Wanita trauma nak geletek ank lepas ni. Tiba tiba ank kejang dan tiada suara lepas digeletek nasib sempat diselamatkan

Keluarga

Jangan geletek anak, itulah amaran yang diberikan oleh orang tua tua dulu, sebenarnya ramai artikel yang mengingatkan kita untuk tidak menggeletek anak dan mencucuk pinggang kawan. kenapa? Alasannya menggeletek kanak kanak boleh jadi berbahaya sebab mereka tidak boleh menyuruh anda untuk berhenti, jantung mereka akan berdengup lebih kuat

dan pernafasan boleh berubah hingga mengakibatkan mereka terkena sakit jantung. Seperti yang pernah perlaku kepada seorang budak bernama alya, dimana ibunya menggeleteknya di bagian pinggang dengan niat bergurau dan bermanja. Namun siapa sangka gurauan itu berubah menjadi ngeri apabila Alya yang tergolek golek tiba tiba kejang

dan suara tersekat sekat. Ketika itu ibunya hanya mampu menjerit meminta tolong suaminya, namun anak mereka bernasib baik masih bisa di selamatkan selepas mendapat perawatan pakar. Mengulas tentang Cucuk pinggang kawan, boleh buat terkesan pada mental mereka, Selalunya dalam masyarakat melayu ramai orang suka cucuk pinggang

kawan atas sekadar bergurau buat kawan itu melatah. Dari segi Pisiologi hal ini di terangkan berkait dengan responsive saraf-nervous system, dan kesannya bila kita kena cucuk pinggang sangat berbahaya, signal yang dihantar ke otak bila kena cucuk Adalah response kawan anda untuk mempertahankan diri

yang menyebabkan individu tersebut menjadi panik akibat kejutan. Malah kejutan inilah yang membuat jantung terkejut dan degupan akan menjadi cepat secara tiba tiba,bila situasi ini dibuat berulang kali, besar kemungkinan indivitu tersebut akan terkena sakit jantung. Dah baca jangan lupa untuk komen, like dan share! terima kasih.

Sumber: sinar harian.

Tips jaga anak kecil menurut pengalaman ibu muda

1. Mak jangan terjebak sekali bila anak mengamuk. Kita paling kelam-kabut kalau anak tantrum. Nak-nak lagi kalau dah sampai guling-guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali. Kata dia, kalau anak tantrum, selalunya dia buat tidak tahu saja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa itu tahu lah diorang diam.

Nanti bila dah ok, baru dia cakap dengan anak. Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap-silap, lagi tinggi volume dia. Jangan beduk. Bila dia dah tenang nanti, hug dia kuat kuat. Buat sepakatan untuk selesaikan apa yang dia marah tadi.2. Jaga masa tidur untuk elak anak meragam tak tentu pasal

Masuk waktu maghrib saja, biasakan anak-anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tidur). Kalau keluar, seboleh-bolehnya balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual. Lagi satu, bila kita arahkan budak-budak masuk tidur, jangan pulak kita duduk depan TV layan drama.

Temankanlah anak-anak tidur. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak-anak. Masa inilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai diorang.3. Bagi anak main selagi tidak mendatangkan luka. Luka sikit-sikit itu bak kata dia, perkara biasa. Tambah-tambah anak lelaki. Masa main, biar saja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah-marah.

Bagi masa sampai beduk berapa boleh main. Lepas main, ajar anak-anak kemas mainan masing-masing. Kalau anak yang besar sudah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik-adik. Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu, dia menang. Budak-budak kan memang suka berlumba. Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk komplen anak simpan mainan tak ikut nombor siri!4. Action first dari membebel

Hati kena kental. Kalau salah, rotan saja sekali. Tapi, kena sakit sampai menangis. Kalau tak menangis, anak akan pendam. Jadi, anak akan berdendam dengan parents. Lepas rotan, biar anak rileks dulu. Ambil segelas air baca al-Fatihah atau mana-mana surah bagi anak tenang. Dan, masa itu juga main dengan dia. Bagi dia makan. Selepas itu, slow talk.

Masa ini, kita beritahu anak apa yang dia buat itu salah. Dan jangan ulangi. Jadi, anak akan ingat sampai bila-bila. Esok-esok, kalau kita jeling sikit pun, anak sudah faham yang ibu ayahnya marah kalau buat perkara itu. Tapi, jangan sikit-sikit nak beduk. Nnti jadi kebal pula.5. Mak kena tahu cara jadi “tok bomoh”

Akan ada masa bila anak-anak menangis dan kita tidak tahu puncanya. Kadang-kadang, pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok, tak ada kembung segala. Kalau macam ini, biasanya dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap. Yang ini simple. Potong saja bawang putih, terus calit pada semua sendi anak-anak.

Maklumlah, kita berkongsi bumi ini dengan mahkluk lain. Kadang-kadang, nak juga mahluk lain menyakat. Sapu-sapu sikit, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang menyakat tadi tahu la dia nak lari.Pesan si ibu dengan rendah diri “Tapi kak, kami pun masih belajar ilmu parenting. Jadi, kami pun masih bereksperimen mengikut cara orang tua dulu-dulu. Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.”

Jadi mak bapak ini, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pulak berkecah macam baru lepas, jangan cepat-cepat jatuh balasan. Kita tak tahu, mungkin dia sudah struggle setengah nak jadi ibu bapa mithali! Menarik bukan perkongsian Puan Basyirah tentang tips jaga anak kecil ini? Bolehlah ibu ayah meniru gayanya dan melihat sendiri keberkesanannya!

Sumber: Facebook Basyirah Ahmad