Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnya isteri Dai Farhan tampil beri satu kenyataan sedih. Tak sangka rupanya ini yang berlaku.

Selebriti

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Seperti contohnya, isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Setelah konttroversi berhubung perpisahan Da’i Nik Farhan ketika isteri sedang hamil tujuh bulan, isteri pertamanya itu menafikan telah ingkar terhadap suami sehingga berlaku perpisahan. “Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya apabila saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.

Fatin atau nama sebenarnya Nurul Ain Mat Aris dalam satu kenyataan panjang lebar pada Rabu menjelaskan tuduhan kononnya dia berlaku nusyuz terhadap suami seperti yang didedahkan individu melalui posting di Facebook terlalu berat dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar terhadap suaminya tanpa sebab munasabah dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. “Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.

“Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz,” tulisnya di Facebook.

Pengertian nusyuz bermaksud keengganan isteri menuruti perintah atau derhaka terhadap suami. Menerusi laporan mStar pada Rabu, Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, mengakui dia sudah melepaskan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApps, tengah hari, Selasa.

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Nik Farhan melepaskan isterinya yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan. Inidvidu yang dikenali sebagai Asiah Jalil itu mendakwa Fatin dilepaskan kerana nusyuz dan memfitnah suaminya.

Dakwa Asiah pendakwah tersebut juga mengurung dan memukul isteri pertamanya sebelum melafazkan untuk berpisah menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApps. Malah satu rakaman suara lafaz untuk berpisah yang dipercayai milik pendakwah bebas itu turut tersebar di media sosial. Dalam pada itu, Fatin meluahkan rasa sedih apabila menerima tuduhan tersebut tanpa melalui proses pengadilan.

Saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga dilepaskan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya,” ujarnya.

Sementara itu, Fatin juga membuat laporan polis disebabkan dirinya berasa dalam bahaya dan takut selepas menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir warganet. Menurut sumber terdekat, Fatin kini sudah menguruskan urusan perpisahanya di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu. Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang juga usahawan dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Farhan berkahwin dengan Fatin pada 19 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia setahun empat bulan. Manakala Fatin kini sedang hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak lelaki pada Februari tahun hadapan.

Bagaimanapun, Fatin memberitahu tujuan dia memberi penjelasan itu disebabkan ingin membersihkan nama keluarganya yang tercalar disebabkan dakwaan tersebut. “Amat malang bagi diri saya kerana saya menerima hukuman nusyuz ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respons masyarakat yang pelbagai.

Dalam rumahtangga, perlu ada sikap bertolak ansur antara suami isteri. Jika salah seorang sedang marah, yang seorang lagi perlu berdiam diri atau mendengar sahaja apa yang dimarahkan itu. Jika mampu bertindak, jadilah sebagai pendengar kepada apa yang sangat dimarahkan itu dan muhasabah diri.

Kredit:Mstaronline