Kali ni adik Dai Farhan pula dedahkan cerita sebenar. Dai Farhan siap block dan unfriend lagi adik sendiri di facebook sebab bagi teguran ini.

Selebriti

Jika sebelum ini, isteri pertama Da’i Nik Farhan menafikan telah menderhaka terhadap suami sehingga berlaku perpisahan. Kali ni giliran adik sendiri pula melahirkan rasa kekecewaan pada abang kandungnya itu. “Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya apabila saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.

Fatin atau nama sebenarnya Nurul Ain Mat Aris dalam satu kenyataan panjang lebar pada Rabu menjelaskan tuduhan kononnya dia berlaku nusyuz terhadap suami seperti yang didedahkan individu melalui posting di Facebook terlalu berat dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Adik Da’i Farhan, Nik Fatma Amirah jelas terkejut dan sedih dengan tindakan abangnya yang membuat keputusan untuk melepaskan bekas lsterinya Fatin. Malah apa yang lebih dikesaIkan, abangnya turut block dan unfriend beliau di laman sosiaI media hanya kerana beliau mempertahankan kakak iparnya.

Perkahwinan yang dibina adalah untuk menyatukan hati dan menambah ahli keluarga tetapi kenapa perlu membuang ahli keluarga yang lain. Menurut Fatma, ibunya juga tidak pernah redha akan perkahwinan kedua Farhan.

Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab. Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya. Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu support em0si beliau, datang ke rumahnya sewaktu su4mi beliau tiada, dengar luahannya dll. Saya tahu keputusan ini berat untuk beliau terima. Tapi beliau kuat dan redha.

Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana. MenyesaI kemudian tiada guna. Kembalilah ke jalan bahagia. Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula kepangkuan keluarga.

Untuk ‘wanita’ yang telah mer4mpas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu. Kak Fatin, kami ada bersama Kak Fatin. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putvskan semuanya nanti. Allah musta’an.

*Gambar ini sewaktu saya menziarahi Kak Fatin memberi sokongan dan semangat kepadanya. Sebelum ini tuIar apabila seorang peguam memberitahu bahawa Farhan telah melepaskan lsterinya melalui WhatsApp.

Fatin juga telah bertindak membuat status mengesahkan hal tersebut sekaligus mempertahankan marua4nya yang dituduh nusyvz kerana telah menfitnah su4mi sekaligus meng4ibkan. Semoga kemeIut yang berlaku dapat diselesaikan.

Ingatlah setiap apa pun yang kita buat, redha ibu bapa sangat penting. Semoga ahli keluarga dan semua yang terlibat terus kuat dan tabah. Kepada Farhan selesaikanlah masaIah yang berlaku secara adil dan berhemah.

Bila melibatkan campur tangan orang ketiga dalam sebuah perkahwinan bukan su4mi dan lsteri sahaja yang merasa tekanan malah ahli keluarga juga turut terpaIit. Bukan mudah untuk menerima ahli baru dalam keluarga.

Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Isteri Dai Farhan Tampil Beri Satu Kenyataan Sedih. Tak Sangka Rupanya Ini Yang Berlaku.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Seperti contohnya, isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Setelah konttroversi berhubung perpisahan Da’i Nik Farhan ketika isteri sedang hamil tujuh bulan, isteri pertamanya itu menafikan telah ingkar terhadap suami sehingga berlaku perpisahan. “Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya apabila saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.

Fatin atau nama sebenarnya Nurul Ain Mat Aris dalam satu kenyataan panjang lebar pada Rabu menjelaskan tuduhan kononnya dia berlaku nusyuz terhadap suami seperti yang didedahkan individu melalui posting di Facebook terlalu berat dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar terhadap suaminya tanpa sebab munasabah dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. “Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.

“Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz,” tulisnya di Facebook.

Pengertian nusyuz bermaksud keengganan isteri menuruti perintah atau derhaka terhadap suami. Menerusi laporan mStar pada Rabu, Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, mengakui dia sudah melepaskan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApps, tengah hari, Selasa.

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Nik Farhan melepaskan isterinya yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan. Inidvidu yang dikenali sebagai Asiah Jalil itu mendakwa Fatin dilepaskan kerana nusyuz dan memfitnah suaminya.

Dakwa Asiah pendakwah tersebut juga mengurung dan memukul isteri pertamanya sebelum melafazkan untuk berpisah menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApps. Malah satu rakaman suara lafaz untuk berpisah yang dipercayai milik pendakwah bebas itu turut tersebar di media sosial. Dalam pada itu, Fatin meluahkan rasa sedih apabila menerima tuduhan tersebut tanpa melalui proses pengadilan.

Saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga dilepaskan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya,” ujarnya.

Sementara itu, Fatin juga membuat laporan polis disebabkan dirinya berasa dalam bahaya dan takut selepas menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir warganet. Menurut sumber terdekat, Fatin kini sudah menguruskan urusan perpisahanya di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu. Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang juga usahawan dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Farhan berkahwin dengan Fatin pada 19 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia setahun empat bulan. Manakala Fatin kini sedang hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak lelaki pada Februari tahun hadapan.

Bagaimanapun, Fatin memberitahu tujuan dia memberi penjelasan itu disebabkan ingin membersihkan nama keluarganya yang tercalar disebabkan dakwaan tersebut. “Amat malang bagi diri saya kerana saya menerima hukuman nusyuz ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respons masyarakat yang pelbagai.

Dalam rumahtangga, perlu ada sikap bertolak ansur antara suami isteri. Jika salah seorang sedang marah, yang seorang lagi perlu berdiam diri atau mendengar sahaja apa yang dimarahkan itu. Jika mampu bertindak, jadilah sebagai pendengar kepada apa yang sangat dimarahkan itu dan muhasabah diri.

Kredit:Mstaronline