Kantoi rupanya dah 6 bulan suami rahsia nikahi janda dengan alasan tak masuk akal. Tak sangka lepas kahwin madu tunjukkan perangai sebenar sampai suami tergamam.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya harap cerita ni akan memberi pengajaran supaya tidak mudah percaya pada orang. Saya ibu kepada 3 orang anak perempuan dan saya dapat tahu suami saya telah bernikah lain secara senyap dalam dua bulan lepas yang lepas… Dia sudah bernikah dalam 6 bulan dan isteri ke duanya sedang hamil sekarang.

Fitrahnya memang hati remuk dan kecewa. Memang perkahwinan saya yang hampir 14 tahun ni memang penuh dengan kepuraan dan penipuan. Alhamdulilah dari segi nafkah dan tanggungjawab pada anak – anak suami memang tak pernah culas. Cuma masalah suami saya dari dulu memang menduakan dan perempuan lain.

Saya tahu saya bukan isteri yang sempurna dan memang banyak kekurangan. Bila ditimpa ujian macam ni, apa yang boleh saya buat cuma muhasabah diri, jaga hubungan dengan Allah, perbaiki solat, solat malam, dan doa dan berdoa.

Apa yang saya pegang, apa juga yang kita buat semua bergantung pada niat. Kalau niat yang baik, pasti yang baik- baik sahaja yang kita dapat. Suami beritahu saya, dia berkahwin lain bukan disebabkan nfsu semata, sebab jika sebab nfsu dia tak pilih seorang janda yang punya anak 4 (maaf, bukan niat menghina).

Apa yang dimaksudkan suami adalah niatnya untuk membantu. Tapi apa yang saya nampak itu macam alasan saja. Kalau kata nak membantu, saya tak nampak pun dia jaga anak2 tirinya, anak2 tirinya dihantar ke bekas suami… dia sanggup jaga yang paling bongsu sahaja,

Lagipun dari awal saya tahu dia berkahwin, suami sentiasa berniat nak melepaskan isteri ke duanya. Hari ni die rasa menyesal, die rasa bdoh, hari esok die rasa sayang pulak. Nak pertahankan, suami saya ni tiada pendirian,

Dipendekkan cerita, isteri ke duanya ni adalah seorang penipu / scammer dan boleh tak kalau di kategorikan sebagai hmm, kedatangan dia dalam hidup suami pun dengan penipuan, Dia telah menipu saya dan keluarga. Kami kenal dia sebagai jururawat peribadi.

Kami pernah gunakan khidmat dia untuk jaga ibu mertua yang sakit. Jadi bila saya hendak melahirkan anak yang ke 3 pada tahun 2018, saya contact dia balik. Bila saya sudah buat bayaran ke akaun majikan dia, pada hari yang dijanjikan dia tak dapat datang, dengan alasan ada masalah rumahtangga.

Dihalau suami dan mertua, susu pampers anak semua dah habis. Sekarang menumpang dirumah majikan dan macam macam lagi cerita sedih. Cerita tu tak habis disitu, selepas tu tanpa pengetahuan saya, majikannya (lelaki) berhubung pula dengan suami.

Majikannya tu memujuk2 suami saya pula untuk berkahwin dengan isteri ke dua tu. Dengan izin Allah dan jodoh, mereka berkahwin. Dan Allah jugalah yang menunjukkan kebenaran. Sekarang isteri ke dua dalam tahanan polis atas kes penipuan duit.

Dan paling memeranjatkan dan mengecewakan sekali adalah majikan yang memujuk suami saya dulu adalah BEKAS suami isteri kedua. Mereka suami isteri dulu memang buat kerja menipu dan scammer. Sekarang suami saya ni dalam dilema.

Nak dilepaskan sedang mengandung. Mengandung anak lelaki yang sudah lama dia tunggu2. Suami saya ni tiada pendirian. Dulu dia juga yang beri kerjasama dengan polis untuk tangkap isteri ke dua. Sekarang die juga yang sibuk nak ikat jamin.

Dia dah pernah lafazkan talak pada isteri ke dua, sebelom kami tahu die seorang penipu dan scammer. Sikapnya memang suka berbohong, mereka cerita dan menfitnah. Tapi tidak sampai 2 minggu dia juga yang rujuk balik. Sekejap kata nak pisah, sekejap kata nak pertahankan, nak bimbing dan didik isteri ke dua.

Dengan apa yang terjadi saya memang tak boleh terima. Kita dah tahu siapa isteri ke dua nya tu, suami minta saya bersabar dan tunggu anak tu lahir nanti. Tapi dengan sikap suami yang macam lalang ni buat saya tak yakin.

Pada suami lafaz talak tu macam main main, dah lebih sepuluh kali dia cakap lepaskan isteri kedua, bukti wassap pun ada, bila ditanya semula, dia cakap kena ada niat baru jatuh talak, dia tak berniat. Sekarang ni saya buntu, suami umpama nak bela seekor ular, die minta saya bertaubat dan terima isteri kedua, tapi pada hari yang lain, dia cakap nak lepaskan isteri ke duanya pula,

Jadinya sekarang, saya rasa dengan sikap suami yang begini, saya dah tak boleh nak pertahankan die lagi. Kalau die masih ragu2, nak mengkhianati saya terus menerus, biarlah saya je yang undur diri, rasa sakit ditipu. Kecewa bila suami kahwin senyap2,

lagi sakit bila tengok suami ni terus menerus pertahankan isteri ke dua, paling sakit bila dia kata solat2 malam saya tu yang beri petunjuk semua syaitan, sebabnya saya tak terima isteri ke dua. Kalau Allah yang beri petunjuk mesti hati saya sudah redha dan sabar sekarang,

Sekarang ni saya dah lantik lawyer, untuk failkan pisah pada suami. Kalau suami tetap nak teruskan perkahwinan dengan isteri ke dua, takpela, apa yang boleh buat, saya undur diri je lah… Saya tak sanggup dan tak kuat nak kongsi perkahwinan dengan seorang penipu. Suami sibuk nak bimbing dan nak didik isteri kedua, tapi anak2 perempuan dia, dia tak didik pulak, semua diserah pada saya.

Dengan sikap suami yang macam lalang, dengan isteri kedua yang penipu dan ambil kesempatan, saya tak nampak pun poligami ni boleh membahagiakan.. Cuma saya berdoa Allah beri saya kekuatan, kalau itulah jodoh suami saya, saya doakan mereka bahagia. Saya nak mengharap pada Allah saja, saya nak besarkan anak2 dan hidup tenang je. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Sheikha Ibtizam –Maaflah puan, tapi saya cukup pantang lelaki yang suka memanipulasi perempuan. Bila dia cakap doa puan tu sya1tan yang jawab memang sah dia pemanipulasi. Dia nak kawal puan dalam masa yang sama dia tak nak lepas yang lagi sorang. Harap puan dapat buat keputusan yang bijak.

Ylyia A. Malid –Tinggal jela kak. anak sendiri isteri sendiri tak sebuk nk jaga n bimbing sebok nk jaga anak bini org. Tunggu jela masa kifarah dia sampai. Masa tu pon akak da move on rase nye. Ntah2 dah bahagia. Nanti akak senyum jela bila terjumpa dia.

Nurul Nazua –Lelaki suka nak tunjuk kuat, kononnya nak bimbing perempuan lemah, sebagai salah satu alasan ke arah nak kawin dua. Lelaki macam ni ego melangit. Sebab tu dia mendabik dada boleh bimbing sekian sekian. Biarlah dia terjun dengan labu2nya, puan move on dan hidup happy2 ok. Dari sakit jiwa nak fikir masalah yang datang dari suami n isteri ke2.

Lily Lavender –Ya Allah sis. Kalau lebih 10x cakap talak jatuh talak dah. Kalau dia tak berniat tapi dia dalam keadaan sedar. elok tnya pd ahli agama hal ni. Hati sis tak redha untuk terima itu mngkin jwpn dr tahajud sis. Boleh pulak dikatanya ptunjuk dari sya1tan. Hilang pedoman ke apa suami sis?

– Maz (Bukan nama sebenar) via IIUMC