Dua pelakon popular ini bertemu jodoh. Peminat kecewa bila tengok mereka bernikah. Upload foto foto bahagia. Tak sangka rupa rupanya ini cerita sebenar.

Artis

Hi kepada semua pembaca Empire Media Network 🙂 Moga komen yang murni murni dan baik baik je ye dibawah artikel ni! Selamat membaca! Jangan lupa like dan komen artikel dibawah 😉

Warganet Ingat Rita Rudaini Sudah Jumpa Pengganti. Peminat Kesal Rita Dan Azhan Rani Bernikah. Muat Naik Gambar Detik Detik Bahagia.

Azhan Rani atau sangat popular dengan watak Ustaz Hamidi sekali lagi membuatkan ramai berdekah apabila dia memuat naik beberapa foto kahwin dengan menulis kapsyen lucu. Pelakon berbakat ini bergambar bersama selebriti cantik, Rita Rudaini dan difahamkan ia merupakan babak dalam satu telemovie.

Bagaimanapun, Azhan menerima pelbagai komen setelah berkongsikan foto bersama Rita yang ada diantaranya mengatakan mereka sangat sesuai. Pasti lakonan mereka akan menerima respon luar biasa, kedua pelakon legend ini juga tidak ketinggalan menerima komen seloroh daripada peminat selain foto itu juga menerima lebih 15 ribu tanda suka.

Sumber: Azhan Rani via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Biodata Azhan Rani

Pemilik nama penuh, Azhan bin Abdul Rani. Dikenali sebagai Azhan Rani. Lahir pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Membesar di Kuala Kubu Bharu. Kini berusia 43 tahun. Anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin.

Bapanya pergi buat selamanya pada 21 Ogos 2016 di usia 71 tahun kerana mengalami sesak nafas. Bergelar pelakon sejak tahun 2004. Bakatnya dicungkil sebagai pelakon drama radio dengan sebanyak 100 buah drama radio sudah dibintanginya seperti Tuah Si Pandir, Kesetiaan Seorang Pahlawan, Istiqamah Sebuah Cinta dan Nilam Satria.

Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Kotak, KL Zombi, Balada Pencinta, Aku Pilih Kamu, Kolumpo, Anak Jantan, Lelaki Harapan Dunia, Hantu Rumah Sakit Jiwa dan. Turut menghiasi kaca televisyen antaranya menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya, Sumpah Orang Minyak, Spa Q, Ku Milikmu, Tower 13, Wasiat, Gemilang, Supermak, Mana Hilangnya Juwita, Budak Ijat, Dekatkan Jarak Kita, Halalkan Hati Yang Ku ambil, Nur, Underworld, Mencari Qiblat dan Nur 2.

Termasuk telefilem Ego, 7 Hari Di Neraka, Teratak Shamsiah, Saloma, Spaghetti Masak Lodeh, Rindu Dari Pencipta, Aku Tak Marah, Psikopat, Kapur Kuning Buat Puteh, Hijrah Di Ufuk Senja, Kitab Sijjin, Apabila Terbit Fajar, Viral Alam Maya dan banyak lagi.

Pembabitannya dalam teater pula menerusi Lantai T. Pinkie pada 2004. Meraih trofi kategori watak jahat Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 dan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Tribute P. Ramlee 2015.

Belum berumah tangga biarpun sudah berusia. Begitupun, ia tidak menjadi tekanan buatnya yang sibuk menggalas tanggungjawab menjaga ibu selepas pemergian bapanya ke rahmatullah. Sahabat rapat kepada pelakon dan sutradara, Datuk Farid Kamil.

Artikel lain : “Anak hang anak sah taraf ke?” – Melampau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu fitnah status anak mohon maaf

GARA-GARA tinggalkan komen berbaur fitnah di laman sosial, pelakon Rita Rudaini bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram pada Isnin. Rita, 43, membuat laporan itu selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jahat dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

“Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau! Rita bakal ambil tindakan terhadap warganet yang tinggalkan komen mengenai anaknya.

“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan. Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya kepada mStar.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang. Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang warganet tinggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan. “Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut. Sementara itu, peguam yang dilantik Rita iatu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil membuat permohonan maaf.

“Kita ikut perundangan… kami beri tempoh selama 14 hari bermula tarikh laporan polis dibuat pada hari ini. Rita bersama dua orang anaknya. “Pemilik akaun tersebut perlu tampil bersemuka dengan kami secepat mungkin dan buat permohonan maaf secara terbuka.

“Jika ingkar, individu itu bakal berdepan dengan saman sivil,” ujarnya. Terdahulu, Rita dikurniakan  dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8. Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.