Hashtag undang kritikkan. Warganet tak berkenan dgn hashtag baru yg Naim Daniel buat. Tak sangka ini respon padu Naim

Artis

Menjadi style sekarang apabila seseorang penyanyi atau pelakon akan mewujudkan hastag baru bila ada single atau drama terbaru. Ini kerana lebih mudah untuk peminat kongsi atau lihat semua cerita mengenai sesebuah lagu atau drama ini.

Begitulah yang dibuat oleh penyanyi Naim Daniel apabila membuat satu hashtag baru #sembahnaim. Namun dia ditegur warganet gara-gara kurang senang dengan tindakannya yang menggunakan  #sembahnaim bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Enggan melatah dengan teguran berkenaan, Naim, 23, berkata hashtag berkenaan tidak membawa maksud tersembunyi atau negatif. “Tiada apa-apa mesej yang tersembunyi mengenai hashtag tersebut, saya cipta berdasarkan tajuk lagu.”

“Namun ia terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir ayat berkenaan kerana bagi saya itu cuma sekadar hashtag. Teguran warganet di Instagram Naim. Naim menerima kritikan dengan hati terbuka.

“Sekiranya warganet kurang senang dengan hashtag yang digunakan, kami boleh tukar dengan yang baharu,” katanya kepada mStar. Tambah Naim, dia menerima terguran yang diberikan dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu pengajaran untuknya.

“Saya terima secara positif kerana bagi saya setiap teguran yang diberikan adalah bermakna untuk saya di dalam industri ini,” katanya. Bercerita mengenai single terbarunya berjudul Sembah, Naim berkata ia dijangka akan dilancarkan pada Februari ini.

“Lagu ini ditulis oleh saya dan juga Ikkie. Ia berkisahkan kehidupan manusia yang dianiayai dan diilhamkan daripada kisah benar. “Apa yang boleh saya cakap lagu ini akan dikeluarkan selepas AJL (Anugerah Juara Lagu ke-34), tarikh sebenar sedang dibincangkan lagi,” katanya.

Menerusi lagu Sembah, Naim menggunakan khidmat pemain gitar legenda, Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood. “Saya ingin mencari kelainan untuk single terbaru ini dengan menampilkan abang Man Kidal. Saya mencari orang yang banyak menyumbang dalam industri muzik dan jawapannya adalah abang Man Kidal,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar via klpress via SoyaLemonPress

“Aku nampak kau post fasal Rose siap kau!” – Naim Daniel diugut gara-gara ‘edit’ gambar bersama Rose Blackpink

Naim menerima mesej berbaur kritikandaripada peminat kumpulan Kpop popular, Blackpink. GARA-GARA membuat suntingan gambar bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, penyanyi Naim Daniel  dikritik peminat artis Kpop berkenaan.

Lebih teruk apabila individu berkenaan turut menghantar mesej peribadi melalui akaun Instagram penyanyi lagu Sumpah itu yang berbaur kritikan. “Hello, maaf kerana mengganggu. Aku ada benda nak bincang dengan kau. Dengar ni, stop post gambar kau dengan Rose.

Antara kandungan mesej peribadi yang dihantar kepada Naim menerusi laman Instagram miliknya. “Kau dengar? Kau ingat kau artis, kau bolehlah buat macam tu? “Kalau aku nampak lagi kau post fasal Rose Blackpink siap kau,” tulis individu terbabit.

Naim berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar individu berkenaan menerusi sebuah entri yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Sabtu. Naim bagaimanapun berkata, dia tidak terkesan dengan ugutan yang diterima itu.

“Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan sakiti saya seperti itu.”-NAIM DANIEL, Penyanyi “Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan sakiti saya seperti itu,” tulis Naim. Naim sebelum ini membuat beberapa posting mengaitkan penyanyi kumpulan Blackpink itu sebagai

mempromosikan lagu nyanyian semula atau cover lagu berjudul Eyes Closed bersama Rose yang dimuat naik ke laman Youtube miliknya. Setakat ini lagu itu menerima jumlah tontonan sebanyak 15,000 tontonan dengan lebih 2,000 tanda suka sejak ia dimuat naik ke laman Youtube pada Jumaat.

Menerusi komen yang ditinggalkan netizen juga meluahkan rasa gembira dengan cover lagu itu berkenaan. Beberapa koleksi suntingan gambar Naim bersama Rose yang dimuat naik di Instagram. Tidak kurang juga ada yang mahu penyanyi itu menyanyikan lagu berkenaan di atas pentas bersama Rose Blackpink.

“Sesiapa boleh jadikan ia realiti? Naim feat Rose atas satu pentas! “Aku tak nampak salah Naim sebagai fan boy tapi apa benda yang kecoh sangat sampai Blinks nak serbu Naim ni? “Kami nak lihat kolaborasi Naim dan Rose sekarang juga,” tulis warganet.

Sumber mstar