Terpaksa kahwin dgn pilihan keluarga. Wanita ini terkejut bila perkahwinan paksa itu akhirnya hasilkan 2 ank lelaki kembar. Tak sangka ini perbuatan suami dia sebenarnya

Perkahwinan

Gambar sekadar hiasa, Hi dan Assalamualaikum. Jika luahan aku ini dipostkan alhamdulillah dan jika sekiranya ia tidak dipostkan pun alhamdulillah juga. Sekurang-kurangnya saya ada tempat untuk bercerita. Saya adalah seorang isteri,

berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang saya mempunyai dua orang putera kembar yang saya lahirkan june yang lalu secara operasi. Sebelum saya lanjutkan cerita, saya perkenalkan suami saya dengan nama Man dan.

Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman. Selepas kami mengakhiri hubungan, saya tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya.

Kami membawa haluan hidup masing-masing. Saya sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungi saya. Tahun demi tahun berlalu saya jalani hidup sendiri dan pada 2015, saya menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang saya tidak kenali.

Memandangkan saya takut ada kepentingan, saya pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall saya. Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwa saya yang telah putus dengan saya 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Saya tidak tahu dari mana dia dapat nombor telefon kerana

setahu saya saya telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor saya. Tahu yang dia yang whatsapp, saya pun tak reply msg dia. Tetapi Man bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun saya buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha.

Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang saya terima darinya. Saya sangka dia telah jemu dan menyerah. Saya bersyukur kerana tidak lagi diganggu. Namun sangkaan saya salah. Rupa-rupanya Man mempunyai rancangan lain untuk mendapatkan saya.

Semua rancangan Man ini saya tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak saya yang cukup rapat dengan saya. Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah saya terjumpa dengan Man di sebuah pasaraya. Memandangkan Man merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah saya,

mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua. Tanpa sepengetahuan saya, Man menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar saya pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja

menerima lamaran Man apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tusaya. Justeru itu saya kehairanan, bila sahaja saya duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki saya dan berkias-kkias dengan saya.

Saya buat tak reti kerana saya anggapnya sebagai gurauan sahaja. Hari demi hari nama Man makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Saya jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh saya kembali pada Man.

Saya bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Man? Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuan saya, keluarga Man datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu saya tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik saya..

Apakah ini rancangan mereka? saya tidak tahu. Saya terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuan saya terlebih dahulu. Sungguh saya terkilan kerana mereka semua membelakangi saya. Beberapa minggu selepas itu saya dipaksa bertunang dengan Man,

saya cuba menolak tetapi mak saya merayu dan menangis mendesak saya menerima sahaja pinangan Man. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untuk saya. Ya Allah, saya nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak saya yang berharap saya segera mengakhiri zaman bujang.

Akhirnya dengan terpaksa saya menerima pinangan Man dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun saya enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlsaya. Akhirnya saya bersetuju tetapi saya memberi syarat pada mak ayah.

Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan saya yang akan dijemput di majlis nikah kami. Bukan saya tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan saya adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan saya.

Biarlah saya dan keluarga terdekat sahaja yang tahu. Julai 2017, saya dinikahkan tanpa saya redha. Jadilah kami suami isteri tetapi saya tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Man. Saya Belum bersedia menyerahkan diri pada Man yang kini sah menjadi suami saya.

Pada mulanya Man bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami. Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Saya menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu saya harap sangatlah yang Man tidak lagi menuntut apa-apa dengan saya.

Saya juga berniat untuk berpisah, tetapi…. saya tak tahu bagaimana cara untuk saya minta dilepaskan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini saya beritahukan pada mereka. Saya akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar dengan saya dan

terus memujuk agar saya menerimanya sebagai suami. Walaupun kami bersama cuma sekali, saya tidak menyangka yang saya akan mengandung benih Man suami saya. Saya mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan saya demam dan tidak sihat.

Namun saya mengalami alahan teruk, muntah-muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan. Akhirnya saya ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati saya tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda saya?” Apabila doktor sken, saya disahkan mengandung 2 bulan.

Tentu sahaja Man paling gembira kerana bakal mendapat zuriat. Saya? ya, saya cukup marah pada Man kerana rasanya saya belum bersedia lagi untuk mengandung. Tetapi kemarahan saya tidak lama pabila saya dipujuk kakak saya agar menerima anak itu.

Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari saya merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan saya. Hasrat untuk saya berpisah dengan Man mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Saya tak mahu anak saya kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Saya ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinan saya walaupun saya terpaksa korbankan perasaan. Saya tak sangka saya akan melahirkan bayi kembar. Cuma saya perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan.

Saya checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya saya tahu bila kandungan saya berusia 5 ke 6 bulan. Ya Allah, saya sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13 jun tahun ini saya selamat melahirkan dua bayi lelaki.

Walaupun secara operasi, saya terima asalkan kedua bayi saya selamat dilahirkan. Sepanjang proses kelahirannya suami saya Man setia menemani terkecuali di bilik operasi. Sekarang, usia kedua baby saya sudah pun 3 bulan. Oh ya, saya lupa nak bagitau mengenai man,

dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya. Sekarang saya uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami. Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi.

Alhamdulillah sebelum saya melahirkan, Man rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti. Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas. Sampai sekarang, saya bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, saya berharap,

suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Man yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera saya. Jika ada pendapat dan tips untuk saya boleh mencintai suami, saya hargai dan banyak-banyak berterimakasih. Sekian cerita saya. Mohon maaf jika panjang. Isteri Dilema.