Pelik Mawar Rashid muat naik status yang mengejutkan warganet di ig. Katanya kalau sayang tapi tk jaga perasaan buat apa. Tak sangka rupa rupanya ini yang terjadi dengan rumahtangganya.

Artis

Hi kepada semua pembaca Empire Media Network 🙂 Moga komen yang murni murni dan baik baik je ye dibawah artikel ni! Selamat membaca! Jangan lupa like dan komen artikel dibawah 😉

Pelakon Mawar Rashid percaya cinta sebenar adalah cinta yang memberikan kebahagian dan keberkatan dalam dunia dan akhirat. Berkongsi mengenai pendapatnya tentang cinta kepada pasangan, Mawar memberikan pesan yang boleh diguna pakai dalam rumah tangga.

“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan?

”Selalu juga dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’. Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. 

“Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage. Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir-lahir bukannya dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. 

“Cinta bergantung kepada dua insan. Sama-sama lindungi fizikal & mental. Sama-sama adil. Sama-sama menasihati. Sama-sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni.  Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene selalu rendah diri kepada ilmu. Ilmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters,” tulisnya panjang lebar.

Pelakon TQ Captain itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya  Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama suami Raf Yaakob. Mawar sempat berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa membuktikan apa maksud cinta.

“Thank you Abang kerana sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerana sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah. Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Amin” tambahnya lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak