Pelik tiba tiba isteri pertama meminang wanita ini. Selepas 2 minggu nikah suami tak pulang rumah. Tak sangka rupanya ini niat isteri pertama sampai madu nekad untuk berpisah dengan suami.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tidak tahu dari mana hendak aku mulakan. Ok, aku adalah isteri kedua, tapi jangan syak yang bukan-bukan, bukan aku yang pergi mencari suami, tapi mereka lah yang datang mencari aku.

Aku boleh dikatakan andartu, yer sudah 35 tahun masih belom berkahwin, calon pun tidak ada, bila maduku datang meminang aku untuk suaminya, aku sangat terkejut. Tapi setelah perbincangan dengan keluarga, semua orang bersetuju memandangkan niat mereka baik. Mungkin maduku sememangnya ikhlas. Siapa tahu kan.

Majlis pernikahan kami dibuat ringkas, namun cukup buat andartu seperti aku. Ramai yang hadir memuji madu aku itu. Betol ker ada wanita yang tidak kisah bila suaminya berkahwin lagi? Katanya bila suami berhasrat untuk berkahwin lagi,

dia tiada alasan untuk melarang kerana suaminya lebih dari mampu. Dia mengizinkan tapi dengan syarat dia sendiri memilih calon untuk suaminya. Perkahwinan itu jadi buah mulut orang, walau kami bukan sekampung, tapi satu daerah, isu sebegini sememangnya cepat tersebar, lebih-lebih ramai yang kenal kerana butik aku berada di tengah bandar.

Seminggu pertama perkahwinan kami, semuanya memang indah, tapi selepas itu serba serbi mula tidak kena. Biasanya isteri pertama digambarkan amat baik, teraniaya dan lemah lembut. Madu aku sememangnya lemah lembut, tapi setiap kata-katanya begitu men1kam hati sesiapa yang mendengarnya.

Walau giliran sudah ditetapkan, well dia yang tetapkan pada malam pernikahan depan orang ramai sambil gelak-gelak dalam nada bergurau. Namun sejak dua minggu lepas suami langsung tidak jenguk atau bertanya khabar berita, apa lagi untuk WhatsApp kata rindu.

Bila aku telefon madu aku akan jawab, disindir dengan kata-kata yang tidak sanggup aku taip kat sini, padahal tidak salah rasanya untuk aku bertanya khabar suami sendiri. Orang kata bila kita menjadi isteri kedua, kita kena banyak mengalah demi menjaga hati yang nombor satu, aku cuba bersabar.

Petang itu aku menerima panggilan dari madu yang mengatakan, suami bukan tak nak balik umah aku, tapi katanya suami tertekan dan stress, syarikatnya belum dapat bayaran daripada projek projek kerajaan yang telah dikendalikannya.

Yer la biasa agak lambat baru dapat, gaji pekerja sudah 2 bulan tidak berbayar, sehinggakan tunggakan meningkat mencecah 50 ribu ringgit. Aku minta suami balik dulu untuk kami sama sama berbincang, setengah jam berlalu dan suami tercegat depan butik.

Bila ditanya baru berterus terang katanya tidak mahu susahkan aku. Aku berjanji akan tolong. Wang ringgit bukanlah satu masalah besar pada aku. Bila duit diberi, suami kemudian nya hilang lagi. Tiga hari selepas itu baru lah dia menjawab panggilan telefon aku.

Katanya pembekal semua mahukan duit mereka, sekiranya tidak dibayar hutang dulu mereka tidak akan memberi bekalan projek yang baru, dan semua orang pun tahu sekiranya perojek tertangguh company pasti akan mengalami kerugian.

Sekali lagi aku keluarkan duit dan menolong suami tanpa banyak soal bicara. Esoknya madu telefon pula ajak keluar, teman dia shoping katanya. Tempat pertama yang dia ajak masuk adalah kedai emas kegemarannya, bila melihat dia bergelak ketawa di dalam kedai tersebut kita tahu madu aku pastinya adalah pelanggan tetap disitu.

Malah madu aku bergurau bahawa aku ini madu dia yang kaya raya, banyak duit dan aku nak belanja dia beli gelang emas yang mahal. Aku cuma mampu tersenyum. Tapi bila dia selesai memilih, dia mengisyaratkan aku pula untuk membayar, nak tak nak aku terpaksa berlari ke atm terdekat dan seterusnya membayar harga gelang emas yang menjadi pilihannya.

Selepas bermacam perkara yang aku terpaksa bayar lagi, barulah aku sedar niat mereka yang sebenar. Rupanya selama ini hanya wang aku yang mereka hajati. Tergamak nya madu dan suami mempermainkan aku. Status andartu aku dulu menjadi kesempatan kepada mereka. Syukur aku diberikan kesedaran lebih awal.

Kalu begini aku sanggup hidup seorang diri sehingga ke akhir hayat. Aku kini dalam proses untuk berpisah, itu pun mereka masih tidak malu lagi untuk meminta duit. Betul lah orang kata, bila hati bertuankan nfsu, tiada lagi rasa malu hadir dalam diri. Berikan aku kekuatan.

Kisah diatas pernah berlegar legar di laman sosial beberapa tahun lepas. Tidak dapat kami pastikan samada kisah yang ditularkan ini merupakan kisah benar atau rekaan semata mata. Namun, terdapat pengajaran yang boleh kita ambil selepas membaca kisah ini.

Janganlah mudah terpedaya dan mempercayai seseorang. Tanamkan sifat berhati hati dalam diri kita semua. Semoga kita tidak menjadi mngsa kepada kejhatan orang lain. Yang baik itu kita jdikan tauladan. Yang buruk itu, kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat.