Selepas dikritik teruk akhirnya Dai Farhan tampil mengaku telah lepaskan isteri pertama yang tengah sarat mengandung. Tak sangka dia lepaskan dengan alasan yang tak masuk akal.

Selebriti

KONTR0VERSI perkahwinan kedua pendakwah bebas Da’i Nik Farhan semakin hangat apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah melepaskan isteri pertamanya Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, dia melepaskan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatApss pada tengah hari Selasa. “Yang lepas itu betul… ustaz lepaskan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” tulisnya kepada mStar.

Bagaimanapun, Nik Farhan menafikan dia telah melakukan mengkasari terhadap wanita itu seperti ditudvh seorang individu di laman sosial.Nik Farhan berkata, dia juga tidak berada di luar negara seperti didakwa wanita terbabit..

“Ini kata kata kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang berpisah itu betul yang (tuduhan) lain tak betul,” ujarnya. Selain itu, Nik Farhan enggan mengulas lanjut berkaitan punca dia melepaskan isteri pertamanya itu.

Ini cerita tak betul kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Dalam pada itu rakaman suara lafaz talak yang dipercayai milik Nik Farhan turut tersebar di media sosial. Lafaz talak itu antaranya berbunyi: “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang lepaskan sayang dengan talak satu.”

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Farhan melepaskan isterinya yang kini sedang sarat hamil. Individu yang dikenali sebagai Asiah itu membuat tuduhan pendakwah tersebut telah mengvrung dan membeduk wanita berkenaan.

Dalam pada itu, menerut sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahk4mah Rendah Syariah Besut, Terengganu bagi menguruskan percer4ian berkenaan. Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Nik Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Tindakan itu menerima kritikan warganet apabila seorang rakan baik isterinya mendedahkan perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama yang sedang sarat mengandung. Bagaimanapun, menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat lalu,

Nik Farhan berkata, kata kata dia berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan hasrat tersebut kepada isteri pertama dan keluarganya. Nik Farhan juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 berjaya membuatkan hatinya terbuka menerima hasrat itu.

Sumber  : Mstar

Peguam Bongkar Dai’ Farhan Sudah lepaskan Isteri Pertama, Alasan Nusyuz

Belum pun habis troll masyarakat mengenai angka 18 membawa ke 19 yang menjadi jenaka di kalangan masyarakat selepas Dai’ Nik Ahmad Farhan memaklumkan pintu hatinya terbuka untuk beristeri dua kerana pertemuan itu berlaku di Kaabah,

malam ini diberitakan Dai’ Farhan sudah melepaskan isteri pertamanya Fatin yang sarat mengandung anak kedua mereka. Pendedahan mengejutkan dari peguam terkenal, Asiah Abd Jalil di fbnya yang mengesahkan sudah mendengar rakaman voice note yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp cukup mengejutkan.

Dalam penulisannya, peguam terbabit menulis, Dai’ Farhan sudah melepaskan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil anak kedua, dengan talak satu. Lafaz talak disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut. Alasan perpisahan ialah kerana Fatin nusyuz dan berkata buruk tentang suami.

Pada 22 November yang lalu Fatin mendakwa telah dibeduk dan dikurung oleh Daie Farhan. Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga. Daie Farhan kini berada di China bersama isteri Kaabahnya seperti ditulisnya. Beberapa hari lalu, Dai’ie Nik Farhan telah membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya yang didakwa berkata buruk dirinya.

Da’i Farhan dalam laporannya berkata, dia mengemukakan tuntutan saman terhadap individu tersebut malah, beberapa individu lain bakal diambil tindakan undang-undang kerana didakwa menyebarkan perkara buruk terhadap dirinya.

Menurut Da’i Farhan, dia telah pun membuat dua laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Menerusi entri itu, Da’i Farhan turut meluahkan rasa syukur serta tinggalkan peribahasa ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudarat’

Dalam pada itu, Da’i Farhan berharap semoga apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran buat semua warganet agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan benda yang salah tanpa mengetahui kesahihannya. Terdahulu, Da’i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.

Benda boleh bincang, kenapa nak bertekak

BENDA boleh pikul, buat apa kita nak lepas. Benda boleh bincang, kenapa kita nak bertekak. Benda boleh sepakat, kenapa kita nak akhiri dengan perpisahan,” kata Fatin Nurul Ain. Isteri pertama juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad itu mengulas kontroversi yang melanda suaminya gara-gara berkahwin dengan janda anak lapan tanpa pengetahuannya ketika sarat hamil anak kedua.

Fatin menerusi kenyataan di Facebook berkata, dia terpanggil untuk membuat kenyataan sendiri, memandangkan ramai yang tertanya-tanya serta silap membuat penilaian kerana mendengar kenyataan daripada pihak ketiga dianggap sudah basi.

“Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di Makkah saya tahu daripada ibu mentua. Tipulah kalau tak kecewa, tipulah kalau tak marah, tipulah kalau tak stres. “Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa macam hilang arah. Keluarga juga sudah maklum dan kami cuba merahsiakan hal ini.

“Dan saya maklum pada Kak Ches yang bukan ahli keluarga saya sendiri kerana percaya pada dia sebagai sahabat baik dan saya tahu tindakan suami itu tidak betul. Tapi apa yang saya perlu pada ketika itu adalah teman berbual dan telinga yang mendengar,” tulisnya.

Perkongsian yang dibuat oleh wanita dikenali sebagai Ches Al Maliki menerusi Facebook itu turut menyebabkan warganet mengatakan Fatin ‘lembik’ kerana membiarkan suaminya memperlakukannya sedemikian serta melabel Farhan sebagai penunggang agama serta menganiaya isteri pertamanya itu.

Kata Fatin, dia pada mulanya reda dalam paksa tetapi kini mampu melaluinya dengan baik. Dia bersyukur diberikan kekuatan dan mampu menjalankan kehidupan seperti biasa. “Soal rumah tangga, sebenarnya kami dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, benda ni dah dua bulan berlalu dah pun. Saya bahagia dengan anugerah permata hati kami sekarang. Saya pun serah pada takdir apa yang terbaik.

“Keadaan yang keruh, tidak akan jernih sekiranya kita berterusan begini. Saya ada pendirian sendiri dan minta kalian semua hormat. “Terima kasih berada di belakang saya beri sokongan yang tiada henti. Kata semangat yang tak putus. Saya terharu,” tulisnya.

Fatin turut meminta rakan baiknya, Ches untuk memadamkan perkongsian yang dibuatnya namun tidak diendahkan. Dia juga memohon supaya orang ramai menghentikan tohmahan kepada mereka sekeluarga. “Pada saya tidak adil anda semua menilai kami sekeluarga begitu.

Suami sudah pun mengambil pengajaran atas tindakannya sebelum itu. Jika tidak keberatan, padamlah apa pun yang dah tersebar mengenai kami demi privasi hidup kami,” tulisnya. Sementara itu, semalam, Farhan menerusi Instagram turut membuat kenyataan dakwaan yang dibuat oleh Ches adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu.

“Astagfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil skim pinjaman dengan dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan tularkan perkara fitnah yang sudah berlalu,” tulisnya.