Isu kembali bertudung buat kali kedua adalah publisiti semata. Jawapan Fathia ini mengejutkan orang ramai

Artis Hiburan

Pelakon Fathia Latiff menafikan keputusannya untuk kembali memakai tudung untuk mencari publisiti atau mendapatkan tawaran berlakon. Fathia sebaliknya menjelaskan ‘penghijrahan’ tersebut adalah urusan antara dirinya dengan Allah sahaja.

“Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti. “Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka. “Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang,” katanya.

Menurut Fathia, secara jujurnya bukan mudah untuk dia menerima kcman daripada warganet. “Tapi saya dah selalu kena kcm. Siapa yang tak nak buat baik kan. “Jujur saya cakap bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri.

“Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqomah dan doa baik-baik saja,” katanya. Fathia berkata demikian dalam program terbaru terbitan Astro Gempak, Lancaang Bethol. Program berkenaan bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam. Untuk rekod, Fathia pernah mencetuskan kontr0v3rsi apabila kembali membuka tudung pada tahun lalu. -gempak

Akui pernah tew4s tatkala diuji. Fathia muncul kembali dengan berhijab dan minta peluang kedua. Berikut penjelasan lanjut daripada Fathia

Umum mengetahui bahawa pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini berhijab sudah kembali membukanya dengan alasan tidak mahu teruskan hidup berpura-pura. Selepas satu demi satu kontr0versi yang timbul kerananya, pelakon wanita itu difahamkan telah kembali menyarungkan tudung sepenuhnya sejak sebelum Ramadan lalu. Akur dengan kepercayaan dan pegangan agama yang abadi, Fathia tidak mempunyai alasan yang boleh diberikan bagi menjawab persoalan mengapa dia kembali bertudung melainkan mengakui bahawa manusia biasa tidak terlepas daripada perlakuan khilaf.

Wanita itu berharap agar dia diberi peluang kedua untuk berubah dan mengubah dirinya selepas mengakui bahawa walaupun sudah tidak muda tetapi dia tidak matang suatu ketika dahulu. “Saya pernah, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.” Fathia juga tidak segan mendedahkan yang dia membuat sesuatu kerana tew4s ketika diuji. Akhirnya kekurangbijaksanaan diri itu nyata memakan diri sendiri.

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.Tidak mahu mengamalkan konsep ‘pakai buang’ dalam hal bertudung, Fathia akhirnya menetapkan pendirian untuk mematuhi tuntutan sebagai wanita Islam itu. Bahkan ibunya sendiri ada berpesan bahawa hijab bukanlah satu ‘trend’ atau pun ikutan.

“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ket1nggalan.” Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu mengakui bahawa dia memahami sekiranya ada sesetengah pihak yang prejud1s terhadap keputusannya untuk kembali berhijab. Kelihatan nekad dengan perubahan itu, Fathia juga diliha sudah memadam gambarnya tidak bertudung di seluruh laman media sosial.-Bh Online

Fathia Latiff Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

Pelbagai gosip terpal1t dirinya tahun lalu sehingga mempunyai masalah ment4l seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, namun Fathia Latiff berharap tahun 2020 dapat memberi sinar baru untuk dirinya terus berada dalam industri seni tanah air. Hatinya tidak dimiliki sesiapa selepas pts cinta dengan Aiman Hakim lima tahun lalu, Fathia berkata dia tidak men0lak seandainya dipertemukan jodoh dengan orang dalam industri. Katanya lagi, dia lebih tertarik dengan lelaki berbangsa Cina.

“Saya lebih terbuka hati untuk bercinta dengan orang dalam seni tapi perasaan itu masih tidak pasti lagi dan berbelah bagi. Pada masa sama, saya rasa saya lebih tertarik dengan lelaki berbangsa cina. “Bagi saya mereka berbeza, ada rupa, baik dan hormat orang lain. Saya tak terbuka hati untuk menerima lelaki mat salleh, seperti artis-artis lain. Cukuplah sekadar dalam negara kita sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Usianya kini mencecah 33 tahun, Fathia berkata dia masih belum bersedia untuk berumah tangga. Tambahnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus dalam bidang nyanyian namun tidak akan menolak tawaran berlakon jika diberikan watak sesuai. “Buat masa ini saya tak nak bercinta dengan siapa-siapa dan saya tak terlintas untuk mendirikan rumah tangga setakat ini. Sekarang saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya lakukan dalam bidang nyanyian terlebih dahulu. “Tahun ini saya mahu fokus pada kerjaya nyanyian dan jika ada tawaran berlakon dan watak yang diberikan sesuai, apa salahnya,” katanya -Perak Today