Tular warganet perli Liyana muat naik gambar tak bertudung. Tak sangka rupa rupanya ini yang berlaku sampai warganet kata tudung dah hilang dah.

Artis

Hi kepada semua pembaca Empire Media Network 🙂 Moga komen yang murni murni dan baik baik je ye dibawah artikel ni! Selamat membaca! Jangan lupa like dan komen artikel dibawah 😉

Lepas panas isu Liyana Jasmay brbalah dengan warganet ketika mempromosikan telefilem arahan dan lakonannya haritu. Hari ini kecoh lagi bila semalam, pelakon yang pernah membintangi filem Castello ini telah memuat naik gambar dia makan bersama keluarganya di Instagram.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah imej Liyana dalam gambar ini yang kelihatan tak bertudung. Liyana yang pernah ditegur kerana memakai tudung nampak rambut kini dihujani lagi dengan komen-komen dari warganet.

“Aikkk, tudung hilang dah?”

Pun begitu, ada juga warganet yang bersangka baik dan mengatakan mungkin ini merupakan gambar lamanya.

Ada mungkinnya jugak, tapi kalau betul pun dia dah tak pakai tudung, kita doa je lah yang baik-baik untuk dia. Ntah-ntah pengakhiran dia nanti lagi baik dari kita. Sumber : Lobak Merah Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Artikel lain : So Kampung. Warganet Selar Tindakan Liyana Jasmay Yang Seperti Tak Bersedia Bertudung. Terkejut Bila Ini Respon Padu Liyana Untuk Warganet Itu

Liyana Jasmay meminta warganet untuk tidak memperlekehkan penampilan hijabnya itu kerana ia dianggap peribadi. GAYA pemakaian tudung Liyana Jasmay yang unik sering menerima kritikan warganet sejak pelakon ini membuat keputusan untuk berhijab sejak tiga tahun lalu.

Terbaharu, fesyen tudung aktres ini menerusi drama berjudul Tolong Saya Encik Dinosaur yang dilihat seperti memakai snowcap sekali lagi menerima kritikan warganet. Menurut salah seorang pengguna Twitter dengan  tweethandle @xxxbyefelicia Liyana tidak seharusnya mengenakan hijab jika dia tidak bersedia.

“Sebenarnya tengok tayangan perdana 30 minit tu not bad… macam best juga. Liyana berpendapat penampilannya itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana soal menutup aurat adalah bersifat peribadi buatnya. “Cuma tajuk saja pelik dan Liyana Jasmay kalau tak bersedia nak bertudung tak payah la. “Kaedahnya dalam cerita ni ala-ala jadi emo berhijab lepas tanpa pin.

Oh ya, dia yang arahkan drama tu sebab tu dia heroin okay,” tulisnya. Enggan berdiam diri, Liyana, 32, berkata, penampilannya itu bukanlah suatu isu yang perlu diperkatakan memandangkan ianya bersifat peribadi buat pelakon itu. Malah, Liyana juga menganggap individu berkenaan tidak mengetahui apa-apa mengenai fesyen.

“Cara saya pakai hijab tak macam cara konvensional awak pakai, itu bukan urusan kamu. “Saya nak pakai hijab atau tidak, pun bukan urusan kamu. Ia sesuatu yang sangat peribadi. “Saya nak pakai hijab atau tidak, pun bukan urusan kamu. Ia sesuatu yang sangat peribadi.”- LIYANA JASMAY, PELAKON

“Ouh dan lagi satu, awak tak tahu apa-apa fasal fesyen! #SOKAMPUNG,” tulisnya. Gara-gara menggunakan tanda pagar #SOKAMPUNG itu juga, Liyana turut menerima pelbagai kecaman apabila warganet menyifatkan tindakannya itu seperti kebudak-budakan yang tidak mengakui kesilapan sendiri.

“Awak ni umur 12 tahunkah? Sangat tak matang. “Cara Liyana Jasmay ni reply pun dah tahu tahap artis yang macam mana… suam-suam kuku tapi berlagak sangat. “Fesyen zaman sekarang adalah fesyen yang menimbulkan kehairanan dan kontroversi. Lagi banyak perhatian, lebih ‘rad’,” tulis warganet.

Liyana Jasmay sebelum ini pernah berdepan kontorversi sama apabila dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut hadapannya pada April tahun lalu.

Nak nasihat atau sindir?- Lisa Surihani kecewa gaya Liyana Jasmay terus dikritik

Gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik teruk oleh warganet. Pelakon Lisa Surihani meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang terus menghentam rakannya iaitu Liyana Jasmay kerana penampilan muslimah yang didakwa sebagai hipokrit.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, berkata, nasihat yang diberikan netizen dilihat sebagai satu sindiran kepada pelakon berkenaan. Komen Lisa Surihani di Instagram milik Liyana Jasmay. “Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. B

ila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar. “Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam, yang lebih nampak di sini hanya sindiran dan perli memerli,” tulis Lisa.

Lisa meninggalkan komen tersebut di ruangan Instagram milik Liyana Jasmay pada malam Khamis. “Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar. – Lisa Surihani

Beberapa hari lalu, pelakon filem Kami The Movie itu menimbulkan persoalan netizen apabila memuat naik satu video hanya mengenakan topi sambil cuba menyorokkan rambutnya. Penampilan Liyana cetus tanda tanya warganet.

Liyana, 31, bagaimanapun sekali lagi memuat naik sebuah video di Instagram memaparkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut hadapannya semasa menghadiri sebuah pertunjukan fesyen pada Khamis.

Ekoran itu, warganet mula melabel penyanyi lagu Oh Na Na sebagai hipokrit dalam menutup aurat. “Nanti dah buka tudung jangan pula salahkan orang lain ye. Cermin diri dulu sebelum tuding jari ke arah orang lain, jangan jadi macam Emma,”  “Dah mula tunjuk rambut, esok lusa tercabut terus.

Dah akhir zaman ni makin berani plak anda ya? Jadi trend pula artis bukak tudung,” ujar warganet. Sementara itu, menerusi sebuah portal berita, Liyana enggan menjawab soalan yang dirasakan bodoh daripada media berkaitan isu itu. Liyana mula mengenakan hijab pada Julai 2017.

Sumber mstar