Balik dari reunion mak macam sorokkan sesuatu. Malam tu semuanya terbongkar. Tak sangka ini yang mak buat sampai anak sendiri pun jijik.

Keluarga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t. Aku Kay. Aku tak nak cakap banyak tapi aku tengah buntu buat masa ni. Malam semalam aku dapat penemuan paling sedih dalam hidup aku. Aku terjumpa chat mak aku dengan suami orang. Ya, laki orang!

Mungkin korang boleh agak isi kandungan perbualan diorang. Ya. Apa yang korang fikir itu lah yang aku jumpa. Lemah longlai tangan aku lepas terbaca perbualan mereka. Hampir terlepas pegangan telefon mak aku daripada genggaman. Hati aku remuk. Dada terasa sesak. Aku menahan tangis dalam diam; takut mak terdengar. Aku jjik.

Reunion. Benda paling jahat yang aku pernah tahu. Segala kenangan terimbau. Perasaan lama yang berputik kembali. Kemudahan telekomunikasi sekarang pulak mendorong perhubungan yang tak sepatutnya berlaku. Daripada bertanya khabar berlanjutan kepada perkara peribadi.

Aku tepuk dahi melihat generasi mak aku sekarang. Diorang lebih teruk dalam bab teknologi berbanding kita yang memang sejak muda jumpa kemudahan ni. Macam mana aku boleh tergerak nak geledah telefon mak? Mak aku seorang janda. Seorang surirumah sepenuh masa. Sejak bapak aku pergi aku perasan mak aku tak boleh lekang dengan telefon dia. Sampai bawak ke tempat tidur. Selalu aku balik kerja pun dia rela menghadap telefon dia daripada berbual dengan aku.

Aku bersangka baik yang dia mungkin tengah bersembang dalam group whatsapp dia. Tahu sahaja lah mak-mak sekarang punya group whatsapp mengalahkan kita yang muda ni. Tapi aku bdoh lagi masa ni. Apa yang buat naluri hati aku terdetik yang mak tengah sembunyikan sesuatu daripada aku bila dia mintak aku tengokkan setting telefon dia, dia macam tak biarkan aku tengok dulu telefon dia. Biasanya aku tengok dulu sebelum ajar step apa yang nak dibetulkan, tapi ini tidak.

Lagi satu yang buat aku musykil, mak ada buat panggilan satu nombor melalui telefon bapak aku. Nombor yang sama setiap hari. Aku jadi tak keruan. Semalam aku nekad bukak telefon dia, walaupun ada password tapi bab tu dia tak boleh nak menipu aku. Aku jumpa chat nombor yang tak disimpan. Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang aku selepas itu.

Selama ni aku cuma dengar cerita daripada pengalaman orang lain, tapi malam itu terjadi pada diri aku sendiri. Aku scroll chat daripada atas; aku nak tahu sejak bila diorang ni dah ‘memadu kasih’ belakang aku. Tahun 2017. Aku terkesima.

Dua tahun aku ditipu hidup-hidup dengan mak aku sendiri. Diorang buat ‘kerja’ masa aku tak ada di rumah. Aku rasa dikhianati. Sebelum ni apa sahaja kemahuan dia semua aku penuhi. Aku rasa gagal sebagai seorang anak.

NFSU. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Harini aku paksa diri aku jalani hari macam biasa. Padahal hati aku Tuhan sahaja yang tahu. Aku tak nak bersubahat dengan perkara tidak senonoh yang dia buat. Aku tak boleh tipu diri aku. Apa yang aku patut lakukan? Bantu aku semua…

Perkongsian Kay mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Jack Hunter –Orang tua ni kalo cakap direct mau sentap habis nanti. Terus merajuk bertahun2 kang. Better awak cakap berlapik dan berkias. Sesambil share ceramah agama yang berkaitan. And in the same time, luangkan lebih byk masa dengan ibu awak. Dia kesunyian tu. Tarik dia dari lembah slow2. Dan banykkan berdoa agar ibu awak akan cepat tersedar dari khilaf dia.. kita sama2 doakan yang terbaik untuk awak dan ibu yer.

Mohd Shahidan –Reunion ni memang bahaya. Taraf mak2 kita yang bercucu cicik pun bahaya. Ada saja isu ini. Teruk atau tidak sahaja. Pasal mak kamu, dia tetap mak kamu jahat atau baik. Jadi, kamu kena bantu dia keluar dari perkara tu.. Bersemuka, berbincanglah baik-baik. Kamu dah cukup dewasa untuk berbincang isu ini dengan mak kamu.

Naema Salam –Apa mak awak buat memang salah. Tapi sebagai anak, kita selami hati dan keinginan dia. Manusia ni, tua mana pun dia, nfsu akan kekal muda. Ramai yang saya jumpa, yang duda atau janda, pemergian pasangan atau berpisah hidup, jalani kehidupan sendiri dan sunyi.

Anak2 membesar dan akan punya life sendiri. tapi hak mak ayah dia, mereka nafikan. halang mereka dari bernikah dngan macam2 alasan yang tak masuk akal. Berbincang elok2. Kadang2 dia buat macam tu sebab nak jga hati anak. Dia salah. Tapi dia masih mak awk. Jangan jjik dengan ibu yang lahirkan kt. Kita sendiri tak tau macam mana pengakhiran masa dpn kita.

Cik Syima Kassik –Dik ambik no yang mak awk chat tu diam2 hubungi org tu tanpa pengetahuan mak. cakap dekat kekasih mak tu yang awk dah tau pasal diorg. Baru lah berdepan dengan mak dan luahkan apa yang terbuku di hati. Moga di permudahkan. Dan temui jln penyelesaiannya.

Nurul Ashikin Ali –Kau anak. Mak kau dah dewasa bukan kanak2 yg perlu menjawab dgn kau. Tak semua hal2 peribadi dia nak kena cerita kat kau, tambah2 keperluan dalam kain dia. Tu sebab dia sorok2, dia nak tutup aib dia.

Apa kemahuan dia, kau berikan? Habis tu kemahuan kau kecik2 mak kau tak tunaikan? Kau jjik dengan perbuatan mak kau? Kau tak rasa mak kau pun pernah malu dengan perangai kau kecik? Mak kau hadap je kan?
Yg kau sibuk2 buka hp mak kau dan kau judge dia, kenapa? La ni pandai2 lah kau sorok jjik kau tu, simpan judgement kau tu.

Aku rasa kau pun xkahwin lagi. Makanya simpan judgement kau utk diri kau sendiri di masa depan. Tak kan nak biarkan je kan? Dia dah dewasa, cakap heart to heart. Tak payah nak libatkan orang lain. Kau tak tau orang yang kau libatkan

tu boleh dipercayai dan tak ada isu apa2 dgn mak kau. Pengalaman aku mengajar aku, yang konon2nya kita cerita untuk menasihat tu la yang jadi duri dalam daging. Dia plak pi canang aib mak kau. Siapa yang salah? Kau la puncanya. Aib boleh simpan, simpan. Cukup kau dan mak kau tau sudah.

Norsayauhaili Shahrudin –cadangan; 1. Bawa mak join aktiviti NGO/kemasayaarakatan supaya beliau lebih terisi masa dengan aktiviti. 2. Luangkan lebih banyak masa dengan mak. 3. Mohon bantuan dari adik beradik yang lain juga (jika ada adik beradik yang lain)

4. Dekatkan mak dengan program rohani dan spiritual, ajak mak pergi masjid/surau 5. Buka ceramah agama, berkaitan dengan ikhtilat antara lelaki dan perempuan 6. Kalau tak jalan juga, minta mak untuk halalkan hubungan..

– Kay (Bukan nama sebenar) via iiumc