Haiza nekad hilang popular demi ank. Bukan biasa biasa isi dalam beg Haiza siap ada ayam goreng pulak nasib tak bersemut

Artis

Buat kelakor pulak. Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mendedahkan bahawa dia terpaksa membawa ayam goreng yang disimpan di dalam beg tangannya sewaktu menghadiri sebuah majlis pertunjukan fesyen demi anaknya. Perkara itu dikongsikan Haiza menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Ada sesuatu dalam clutch kira. Demi anak kan, sanggup. Hilang glamor pun tak apa. “Glamor-glamor kena bungkus ayam supaya Iman tak lapor. Sambil tengok pertunjukkan fesyen, sambil suap dia makan ayam,” tulisnya. Haiza turut berkongsi video yang menunjukkan bungkusan ayam goreng dalam helaian tisu yang disumbat di dalam beg tangannya.

View this post on Instagram

Ada sesuatu dalam clutch kita.. Slide LEFT Demi anak kan,sanggup.Hilang glamour pun tak apa 😄 #PestaBerinai2020

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on Jan 20, 2020 at 5:31am PST

Perkara itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata terhibur dengan gelagat Haiza yang tergamak ‘membawa senyap senyap’ makanan dalam beg tangannya sebagai bekalan buat anak kesayangannya.“Hahaha, mak-mak macam tu lah. Hebat bonda! Janji iman tak lapar.

“Akak memang mak yang bagus dan baik. “Aiyo, bawa bekal pulak. Nasib baik tak bawa mangkuk. “Nasib tak dihurung semut,” antara komen-komen pengikutnya. Haiza mendirikan rumah tangga dengan atlet hoki Norhanaphe Omar pada 24 Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Iman Syafie yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber Gempak

Dangdut masih relevan – Haiza

Tampil dengan single Young and Gentlemen, Mac lalu, Haiza percaya irama dangdut masih relevan namun produk perlu dipasarkan dengan bijak. Haiza yang juga penyampai di stesen radio Kool FM memberitahu, sejak muncul dengan lagu baharu, peminat rata-rata memberi ucapan tahniah sekaligus membuktikan mereka sedar dengan kehadiran single itu.

“Sambutan peminat saya anggap sebagai bukti irama dangdut masih relevan… Saya fikir ini adalah sesuatu yang positif. “Lagu kena pandai menambat hati pendengar muda termasuk dalam aspek muzik dan lirik. Selain itu, promosi mesti terus ‘kencang’ dan pemasaran perlu kreatif.

“Bukan senang hendak menarik minat orang sekarang mendengar lagu dangdut. Namun, kita ada cara untuk mengubahnya,” katanya kepada BH Online. Haiza berkata, single terbaru ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan itu dianggap segar dan mampu menarik kelompok pendengar baharu.

“Dahulu ketika belum ada single baharu, peminat bertanya bila lagu akan terbit. Kali ini, saya terima ucapan tahniah dan ini membuktikan peminat tahu saya sudah ada produk,” katanya. Haiza berkata, dia perlu bekerja keras untuk mempromosikan lagu Young and Gentlemen yang disedarinya hanya boleh dimainkan di stesen radio tertentu.

“Saya perlu letakkan diri seperti penyanyi lain. Kebetulan, saya sekarang mencari rezeki sebagai penyampai radio. Jadi, saya perlu patuh prosedur biasa untuk sesebuah lagu diputarkan. “Sebagai penyanyi, saya sedar sokongan stesen radio, televisyen (TV) dan wartawan menjadi nadi meneruskan kelangsungan karier.

“Saya tak kisah turun padang sekerap mungkin untuk memastikan lagu baharu ini diterima,” katanya yang menjadi tetamu program Borak Kopitiam di Karnival Jom Heboh di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin bersyukur majikan menyokong kerjaya seninya.

“Saya masih meneruskan kerja di konti radio dari Isnin hingga Jumaat. Sebelah petang, malam atau hujung minggu saya boleh fokus kepada kerja nyanyian. “Saya pastikan semua komitmen berkaitan karier sebagai penyanyi tidak menjejaskan tugas di stesen Kool FM,” katanya.

Sumber bh