Muat naik gambar bersama isteri di hospital. Tak sangka rupanya ini yang terjadi pada Ardell Aryana.

Artis

Muat naik foto bersama isteri di hospital. Tak sangka rupanya ini yang terjadi pada Ardell Aryana sampai kene masuk hospital.

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak.

Isteri merupakan wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga. Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat dan suhu badan yang agak tinggi. Adhwa memberitahu berita tersebut menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya hari ini.

Entri tersebut turut disertakan dengan foto yang merakamkan Ardell sedang tersenyum walaupun terbaring di atas katil hospital. “Doktor kata suhu badan awak agak tinggi tapi tidaklah setinggi suhu cinta saya pada awak. Tak boleh lama lama sebelah awak kang roboh katil,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Ardell. “Sweetnya… Moga Ardell sayang sihat-sihat sahaja ea… Moga kasih sayang kalian sampai ke Jannah…” doa @zaujah_deenmzdeen “Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan buat Ardell… Amin,” tulis @noordiyanah_ismail

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai, sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah Ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.

Kredit:Gempak

‘Jodoh kami kuat’ – Nadzmi & Ardell

BERKALI-KALI lamarannya ditolak namun kata orang usaha itu tangga kejayaan dan kalau sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah juga dengan ikatan cinta pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa, 27, dan Ardell Aryana, 29, yang akhirnya bersatu sebagai suami isteri pada 1 Muharam (1 September) lalu selepas lapan tahun berkenalan.

Sama cantik sama padan, keikhlasan Nadzmi meruntun jiwa Ardell yang pada awalnya hanya selesa sebagai kawan dan akhirnya Ardell sendiri merisik serta mengajak Nadzmi berkahwin. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, pasangan yang mula rapat ketika sama-sama terbabit dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015 itu sepakat melakukan persiapan dalam tempoh dua bulan saja.

Bersyukur segalanya berjalan lancar, dengan sekali lafaz Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri Nadzmi Adhwa Nor Adzmi. “Alhamdulillah saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan.

“Selama ini ramai yang mendoakan jodoh kami dan doa mereka dimakbulkan. Saya juga tidak menyangka jodoh kami kuat sehingga masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” katanya. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Muttaqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin di rumah Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Ardell menerima dua dulang hantaran dibalas dua dan senaskhah al-Quran sebagai wang hantaran manakala mas kahwin RM300. Berkongsi mengenai perasaannya yang terbuka untuk menerima Nadzmi, Ardell berkata, dia tersentuh melihat keikhlasan Nadzmi yang setia bersamanya dalam keadaan susah dan senang.

Katanya, Nadzmi kawan bermain futsal dan disebabkan dia muda daripadanya, perasaan itu lebih kepada menganggapnya sebagai adik. Lagipun, dia pernah kecewa, jadi takut untuk bercinta lagi. “Tetapi apabila melihat dia sanggup menunggu dan sentiasa ada ketika susah dan senang, sedih dan kecewa saya cuba menerimanya perlahan-lahan.

“Walaupun sebelum ini sudah banyak kali dia melamar, bukan kerana saya tidak mahu tetapi perasaan bercampur baur antara takut dan suka. “Dek sedar terlalu banyak kekurangan pada diri dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri itu bukanlah mudah, saya bimbang tidak mampu melaksanakannya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Nadzmi pula berkata, apabila Ardell menerima lamarannya tanpa meletakkan sebarang nilai wang hantaran dan hanya senaskhah al-Quran ia sesuatu yang sangat mahal dan begitu berharga. “Ardell tidak meminta wang hantaran sebaliknya al-Quran yang sebelum ini dia pernah berikan dan minta saya khatamkan serta memahami maksudnya. Al-Quran ini kemudian saya berikan kepadanya semula sebagai hantaran.

“Bagi saya, ia perkara yang sangat bernilai dan paling mahal di dunia. Ardell wanita luar biasa dan perkara terbaik dalam hidup saya,” katanya. Berkongsi mengenai majlis resepsi, pasangan itu belum menetapkan sebarang tarikh tetapi berharap ia dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebenarnya kami sendiri tidak menyangka akan bernikah secepat ini dan pada tahun ini. Namun, saya yakin perancangan Allah adalah terbaik. “Walaupun persiapan pernikahan tidak lama, ia berjalan lancar berkat sokongan dan bantuan ahli keluarga. Selepas bernikah saya akan mula sibuk berlatih untuk menunaikan misi kemanusiaan ke Yaman dan Syria pada November ini.

“Insya-Allah kalau tiada halangan saya berharap resepsi dapat diadakan pada Oktober,” kata Ardell. Belum merancang bulan madu, namun pasangan itu bakal mengerjakan umrah hujung tahun nanti. “Kami tidak ada perancangan berbulan madu namun berhasrat menunaikan umrah dan menganggapnya sebagai bulan madu.

“Selesai misi kemanusiaan, kami akan pergi umrah. Saya perlu melunaskan misi ini dulu kerana ia sudah dirancang sebelum kami bernikah,” kata Ardell. Dalam pada itu, mereka masing-masing tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menimang cahaya mata. “Kami tidak merancang mengenai anak, cepat atau lambat terima saja dengan hati terbuka,” kata Nadzmi pula.