Lelaki ini sengaja tak balik rumah sampai 4 bulan lepas isteri pertama benarkan dia bermadu. Bila balik je rumah terduduk dan meraung suami bila dengar penjelasan isteri dari pertama.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Sebak dan begitu terasa sekali dengan penulisan dari suami ini. Harap cerita di bawah ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua selepas membaca perkongsian ini. Ikuti perkongsiannya dibawah. Aku ada dua isteri, Ros ( isteri pertama) dan Diana ( isteri kedua). Aku dan Ros kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia.

Ros auditor, aku IT technician. Ros tua 7 tahun dr aku, dia 32 dan aku pula 25. Sejak aku join company ni, Ros memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Ros sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face.

Ros ni jenis serius and kurang bergaul sikit. Satu hari tu Ros buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So aku kne on call repair laptop dia kt site. Da dapat no Ros, aku mula ngorat sebab aku pun dah lama crush kat dia. Sebulan kami berkawan, aku jatuh hati dengan sifat keibuan Ros (lelaki baya aku banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin.

Tak sempat sgt bercinta tapi aku yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak aku tau ramai kenalan aku berebut nak tackle Ros. Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Ros selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and aku akan jaga dua anak kami bila dia outstation.

Pertengahan 2018 aku terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula2 sekadar nk chat bila Ros outstation, sampai la aku jumpa Diana.. Diana muda 10 tahun dari aku. Kali kedua aku jatuh hati sebab perangai manja dan caring Diana (masa ni aku dah 32 dan lelaki baya aku banyak suka anak gadis mcm Diana). Terdesak nak kahwin dengan Diana, aku jujur dengan Ros.

Aku ingat lagi, mula2 Ros nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku. Ros redha je benarkan aku kahwin dengan Diana. Masa ni aku rasa berbelah bagi sangat2. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Diana dan dalam masa yang sama sedih sebab Ros seolah2 nak lepaskan aku.

Sebelum kahwin, Ros siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Diana tak. Jarak rumah Diana dan Ros cuma 5 minit drive. Mula2 dulu, aku jaga anak2 di rumah Ros bila dia outstation tapi lepas tu aku minta bawak balik mereka ke rumah Diana. Senang sikit bila aku kerja and Ros pun tak kisah.

Bagi Ros takpa anak2 kenal Diana tapi dia tak nak face to face berdua dengan Diana. Jadual giliran tak tetap sebab Ros travel 3-5 hari seminggu. Bila Ros outstation, aku kt rumah Diana, bila Ros tak travel aku di rumah Ros.

Namun kdg2 aku sengaja stay dekat 2-3 minggu di rumah Diana sebab nak uji perangai tak kisah Ros. Dlm 4 bulan lepas aku kahwin, Ros resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak2 Ros hantar di nursery sampai dia habis kerja.

Masa ni aku mula honeymoon dengan Diana sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Ros. Sekalipun Ros tak bising mintak aku balik. Sepanjang ni Ros banyak spent masa bercuti dengan anak2 tanpa aku. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa aku.

Hanya sebab tak nak lukakan Diana, aku menolak pergi bercuti dengan mereka. Lama kelamaan aku jadi sunyi dengan Diana. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan aku rindu nk bersama keluarga aku. Diana tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan aku tak pernah berbuka dengan Ros.

Baru ni aku blik ke rumah Ros, sedih sebab Ros lansung tak expect aku balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 aku, bubur nasi dan nugget. Lepas anak2 tidur, aku tunggu Ros lama dalam bilik. Ros masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni aku rasa macam lamanya aku dah abaikan Ros. Aku terus luahkan apa yang terpendam.

Kenapa tak fight hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan aku kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan aku, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah aku main kayu tiga dan banyak lagi kenapa. Lama Ros diam, pastu dia nangis. Rupanya Ros dah lama tahu pasal aku dan Diana. Berbulan sebelum aku mintak izin untuk nikah kali kedua.

Ros makan hati dengan aku tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga. Kata Ros, sepanjang aku kahwin dengan Diana, Ros dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia dilepaskan. Masa ni aku rasa sedih sgt. Ros betul2 dah tawar hati dengan aku. Di saat aku abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak2.

Ros suruh aku cari kebahagiaan dengan Diana dan mintak aku lepaskan dia. Ros bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak2 aku. Ros mintak aku jgn persiakan Diana sebab andai kata kami tiada jodoh aku masih ada Diana untuk jaga aku.

Berkali aku tanya Ros, tak sayng aku ke? Tak benci Diana ke? Ros balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benci. Aku betul2 buntu dengan Ros. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan aku. Tak lama nak raya and Ros siap dah atur jadual balik kampung. Hari pertama dan kedua aku beraya dengan Diana di kampung Diana.

Ros dan anak2 di kampung aku. Raya ketiga dan keempat aku dan Diana di kampung aku, Ros dan anak2 di kampung Ros. Kat mana aku di mata dia. Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai. Macam aku Ros betul2 dah buang aku dekat Diana.

Sumber – Radzi (Bukan nama sebenar) via utusanviral