Baru kahwin tiba tiba suami makan sampah mencangkung macam beruk sampai jiran marah bawa orang tak betul ke kawasan rumah. Tak sangka rupanya ini yang berlaku pada suami.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Bismillahhirahmannirahim. Hampir 5 tahun suami aku sembuh dari penyakit skizfrenia. Dari makan ubat d0s yang tinggi sampai ke pada d0s rendah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni segala susah payah kami lalui bersama. Dari rumah kosong sampai penuh barang. Dari tidak mampu beli rumah sampai lah kami menunggu masa jer rumah kami siap. Hidup kami semua lengkap tapi Tuhan lebih mengetahui.

Hari ni genap sebulan lebih suami aku kene penyakit mental skiz0frenia buat kali kedua. Penyakit yang kian membiak. Nampak luaran seperti normal sekali datang penyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya dengan dua orang anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 4 tahun sangat manja dengan papanya dan si adik baru 1 tahun 8 bulan belum mengerti apa-apa lagi.

Ini bukan kali pertama dia kene penyakit ni tapi adalah kali kedua aku merasanya. Kali pertama 4 hari selepas aku kahwin. Dia bangun pagi dalam pkul 5 mengamuk macam orang tak betul. Aku terkejut dengan situasi demikian dengan makan roti mencangkung makan sampah mencangkung lompat tangga macam beruk. Aku tengok jer aku tak tahu nak buat apa. Sedangkan masa itu kami baru sahaja menyewa rumah. Baru satu malam kami tido.

Petang tu kami datang rumah sewa kemas bersih sama-sama tup-tup bangun pagi buta dia jadi orang tak betul. Aku terkejut tergamam tak tahu nak buat apa. Hanya aku call adik dia suh datang tengok. Jiran-jiran semua datang marah aku cakap kenapa bawak orang tak betul datang kawasan ni. Aku diam seperti orang bdoh. Itulah kisah mula-mula aku mengenali penyakit skizfrenia.

Bermula dari saat itu lah aku rasa aku ni dah tersalah pilih, nasib aku malang aku ditipu. Bodhkan dari awal-awal lagi aku tidak berpisah. Mula-mula memang aku hendak berpisahtapi tiba-tiba aku tahu aku hamil 1 bulan lebih.

Aku ada terpikir nak gugur jer sebab tak nak ada zuriat dengan orang penyakit sedemikian. 5 bulan selepas itu suami aku sembuh. Itu pun selepas dia kelr tangan buat kali kedua dan dimasukkan ke wad mental selama seminggu.

Macam-macam rintangan aku tempuh. Aku pernah dipkul sampai lebam mata hidung, dia pernah kencing atas muka aku. Untuk serangan kali ke dua ni tepat pada hari lahirnya yang ke 32. Sakit dengan tiba-tiba. Tapi seminggu sebelum tu 2@3 hari dia tidak tidur malam siapkan drawing. Dia bekerja sebagai draughtsman.

Bermula dari hari sakit aku terus hantar dia ke rumah keluarganya. Rumah keluarganya didiami adik – beradiknya yang belum kahwin. Maknya telah pergi 4 tahun lepas. Si ayah tinggal dirumah satu lagi bersama mak tiri barunya. Rumah ayah mertua aku tidak jauh dari rumah aku.

Sepanjang suami aku sakit tidak sekali dia datang bertanya khabar. Adik – beradiknya pulak main tolak ketepi hantar suami aku ke rumah. Alasannya suami aku akan sembuh sekiranya berada disisi isteri dan anak. Aku pulak f0bia trauma peristiwa dahulu dia pernah mengasari aku.

Aku takut tidur pon tidur ayam takut dia mengasari aku dan anak-anak. Yelah penyakit skizfrenia penyakit bahaya. Suka mengasari baling barang pecahkan barang sepk orang. Aku tahu nak explain macam mana. Aku pernah terdetik dalam hati kalau sekali lagi dia sakit aku nekad untuk berpisah kerana penyakit memang tidak akan sembuh dan ianya perlu bergantung pada ubat dan tidak boleh hidup dalam keadaan strees.

Sekarang aku dan anak-anak sedang berehat di kampung aku. Si adik seronok riang gembira dan si abang nampak masih rindukan pelukan papanya. Aku pulak masih lagi bersedih entah laa aku rasa seperti mimpi tiada ribut tapi semua hancur sekelip mata. Sekarang aku tengah cekalkan hati untuk proses perpishan.

Aku risau selepas ni aku nak kerja apa nak bagi anak aku makan apa dengan tiada kereta tiada rumah. Si anak pulak masih terkejut tiba-tiba papanya tiada. Tiada yang suapkan dia orang mkn tiada orang yang hantarkn si abang mengaji yang dodoikan pada waktu malam.

Aku pon dalam proses untuk menerima kehilangannya. Orang selalu tolong aku pergi beli lauk basah, tolong pergi mesin kelapa, tolong sidai baju, tolong mandikan anak. Sekarang suami aku berada dirumah keluarganya. Aku suruh dia berehat disana sampai betul-betul sembuh. Selepas dia sembuh baru aku jalankan proses perpisahan. Doakan aku kuat nk tempuh dugaan besar ni.

Aku tulis sekadar luahan hati yang terbuku yang mampu aku nak simpan. Mama dan abah aku pon baru tahu cerita ni. Selama ini aku simpan sorang tak mahu mama, abah dan abg aku risau. Tak mahu mereka malu ada menantu tak betul.

Untuk pengetahuan korang aku kenal suami sewaktu kami sama-sama belajar di politeknik. Aku tengok dia waktu belajar elok normal tak macam orang sakit pon. Lepas kenal kahwin baru tahu yang dia dari kecil dibesarkan oleh opah dan atok. Manakala ayah dan ibunya dua-dua kerja di KL. Dia ada 8 orang adik beradik. 4 dibesarkan di kampung. 4 lagi dibesar oleh mak dan ayah.

Dengar cerita pon macam pelik pening jugak aku pikir kenapa mengapa ada mak ayah sebegitu. Pandai buat tapi malas nak jaga. Alasan tiada duit tiada pengasuh. Aku pernah tanya maknya kenapa tinggal dia dari kecil macam tu. Hanya diam tanpa sebarang jawapan. Aku fikir dari jalan cerita awal mungkin suami aku ni berpenyakit skizfrenia dari kecil kerana strees dari kecil.

Ok la aku malas dan nak tulis panjang – panjang. Aku pon dah pening apa yang aku tulis ni. Maaf la kalau yang aku tulis korang tidak faham. Kalau tak faham tak payah baca. Doakan aku dipermudahkan segala urusan. Assalamualaikum.

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Nurul Syahida Syabil –Puan, tengok Ig Fynn Jamal. Belajar dari dia sebab suami dia pon skiz. Banyak kan join grup2 pasal health mental ni. Ada je banyak group psal skiz dan penyakit mental yang lain. Penyakit ni boley dikawal dan dijaga kalo puan tahu cara.

Suami puan perlukan sokongan dan dorongan. Semasa dia sihat dia normal dan penuh tanggungjawab, kasih syang. Semasa dia sakit, puan sampai hati ke nak tinggalkan dia cmtu je? Hidup memang ada up and down. Puan terfikir tak kalo lepas ni mana tahu puan dapatt suami yang sihat normal tapi xbrtanggungjwb, pemalas, biawak hidup, kaki perempuan, tak sayang anak2 puan macam anak sendiri etc. Puan fikir la yang terbaik utk puan dan anak2.

Mohd Nizam –Kesian gak takkan la nak tinggalkan laki confessor yang sakit macam tu je? Macam mana kehidupan die nnt kalau adik beradik die pun taknak jaga? Nnt jd macam gelandangan yang selalu merayau2. At least kene ade org jaga die. Cuba confessor try bawa rawatan darus syifa atau rawatan tradisional.

Amir Johan –berpisah lebih baik. Sayang diri sendiri dan anak2. Skiz ni tunggu dapat bisikan je, nanti bini dan anak pun dah tak kenal, boleh jadi kes bahaya. Lagipun suami puan sepatutnya berterus terang sebelum kahwin pasal condition dia. Orang kat sini tak tahu apa yang puan rasa dan lalui. Baik pilih jalan selamat.

Naema Salam –Bawala dia ke hospital. hantar kt umah adik beradik x selesaikan masalah. skiz ni depa ada paranoid. takut juga klu xcontrol boleh smp membahayakan. p kt spital, depa akan tahan dia d wad.. ada acute treatment utk relaps skizphrenia ni. kdng3 ubat xmakan pun boleh buat penyakit depa mai blk. jln terbaik, bawa dia p spital.

Miza Norizan –Isteri berhak rasa selamat dalam rumahtangga. Isteri berhak selfish untuk kebahagiaan diri sendiri. Confessor, you are entitled to your own happiness. Kalau suami tak boleh berikan rasa selamat, anda berhak pilih untuk keluar dari perkahwinan. Isteri bukan perlu untuk berk0rban segala-galanya. Please take care of your own mental health also.

– Mama sayang abang dan adik (Bukan nama sebenar) via iiumc