3 tahun kahwin suami boleh bermain cinta dengan budak sekolah. Bila tengok fb budak tu tak sangka ini yang suami buat dibelakang sampai isteri tergamam.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Hi. Aku tertarik untuk submit confession di sini selepas membaca confession, Aku juga pernah buat benda tak senonoh sebelum kahwin, bezanya aku buat dengan suami aku sekarang. kami hidup sebumbung macam pasangan suami isteri semasa kami masih tidak halal, dan kami berkahwin.

Allah tutup aib kami. Keluarga kedua dua belah tidak tahu aib kami ni. Kawan-kawan ada yang tahu. Ada yang 2×5, macam dah biasa di kalangan kami life macam tu sebelum kahwin. Syukur terima kasih Allah panjangkan jodoh kami, beri kami peluang untuk bersama dan tidak menganiayai orang lain.

Selepas berkahwin, kami dua insof seinsof insof nya. Solat taubat, masing masing tak ungkit kesilapan lama. Tapi kifarah tetap ada. Tahun ke-2 dan ke-3, aku diuji. Suami ku mnduakan dengan budak sekolah tingkatan 4. Lama weh diorang bercinta belakang aku (masuk 9-10 bulan juga). Bukan tak kenal, kenal budak tu. Nak salah siapa? Aku punya kecewa masa tu Allah je tahu.

Tak sangka diorang boleh main cinta belakang aku, tak percaya suami aku boleh khianati kepercayaan aku yang aku anggap dia dan budak tu tak lebih dari majikan dan pekerja.Aku menangis merayu sungguh pada Allah. Sebelum Allah tunjukkan satu per satu, aku berdoa sebab instinct sebagai seorang isteri ni, bukan boleh dipandang enteng.. Bila rasa tak sedap hati tu, berdoa lah pada Allah.

Ya Allah, aku serahkan suamiku kepada Mu, maha membolak balikkan hati hambaMu, yang memegang hati setiap hamba. Kau tunjukkanlah sebarang perangainya, kemudaratan, kemungkaran yang dilakukan suami di belakang ku.. dengan penuh rendah diri aku merayu..

Esoknya sebelum aku pergi ke kerja, dengan kuasa Allah, aku bukak FB tergerak stalk budak perempuan tu. Patutlah selama ni di setiap gambar kahwin kami, dia komen secara sarcastic, “so sawit” lah, ape jadah lah. Aku tak ambil kisah, dan FB dia, fuhh.. panas hatii..

Kau mesti la kenal suami kau kan, walaupun die tak tunjuk muka “BF” dia. Gambar dekat fast food restaurant lah, dekat restaurant sana sini. Ya Allah aku type sekarang terbayang pun dah mendidih jantung aku, balik ni macam nak p kitai kitai laki aku.

Ya. Sekarang kami masih bersama. Aku masih terima dia, masih memaafkan dia. Tapi tak melupakan apa yang dia dah buat pada aku. Dan aku nekad, menduakan tu pilihan bukan takdir ya. Tiada peluang kedua. Selepas episod terkantoi bagai, suami aku betul2 berubah 360. Macam kami baru kenal dulu, sweet, dan tahun berikutnya, kami dikurniakan zuriat, pengikat kasih sayang kami.

Asal aku p bukak balik cerita lama? Kata dah maafkan kan? Haaa sebab, hati aku kembali bersyak wasangka pada suami aku, sebab perangai-perangai lama dia (jauh dari Allah, tak solat, tak mengaji, tak sentuh aku, tak de mesra mesra, belai belai aku, phone 24jam di tangan, anak depan mata dibiar main sendiri, eh banyak lagi la untuk disenaraikan) tapi dalam syak, ada sayang.

Aku masih nak berhusnudzon, mungkin terlalu fobia dengan benda lama, buat aku syak wasangka, tapi kadang kadang terfikir, kalau takda angin takkan bergoyang pokok kan? Takkan kau berubah macam tu je? Masih valid lagi ke instinct aku ni?

Ke dah bias kesan dari perkara lampau? Nak suruh cek phone? Tak payah, memang tak lekang, mandi berak pun bawa! Katanya main phone sambil poo poo.. Nak suruh berbincang? Jenis dia, kau cakap benda betul, nak cover salah dia, dia melenting balik, pusing sana pusing sini, jadi salah kau, esok dia minta maaf buat macam biasa. Meluat. Nak kata aku dah jemu pun ye..

Boleh ke aku ke pejabat agama? Untuk proses pisah? Atau kena kaunseling dulu? Kalau kaunseling kena dua-dua atau boleh je aku sorang? Memang tak larat dah lah kalau datag balik miang keladi dia. Anak anak biar lah dengan aku. Kau cari lah anak lain dengan betina baru kau. Eh ter emo pulak.

Jadi, buat adik-adik muda remaja di luar sana, ye dik, bercinta memang manis, tapi tolonglah jauhi perkara tidak senonoh… Jangan jadi macam akak. Dah buat baru menyesal. Baru lah nak fikir kifarah bagai. cairan merah muda, benda haram ni memang sedap. Memang syok. Memang buat lupa mak ayah keluarga. Kesian sangat bila fikirkan kesilapan lampau bile terkenangkan mak ayah.

Jadi lah mahal, biar lelaki lebih menghargai awak… Yang lelaki, jadilah budiman, hormatilah gadis gadis. Control nafsu control diri. Jangan abaikan perasaan gadis jangan mainkan perasaan orang. Tak suka, jangan layan. Dah suka, sila bertanggungjawab.

Antara komen pembaca :

Kamaruzzaman –Boleh je pergi pejabat ugama. Beritahu nk buat permohonan utk berpisah. Memang tak payah kaunseling bagai. Ni pengalaman pakcik la ye… Norizan Mamat –Salam, Makcik malas ungkit cerita hal lama tu. Meh kita cuba solve cerita terkini.

Makcik tak tahu setakat mana nak beri peluang dan setakat mana confessor berani pertaruhkan. Adakah nekad sanggup untuk berpisah ? Atau sekadar membawa hati lara ? Cadangan makcik, 1. Memang ada sejenis lelaki begitu.

Bila kita tahu dia silap, dia buat garang, marah maki dan kekadang keluar rumah. Ok, jika kita kuat, dan dia tak pernah beduk kita, cubalah marah dan jegil semula (kiranya melawan, tetapi jika dia jenis lelaki sanggup beduk perempuan, jangan buat tau). Gaduh besaran pun tak apa, puas hati.

2. Cari juga masa dia leka, tidor dan sebagainya. Check hp dia. Biasanya lelaki begini marahkan kita semula, siapa suruh kita check ? Hahaha… Sabor jer la. Sebenarnya memang dia ada yg lain…cuma kita nak buktikan kita tak silap menuduh…

3. Bersedia mental untuk hadap semuanya. Contoh, jika dah tahu siapa perempuan tu, apa tindakan kita ? Nak bersemuka ? Nak tarik diri ? Nak fight ? Terpulang pada kita. Rancang. 4. Lihat samada suami masih ada rasa cinta atau sudah hilang semua rasa ?

Caranya ? Create satu skandal. Dummy pun tak apa. Buat seperti yg dia buat (tak lekang dari telefon, cakap bisik bisik, rahsia itu ini, keluar rumah pakai cantik cantik melampau… Hahahaha) 5. Cuba untuk hargai diri sendiri.

Pi spa, facial, pi cuti, rehat dan mula belai diri sendiri. Kekadang, bila kita lebih positif dan lebih sayang diri, aura postitif dengan sendiri datang. Kita bahagia, muka lebih ceria. Keyakinan lebih penting, sebab kita lebih baik dari org yg suami cari. Kena yakin yg itu… Good luck… 

– MS (Bukan nama sebenar) via iiumc