Belum sempat malam pertama wanita ini nekad untuk larikan diri. Tak sangka suami tunjukkan perangai sebenar gara gara tiada hantaran telefon bimbit.

Kisah Rumah Tangga

Fot0 sekadar hiasan. Nama aku Nelisa. Ini bukan nama sebenar. Catatan aku kali ini hanya ingin berkongsi kehidupan aku sebagai seorang wanita. Kalau sesiapa triggered, aku mohon maaf dahulu kepada kalian. Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak dahulu memang aku tidak rapat dengan keluarga aku. Aku pelajari kesilapan dari pengalaman aku sendiri. Tiada siapa mengendah apatah lagi menasihati.

Sifat aku yang polos dan lurus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan. Setelah aku peroleh Ijazah, aku terus ditawarkan pekerjaan di salah sebuah Bank terkemuka di Kuala Lumpur. Menjadi seorang eksekutif muda, aku banyak pelajari sendiri kehidupan. Aku pindah keluar dari rumah keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dengan talam dua muka keluarga sendiri.

Sehingga aku bertemu dengan seorang lelaki, dari perwatakan memang cukup solat dan baik. Aku yang memang tiada rasa kasih sayang dari keluarga, terus menerimanya dengan hati yang terbuka. Tapi malangnya selepas berkahwin, selepas sahaja akad nikah, perangai tembelangnya pecah. Rupanya sikapnya selama ini adalah penipuan semata-mata, dia marah kepada aku kerana tidak menyediakan hantaran telefon bimbit seperti yang dia mahukan.

Hanya kerana tiada hantaran henfon

Dia juga membandingkan aku dengan kakak iparnya, waktu abangnya berkahwin, kakak iparku menyediakan hantaran yang mewah. Aku mengatakan, aku memang bukan seorang yang kaya. Dan dia juga bukan dari keluarga yang senang, sebab itulah aku tidak meletakkan sebarang hantaran kerana ingin memulakan hidup bersamanya.

Tiada malam pertama, lari ke rumah kawan

Tapi aku tidak menyangka kerana tiada hantaran mewah, aku diperli dimarah oleh keluarga mertua aku. Aku hairan dengan manusia ni. Mereka pun hidup di PPRT sahaja. Tetapi demand melebihi orang kaya. Setelah kecewa dengan tingkah lakunya, aku tidak menuruti dia pulang ke rumahnya. Ya! hari pertama perkahwinan dan masih tidak sempat disentuh olehnya, aku melarikan diri ke rumah kawanku.

Dihalau kerana ‘memalukan’ keluarga

Keluarga aku hanya bertepuk tangan dan menghalau aku keluar kerana memalukan keluarga. Tapi bagi aku tidak mengapa. Dari aku hidup dengan lelaki sebegitu. Aku terus failkan perpisahan. Sehingga staff disitu hairan apabila melihat tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu.

Suami tidak mahu datang ke mahkamah walaupun sudah dihantar surat saman sebanyak tiga kali. Dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku ingat perkataan hinaan dia kepada aku, aku kuatkan semangat. Aku offerkan RM5000 sebagai ganjaran untuknya untuk melepaskan aku. Dah nama gold digger, pasti akan menerima walaupun hanya RM5000.

Janda berhias , ditalak satu

Tertalaklah satu sebagai janda berhias. Aku terus meminta ditukarkan ke cawangan Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru. Rupanya, masih tidak cukup dugaan aku alami. Kerana berstatus Janda, aku kerap diganggu.

Boss aku sendiri kerap menghantar mesej tidak senonoh, dan aku adukan kepada HR, tetapi tiada tindakan. Isterinya datang ke cawangan dan memarahi aku. Subhanallah, patutlah ramai wanita sanggup jadi punching bag dari jadi Janda, sebab dugaan sebagai golongan J ini amatlah besar. Aku terus berhenti kerja dan membawa diri ke negeri lain.

Travma dengan perkahwinan

Sehingga sekarang aku menyendiri. Trauma dengan lelaki cukup tinggi. sehingga sekiranya kawan aku ingin berkahwin, aku akan jadi sinis. Aku terlalu berasa negatif kearah perkahwinan dan selalu menasihatkan wanita lain supaya tidak berkahwin.

Aku selalu mengikut confession di IIUMC. Rupanya ramai yang senasib dengan aku. Dan ada yang begitu kuat untuk tidak berkahwin kerana takut dengan lelaki zaman sekarang. Ya, Aku faham perasaan mereka. Hidup aku sekarang, masih tiada hala tuju. Umur sudah masuk 30 an, ibarat yatim piatu tiada keluarga.

Aku nasihatkan yang mana ingin berkahwin, kenallah dulu pasangan dan keluarganya sebaik mungkin. Jangan percaya kononnya cinta lepas kawin baru nak kenal. Tak! zaman sekarang kita kena lebih berhati-hati. Aku taktahu apa jadi dengan masa depan aku, tetapi aku berharap para pembaca dapat doakan aku semoga aku menjadi terus kuat tanpa menoleh kebelakang lagi. Sekian coretan dari aku.

Reaksi warganet

Maizura Madzalan –Wow!! Hebat lari from day 1!  Tahniah!! Aku doakan confessor dimurahkan rezeki kasih sayang yang melimpah ruah dan bersangka baik dengan perancangan Allah. Amin!! Ainiey Ariffin –Jenis jantan tak tahu malu. Padahal dok kat PPRT je pon..Demand macam2. Nak beli sendiri la.. Dasar tak sedar diri. Geram pulak aku.

Aien Shien –Acahnye etak hang tu nak demand hantaran mahal.. Weyhh sedaq diri sikit weyh dia tu pon miskin. Eh aku pulak panas hati… Takpa hang sabaq. One day nanti hang jumpa lah someone yang terbaik untuk hang. Naseb laa hang tinggai dia. Kalau tak entah apa lagi yang dia nak kikis dari hang.

Rose Mimie –Awak seorang ekskutif bank. Cari lelaki budiman memang susah. Jika takdir hidup awak tanpa zuriat, saya cadangkan awak buat wakaf. Tak semesti nya ada bangunan dan tanah kita boleh wakaf untuk bina masjid.

Boleh juga sejumlah wang disertakan dengan sayaarat tujuan dibina masjid/ tahfiz kerana Allah. Yang berkahwin ada zuriat di doakan anak soleh. InsayaaAllah, awak juga boleh memperolehi pahala berterusan lebih lagi.

Rinn Hanis –Dahsyat lelaki tu, dia pulak minta hantaran mewah2 kt pompuan. Baik laki camtu jadi p0ndan ja. Dasar lalaki tak guna bet0i. Tapi memang betul apa confessor bagitau, zaman sekarang tak de ye istilah bercinta lepas kahwin. Kalau ada lelaki datang melamar, jangan smeberono terima nak kahwin terus, bagi peluang diri kita taaruf dulu.

Kenal dulu sifat dia, karakter dia camna. Klau depan kita tunjuk baik, tak salah untuk siasat tanya kawan2 ka atau kenalan rapat tentang diri calon yang akan kita kahwini tu. Kepada confessor, ye anda travma tapi jangan sesekali pandang sinis kat orang yang nak kahwin dan

jangan sesekali nasihat orang lain supaya jangan kahwin . Tu ujian anda, tak semestinya sama dengan orang lain. Sama2 doakan yang baik2 untuk satu sama lain. Semoga confessor dipermudah urusan dan jumpa jodoh yang terbaik. Tapi hidup dibuang keluarga tu memang sakit jugak nak telan tu… Huhu

Qistina Eiyka Teh –tak masuk akal puny jantan. Ingat kita ni kerja cop duit ke walaupun keje bank. Sendiri pun makan pagi kais pagi, makan petang kais petang lagi mau demand! Jantan macam tu elok humban dalam t0ng sampah je.

Jangan risau awak, jadi janda ni tak semestinya akan janda selamanya. Awak just enjoy je dengan life awak sekarang ni. In shaAllah satu ari nanti Allah akan hadirkan seseorang untuk temani awak hingga ke hari tua. Jangan hidup bertemankan toksik dalam kehidupan, kelak kita yang merana.

Better being single first. Kenal diri abis2 dlu. Beside awak pun ada kerje yang kukuh, jadi jangan risau. Kenal seseorang tu biar habis-habisan. Jumpa mak bapak kenal betul2. Jangan disebabkan awak rasa awak kurang kasih sayaang then awak terima je sapa2 yang hadir dalam hidup awak. Semua tu tak menjaminkan kebahagiaan. Bahagiakn diri sndiri dulu. Ada msalah mengadulah pada Allah. Dan last, saya doakn awak temui insan yang akan mmberikan kebahagian hingga ke syurga buat awak. In sha Allah.. aamiin..

Sumber – Nelisa (Bukan nama sebenar) via iiumc