Kakak Ruhainies dan tunang dia tak perdulikan kritikan warganet. Muat naik rakaman aksi mesra siap dukung waktu jalan menuju ke bilik. Tak sangka ini respond padu Risteena untuk warganet.

Artis

Hi kepada semua pembaca Empire Media Network 🙂 Moga komen yang murni murni dan baik baik je ye dibawah artikel ni! Selamat membaca! Jangan lupa like dan komen artikel dibawah 😉

Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

Pasangan yang kini sedang berbunga-bunga, Nur Risteena Munim dan Isa Khan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 tidak kisah akan kritikan warganet berhubung hubungannya yang dianggap terlalu mesra. Mahu mengabadikan momen menerusi video sedang menari, Risteena dan Isa masing-masing memuat naik video berkenaan di Instagram.

Thank your for loving me in a million ways and yes..Goodbye haters!,” tulis Risteena ringkas.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan aksi Isa sedang mendukung pelakon wanita itu sambil kedua-duanya saling menatap mata.Masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, kedua-dua pasangan ini mahu memberi tumpuan terlebih dahulu dalam perniagaan yang dijalankan hasil usaha sama. Risteena juga berkongsi perbualan sweet bersama tunangnya itu.

Risteena Munim :Our conversation before sleep . Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari. Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah.

Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia. Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang .

Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin🤲 Selamat malam semua 🌹

Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November 2019. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada perkara tak senonoh dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.

Video : Instagram Risteena Munim KreditSumber:MH

Artikel lain : Ikhwan, Risteena Munim – putus di tengah jalan

“YA, saya dan Risteena sudah putus. Saya perlu jelaskan perkara ini kerana saya segan dan malu apabila ramai bertanya adakah saya lelaki misteri yang sering muncul di Instagram Risteena,” kata pelakon Ikhwan Khairudin, 29, mengenai hubungannya dengan pelakon, Risteena Munim.

Kenyataan Ikhwan itu sekali gus mengesahkan desas-desus sebelum ini mengatakan hubungan mereka sudah berakhir walaupun sebelumnya mereka dikatakan sudah merancang untuk berkahwin minggu lalu. Ikhwan berkata, mereka juga sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu tetapi semua perancangan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir termasuk majlis pernikahan.

Bagaimanapun, Ikhwan enggan mengulas lanjut punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap antara mereka sudah tiada jodoh. “Selepas menjalin hubungan selama tujuh tahun, kami merancang untuk berkahwin bulan ini. Namun, perkara itu tidak menjadi. Segala persiapan yang sudah dibuat terpaksa dibatalkan. Saya percaya, aturan Allah itu lebih baik dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Cukuplah orang tahu kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Bagi saya ini yang terbaik daripada terus membuat orang sekeliling berteka-teki. Dia juga boleh fokus dengan hubungan baru yang dibina. Tipulah kalau saya kata tidak sedih dengan perpisahan ini. Berkat doa emak, saya bangkit dan mulakan hidup baru. Apa yang terjadi, biarlah menjadi simpanan peribadi kami dan tidak perlu saya kongsikan. Saya doakan Risteena bahagia dan berjaya dengan setiap apa yang dirancang,” katanya kepada Harian Metro.

Ikhwan yang berhenti berlakon sejak enam tahun lalu kembali aktif dalam bidang lakonan selain menguruskan perniagaan sendiri. “Alhamdulillah, sejak bulan lalu saya sudah terbabit dalam beberapa drama. Walaupun diberikan watak kecil, saya bersyukur kerana penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat saya. Saya cuba perlahan-lahan untuk kembali aktif. Saya berterima kasih kepada semua pihak dan rakan artis yang banyak memberikan kata-kata semangat dan sokongan,” katanya.

SUMBER : Metro