15 tahun kahwin tiada anak. Terkejut isteri bila tiba tiba suami minta untuk kahwin lain. Lepas suami kahwin lain isteri pertama disahkan hamil. Tak sangka ini yang suami lakukan bila dapat tahu isteri hamil

Kisah Rumah Tangga

Pernah tular sebelum ini, perkongsian dari Wan Nurul Hani berkenaan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak selepas 15 tahun perkahwinan mereka. Atas alasan itu, suami memohon kebebaran untuk kahwin lagi.

Yang memilukan, isteri pertama ditakdirkan hamil selepas beberapa bulan perkahwinan kedua suaminya. Si suami tidak mengendahkan, dan akhirnya isteri pertama dilepaskan saat tengah mengandung. Ikuti perkongsian yang pernah tular dibawah.

Si suami datang ke mahkamah untuk memohon kebenaran p0ligami. Reason? Isteri tak mampu bagi zuriat selepas 15 tahun perkahwinan. Mana la tidak hancur hati si isteri bila si suami beralasan sedemikian. Sedangkan selama ni doktor dah sahkan 2 2 tiada masalah kesihatan. Si isteri pernah memberi cadangan kepada si suami untuk mengambil anak angkat. Namun ditolak mentah2 oleh si suami.

Siap berjanji bulan bintang bagai cukuplah si isteri ada dengannya dan dia tidak kisah soal anak dan tidak akan berpaling lain. Itulah orang cakap. Jangan di sangka panas sampai ke petang. Atas permohonan suami nak berp0ligami itu, maka redha lah si isteri.

Si suami siap berjanji akan adil dengan kedua-dua isteri. Siap berjanji kasih sayang kepada isteri pertama tidak akan pernah berkurangan. Si suami pun berkahwin dengan isteri baru. . Yang lagi muda dari isteri pertama. Dan yakin isteri muda mampu berikan zuriat kepada dia. Ditatang isteri muda bagai minyak yang penuh.

Isteri pertama sudah mula diabaikan. Banyak lebihkan isteri kedua. Takdir dan kuasa Allah tiada siapa pun mampu menolak. Baru beberapa bulan perkahwinan baru si suami dengan isteri kedua, isteri pertama disahkan mengandung terlebih dahulu sebelum isteri kedua.

Tapi aneh. Si suami langsung tidak amik endah isteri pertama yang tengah mengandungkan zuriat dia. Sedangkan itulah zuriat yang ditunggu selama 15 tahun berkahwin. Sedangkan itu la alasan terbesar si suami buat untuk berp0ligami dahulu.

Diabaikan isteri pertama yang tengah alahan teruk. Janji hanya tinggal janji. Kesudahannya, si suami lepaskan isteri pertama yang sarat mengandung itu tanpa ada lagi rasa kasih sayang dan belas ehsan. Tegarnya kau wahai lelaki. Allah anugerahkan kepada si isteri seorang anak lelaki sebagai ganti si suami. Semoga anak ini akan menjadikan ibunya sebaik-baik wanita yang perlu dihargai.

Tuan hakim selalu berpesan kepada lelaki2 yang datang untuk memohon kebenaran berp0ligami: “Walaupun p0ligami itu suatu sunnah, tetapi tanggungjawabnya sangat besar dan berat. Jadikan p0ligami itu makin dekatkan diri kita kepada Allah.

Bukan makin menjauhkan diri kita dan buat kita lalai. Di padang masyar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang. Senget sebelah. Siapakah golongan itu? Itulah lelaki yang berp0ligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab. Menganiaya isteri2 dan anak2”

(23 Nov 2018) Selepas perkongsian diatas tular, Wan Nurul Hani tampil beri penjelasan

Maaf.. aku kaget post aku yang lepas tarik perhatian orang. 1. Cerita tu memang cerita benar. Bukan rekaan. Itu la kes yang pernah terjadi di mahkamah rendah syariah kuala terengganu. Kes ni penyelia aku yang handle. Yang mana penyelia aku lawyer kepada isteri pertama. Kes ni dah selesai dah. Setaon atau 2 taon lepas camtu. Dan diceritakan balik oleh penyelia aku kat aku. Aku terkesan sebab tu aku share.

Ohh ya. Sebenarnya kan. Selepas si suami nikah baru tu. Si suami izinkan isteri pertama ambil anak angkat untuk teman si isteri. Jadi isteri pertama ni ambil anak angkat. Beberapa bulan lepas tu dia mengandung.. Dan penyelia aku ada share.

Orang tua2 ada cakap, kalau pasangan yang berkahwin susah nak dapat anak, cuba ambil anak angkat dan berbuat baik kepada anak yatim. InshaAllah murah rezeki untuk dapat anak. Aku share je ni. Terpulang kepada kalian nak percaya tak..

2. Aku tak kecam mana2 lelaki yang nak p0ligami tau. Kalau rasa mampu, boleh adil, boleh bertanggungjawab kepada semua hati dan perasaan isteri, dipersilakan. Sebab kebanyakan yang aku tengok, bila p0ligami ni kesudahannya salah seorang isteri akan mintak pisah atau dilepaskan. Jadi pikir2 kan lah..

3. Aku bukan lawyer syarie yang ada tauliah. Dooakan aku jadi lawyer syarie yang boleh membela orang2 yang dianiaya dalam perkahwinan. Sekarang aku student praktikal sahaja. 4 ari seminggu aku akan pegi ke mahkamah tengok kes dan perbicaraan. Kat situ banyak aku belajar. itu la realiti kehidupan rumah tangga sekarang. Tengok orang rebut harta. Tengok orang berpisah. Semua di depan mata, bukan lakonan..

4. Sebenarnya banyak lagi kes yang menyedihkan kat depan mata aku terjadi kat mahkamah tu. Cuma nanti lah. Kalau aku rajin, aku share lagi. # Tinjauan Tribune Malaya di laman FB Wan Nurul Hani sudahpun officially graduated in syariah with law ( posting 7 Sept 2018).

Zuera Yasin –Ada yang adil tapi 1 dalam sejuta mungkin. Memang akan sayang bini muda lah, bergetah lagi kan. Yang dh lama anggap kain buruk. Skrg tak sedar lagi. Esok2 dah tua baru ingat d0sa. Time tu dah terlambat. Farhana Raas –Konon nk anak, sebenarnya bertuhankan nfsu. Kalau macamtu isteri pun boleh kata nak pisah untuk kawin lain sebab suami tak mampu bgi dia anak. Dengar macamtu mengamuk kaum Adam.

Soal anak, kesalahan bukan terletak pada isteri, malah lebih besarnya pada suami. Kebanyakkan wanita yang tiada anak tidak meminta pisah dan menjdikan “anak” sbgai alasan, mereka tetap bersabar dan hidup setia dengan suaminya.

Jadi kena golongan suami tak mampu buat yang sama? kalau betullah nak zuriat, benarkan isteri pertama mencari calon isteri kedua yang mampu berikan suaminya zuriat. At least isteri pertama serasi dgn pilihan madunya dan suami juga dapat zuriat nya.

Mohd Nizam –Cerita ni ada tauladannya untuk kita smua. Sebnarnya yang paling utama pegangan agama. Kalaau pegangan agama longgar maka longgar la smuanya. Lily Zulaikha –Serius aku cakap. Aku pernah teman seorang ahli keluarga aku ke mahkamah syariah johor bahru beberapa bulan yang lalu, untuk selesaikan kes perpisahan beliau.

Bila dh masuk dalam mahkamah tuu bermacam rasa tau. Bila kita dengar penasihat bagi tahu kenapa dan mengapa harus bercerrai. Time tu yang mana nak berpisah terus menangis. Kerana time tu lah last nya korang akan bersalam bersama pasangan yang halal sebelum korang di sahkan berpisah. Ishh tak leh nak taip lah. Bila aku teringat aku jadi sedih pulak. Tapi yang mana dah pernah masuk disana mesti tahu macam mana perasaan nya.

Rosmaniah Awang –Bukan wanita takut dip0ligamikan dik. Cuma para isteri ni kesian kepada suaminya tu. Bimbang nanti tak larat nak tanggung d0sa2 isteri2 dan anak2 yang tak berjaya dididik sempurna. Setakat nak kawin je ramai je boleh kawin.. tapi mampukah jamin bahawa kamu akan pimpin tangan2 mereka ke syurga bersama-sama?? Itu je pon..

Saodah Bador –Tu lah lelaki. Nak kawin lagi satu bukn main manis lagi. Bila dah dapat janji tinggal janji. Istri ke2pun satu. Awak main peranan jua. Dah ambil hak orang jangan tamak. Nanti sama2lah rasa kat sana nti. Semuanya akan dihisab. Dua pula kena tanya. Bak kawin sunah nabi. Bertangongjawap tak ikut. Di dunia memang mudah tapi disana azab menanti.

Sumber : Wan Nurul Hani