Lelaki ini merungut sebab isteri gemuk tak sama macam perempuan simpanan lebih ramping. Akhirnya terduduk si suami lepas dengar jawapan balas daripada seorang ustaz

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Setiap pasangan mengimpikan perhubungan mereka dihalalkan dengan perkahwinan. Namun dugaan tidak terhenti dan seringkali kita dengar hubungan perkahwinan goyah dengan kehadiran orang ke tiga. Di manakah silapnya. Apabila, masing sudah sah dimiliki, tetapi masih mudah melayan bila dig0da oleh orang lain.

Perkongsian dibawah, seorang suami membandingkan diantara perempuan simpanan dengan isterinya. Lihat jawapan yang diberikan oleh si ustaz. Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya. Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu.

Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu. Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz… Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu lepaskan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu.

Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak. Terduduk lah si suami mendengar jawapan yang diberikan oleh ustaz.

Reaksi warganet.

Buti Yanti –Kalau aku jadi ustaz tu jawab dia boh Penampar. Boleh pulak ada perempuan simpanan buat tanya pulak. Mieya Ayumie –Pengorbanan dan kasihnya seorang isteri sering kali dilupakan para suami bila sedikit kenikmatan dan kesenangan dunia singgah di dalam hidupnya.

Borong Kosmetik –Tak payah banyak cite. Tak suka pulang isteri tu semula dekat mak bapak dia. Izan Nasrizan –Suami yang berkata seperti statement diats ini adalah seorang suami yang jahil murakt!!. Tapi kebanyakkn jenis betina simpan laki2 orang2 ni jenis yan gemok.. Muka lak cam bulan bila tengok depan2. Itu pun jantan lapaq. Si isteri pulak 10x lawa dari betina simpanan tu. Aisyhhhh buta kew apa.

Perkongsian di atas pernah tular sebelum ini. Samada ianya rekaan semata mata atau berdasarkan kepada kisah benar tidak dapat untuk kami pastikan. Tetapi ambillah pengajaran daripada apa yang hendak disampaikan.

Para suami khususnya, kahwinilah wanita dengan bukan berlandaskan nfsu semata-mata. Hormati dan sayangilah isteri anda sepenuh hati. Hargailah pergorbanan yang mereka berikan. Semoga ikatan perkahwinan akan terus menjadi erat.

Artikel Lain: Suami Buntu Dapat Isteri Pemalas. Suami Nekad Intip Aktiviti Isteri Tak Sangka Ini Yg Isteri Buat Lepas Balik Kerja.

Foto sekadar hiasan.. Assalamualaikum. terlebih dahulu saya nyatakan ni hanya nak minta pandangan dan pendapat sebab saya tak tahu nak luah kepada siapa selain kawan saya dan ini bukan kali pertama saya guna acc fb dia, memandangkan dia tak kisah jadi saya nak buat luahan sedikit dan minta pendapat, saya seorang engineer, manakala isteri saya account sebagai account exec.

Pernah saya cerita sebelum ni yang isteri saya ni tak pernah hormat saya sebagai suami dia, kata2 saya dia tak pernah turuti, manakala kata2 dia saya harus turuti jika tak mahu terjadi perbalahan dalam rumah tangga, saya sebenarnya hampa dengan sikap dia yang sangat berkira pada semua benda terutamanya urusan rumah tangga.

Selama saya berkahwin dengan dia 2 tahun dia memang tak pernah dan tak akan kemas rumah jadi saya lah yang pikul tanggungjawab tu untuk buat walaupn hanya seminggu sekali termasuk lah membasuh pakaian. bab memasak jangan kata lah, memang susah lah nak dapat rasa makan yang sedap sedap. kadang2 saya terkilan dan kedang saya cemburu dengan kawan2 lain yang mana wife diorang selalu hidang makan sedap di rumah.

Saya faham di sebabkan dia pun kerja kadang2 letih balik rumah dan saya tak paksa pun dia masak yang berat2 cukup sekadar ada juadah untuk makan tapi saya hampa, dia susah sangat nak jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri kepada saya sedangkan semua kelengkapan tersedia untuk dia memasak. Selama bersama belum pernah lagi peti dan tong beras kosong saya biarkan.

Tapi masalahnya dia tak sediakan pun juadah untuk saya, kalau sediakan pun kerana terpaksa, saya pernah juga intip dia di tempat kerja, dia akan makan sebelum pulang ke rumah, dan bila tiba di rumah dia tak akan sediakan juadah dengan alasan penat. saya tak kisah lagi sebab nak makan luar. so pernah lah sebulan tu saya memang sengaja tak beli bahan seperti ayam ikan dan sebagainya dengan alasan makan luar.

tapi saya di hina, di kata pada mak saya dan mak dia tak ada apa nak masak, seolah2 saya tak mampu sediakan sedangkan jika saya beli pun dia jarang masak, lebih baik saya guna duit tu untuk beli makanan di luar sahaja. Selain itu, jika ada pinggan atau cawan yang di gunakan saya terletak dalam sinki dia memang tak akan basuh walaupn di biarkan berhari2.

dia hanya basuh yang dia guna, sedangkan jika saya lapang dan ternampak ada sesuatu dalam sinki saya akan tolong basuh, saya akan kemas, jadi dia seolah2 pentingkan diri sendiri, saya terkilan dengan sikap dia, kalau saya menegur dengan lembut pasti dia akan melawan dan tinggi suara, anak kami pula baru seorang. bab urusan anak pun saya belum pernah abaikan atau lepas tangan.

jika hari cuti mandikan dan jaga serta layan anak saya buat juga, tapi dalam saya buat dan layan anak akan ada benda yang dia tak puas hati contohnya bawa anak bersiar2 naik motor dalam taman, dia pertikai macam2, buka tv cartoon untuk anak pun dia pertikai, tapi kalau apa yang dia pertikai tu dia buat boleh pula, saya perhatikan je selama ni.

Kadang2 sebab sikap dia jadi kan saya macam malas nak ambil tahu urusan anak, tapi memandangkan keadaan anak saya tak sampai hati nak abaikan, saya pernah rasa nak berpisah dengan dia tapi hati tak kuat di sebab kan anak, terus terang saya katakan kalau bukan sebab anak dah lama saya ambil jalan untuk berpisah sebab saya dah tawar hati sampai dah malas nak bercakap dengan dia.

Saya bukan tak tegas, kadang2 saya meninggi suara juga. sampai terasa macam nak pijak2 je dia ni sebab terlampau kurang ajar dengan saya, nanti saya di tuduh lelaki yang bukan2, naik tangan lah apa lah, tapi sedangan dia terlalu menguji kesabaran saya, lagi saya diam lagi dia akan besar kepala, saya di tengking, saya di arah arah suruh itu ini, di sebab kan tak mahukan pertengkaran saya buat juga ikutkan kata dia.

Tapi dalam masa yang sama saya akan bercakap, kenapa perlu menyuruh2 sedangkan benda tu boleh buat sendiri. Tapi bila saya cakap macam tu dia akan mula tarik muka dan nak mulakan perbalahan, saya kalau ikut hati jantan dah lama saya kasari je eyy tapi kadang2 tak jadi nak buat atau kadang2 saya diamkan memandangkan anak sedang membesar saya malas nak jadikan masalah.

tapi terus terang saya kata kan saya memang dah buntu, sakit hati ,tawar hati. Dah tak tau nak buat apa, patut kah perkara ni di akhiri dengan perpisahan? sebab kalau kata saya tak ambil hati, dah macam2 dah buat, nafkah wajib belum lagi saya abaikan, nak berjalan saya bawakan, nak makan sedap2 saya turutkan, nak handbag baru saya ikutkan, tapi sekadar kemampuan lah, setakat coach/duck boleh la lagi,

kalau mintak LV tunggu saya pencen lah nanti haha, tu pn kalau sempat bersama lagi. Jadinya sekarang saya memang buntu, kecil hati dan tawar hati, hidang segelas air pun susah, apatah lagi sediakan juadah yang sedap sedap. bukan lah tak bersyukur tapi jika saya boleh bertolak ansur kenapa dia tidak, sesekali saya juga memasak di rumah, tapi tak lah istimewa, setakat masakan kampung boleh lah, ayam sweet sour,

masak lemak cili, masak kicap, ayam butter, kari boleh lah, setakat mee goreng nasi goreng lagi tak ada masalah. Masalahnya di sini sikap kurang ajar yang membuatkan saya rasa macam tak berbaloi dan tak patut saya layan dia dengan baik panggil saya pun hoi2 ingat panggil adik dia agaknya.. so sekarang nak minta pendapat kepada yang berpengalaman, macam mana nak buat kepada isteri yang sebegini, jika berpisah jalan terbaik.

bagaimana nak atasi masalah berat hati terhadap anak, sebab saya jenis tak boleh tak tengok muka anak sehari, kena outstation dua hari pun rindu dah macam apa kat anak. tu masalah besar saya sekarang ni.. minta tolong bagi pendapat, jika bukan jalan penyelsaian pun minta advice macam mana jika berpisah saya nak kawal perasaan terhadap anak tu sebab hak penjagaan anak sudah semestinya kepada ibunya.. ah pening lah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: krt via edisiharian via coretanmedia