka apa ka asalkan tido hotel. Apa lagi la yg saya nak kena buat. Setiap kali kami salah faham, mmg dia akan tinggi suara kat saya. Kalau dulu saya banyak diam n makan hati je. Tapi lepas saya dpt nasihat dalam KRT ni tahun lepas, saya mmg akan tinggi suara balik.

Waktu tu, mmg tuhan je tau apa yg jadi. Isteri saya pasti akan buat ayat mencabar saya untuk uji saya. Tak hormat saya. Hina saya. Allahu. Aku berserah sungguh padamu yaAllah. Ni kami baru lepas salah faham min semalam. Saya balik keje letih min. Lepas buat segala TENDER saya tu, saya rehat kejap atas sofa. Lepas tu saya masuk bilik nak ambik phone.

Waktu tu dia tengah korek telinga. Terlanggar la tangan dia. Dia punya marah min, seolah2 mcm saya ni nak hapuskan dia. Dia punya mengamuk tu macam saya sengaja nak buat macam tu. Allahu. Saya memang hilang sabar da semalam. Sambil saya marah dia, dia mcm biasa akan mencabar saya dan tak hormat saya. Selalunya saya mmg tak cakap banyak da skrg.

Ambil kunci keluar rumah. Sebab saya tak nak cakap atau buat benda yg pelik2 nanti. Lebih baik saya jauhkan diri. Dua benda je saya mintak min satu hormat saya. Kalau ada keputusan saya, tolong hormat dan jangan la langgar atau buat tak au atau tak penting. Kedua saya juz nak dia faham maksud berkongsi dalam rumah tangga tu. Sumpah min, gaji saya da cukup sebenarnya untuk kami sekeluarga.

Gaji saya alhamdulillah lebih kurang basic 6.5k sebulan belum tambah elaun n ot lain lagi dan bagi saya cukup untuk kami yang anak seorang ni. Cuma saya nak isteri faham makna berkongsi. Tak perlu nak layan saya macam raja, tak perlu nak gosok baju saya. Tak perlu nak urut kaki tangan saya. Saya tak mintak semua tu min. Berat ke apa saya mintak ni min. Allahu. Jadi tuan² puan² min, kebanyakkan yang saya cerita dia atas tu adalah keburukan isteri saya.

Saya sendiri pon banyak keburukan juga. So, x adil untuk cakap saya ni baik isteri jahat. Ada sisi baik isteri saya ni sebenarnya. Dengan mak ayah saya, dengan mak abah dia, dengan adik beradik, jiran2 semua. Mmg dia baik. Lembut bercakap. Cuma dengan saya je macam ni. Sampai skrg, saya mmg akan sangat stress kalau fikir benda ni. Tuan2 puan semua, beri la saya cadanngan dan nasihat yg boleh saya pakai untik jernihkan keadaan rumah tangga saya ni.

Walaupun saya ni agak hensem la ( cewah. Hahaha) dan rasanya still laku kot di pasaran, hahahaha, tapi sumpah saya tak sanggup nak menduakan dia. Fikirkan anak saya, fikirkan dosa yang akan saya tanggung, fikirkan mcm2 lagi la, saya xsanggup nak duakan isteri dan saya pun memang sayang sungguh isteri saya ni tuan² puan². Saya tak mampu nak sayang orang lain. Jadi tolong la suami yang kebuntuan ini. Terima kasih min sebab siarkan kisah saya. Semoga Allah balas budi baik min sekeluarga. Aminnnn. By krt

Kredit : edisiharian/apampink