Setelah sekian lama menyepi Sharnaaz Ahmad tampil dedahkan sesutu tentang masalah rumah tangganya. Tak sangka dalam diam rupanya ini yang terjadi.

Artis

PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu sebagai seorang suami dia wajib mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan yang juga kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor. Bagaimanapun, pelakon filem Juvana ini berkata, dia menerima andai takdir sudah menentukan hubungan yang dibina selama dua tahun itu terpaksa berakhir.

“Kalau nak berpisah, tak payah cakap banyak saya masuk dalam (dewan), saya dah berpisah tapi kita ada prosedur dan undang-undang. “Buat apa saya kahwin dengan dia kalau niat untuk berpisah. Kalau nak berpisah itu, Lillahi Ta’ala, bukan datang daripada saya.

“Saya berkahwin dan tak ada niat untuk lepaskan dia. Biar yang itu (kes perpisahan) mahkamah yang putuskan,” kata Sharnaaz kepada mStar. Sharnaaz ditemui selepas selesai prosiding kes perpisahanya yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada 6 November lalu, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perpisahan pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sayang atau tidak sayang itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib. Susulan itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pihaknya melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Noor Nabila memilih bapa tirinya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 16 Januari depan bagi keputusan hakam manakala sebutan semula permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz pada 25 Februari tahun hadapan.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai perasaanya terhadap Nabila, Pelakon drama Dia Yang Ku Cinta itu menganggap ia sesuatu perkara yang subjektif. Bagaimanapun, dia menegaskan dirinya sudah mencuba untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

“Sayang atau tidak itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib. Sebab di sana nanti Allah tanya saya kenapa tak pertahankan, saya dah cuba,” ujarnya. Sementara itu, Sharnaaz memberitahu dia belum memulakan langkah seterusnya berhubung dengan hak penjagaan anak mereka iaitu Jebat Jayden.

Terdahulu, Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Akhirnya mahkamah terpaksa beri perintah ini untuk selesaikan masalah antara Sharnaaz dan Noor Nabila.

Tiada rumah tangga yang bebas daripada ujian. Namun setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Rumah tangga bahagia adalah yang mampu menghadapi ujian bersama-sama tetapi masih berpegang teguh pada syariat-Nya.Kita perlu belajar bahawa ujian dalam rumah tangga akan datang dari segala arah, bersedialah menghadapinya.

Timbangtara , satu bentuk penyelesaian pertikaian alternatif (ADR), adalah satu cara untuk menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah. Pertikaian itu akan diputuskan oleh satu atau lebih orang (“penimbangtara”, “arbitres” atau “tribunal timbang tara”), yang membuat “penghormatan timbangtara”. Anugerah timbangtara secara sah mengikat kedua-dua pihak dan boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perpisahan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pelantikan hakam itu perlu untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang melanda pasangan ini. “Keputusan hari ini mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula.

“Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam. “\Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai,” katanya kepada mStar. Dalam prosiding itu peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz manakala peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Noor Nabila.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan perpisahan pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz, 34, atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu. Spekulasi rumah tangga pelakon filem Juvana itu kembali hangat diperkatakan ramai selepas Nabila memuat naik gambar hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menerusi Instastory pada Februari lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Bagi prosiding JKP, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Basir Ahmad sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Dalam pada itu, bagi permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz terhadap Noor Nabila, mahkamah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes. Timbangtara adalah prosiding di mana pertikaian diselesaikan oleh seorang adjudikatif yang tidak adil yang keputusan pihak-pihak yang dipersetujui, atau undang-undang yang telah ditetapkan, akan muktamad dan mengikat. Terdapat hak untuk mengkaji semula dan merayu anugerah timbangtara.

sumber: lepat pisang

Sharnaaz enggan pisah, Nabila menangis

KAKAK kepada pengacara popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 34, menangis sebaik suaminya yang juga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 34, menolak permohonan pisah yang difailnya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. Sebaik prosiding kes itu berakhir, Noor Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International sepatutnya mengadakan sidang media bagi meluahkan perasaannya.

Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media. “Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya. Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak perpisahan kerana mahu mengikut prosuder mahkamah yang ditetapkan.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perpisahan itu.”Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa pisah nak gaduh-gaduh.

“Reda atau tidak (perpisahan ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut.Apabila saya kata tak setuju (tolak perpisahan), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan,” katanya. Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.

Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya. “Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya. Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes perpisahan terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,” katanya.

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk berpisah. Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan perpisahan itu pada 27 Ogos lalu. Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahkamah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber: mstar